31 December 2011

Akhir Dan Awal Tahun

Assalamualaikum


Pejam celik celik pejam dah akhir tahun rupenye. laju betol masa kan? masa pon malas nak main kejar kejar dengan aku. tiap akhir tahun nak masok tahun baru musti semangat nak buat azam la, cipta azam la. kemain ligat memasing sampai azam pon makin pemes name beliau dibanggakan.

Nak pasang azam tu memang betol tapi kene la gaya kau mamat dan minah. masa tahun baru islam taknak pulak update ape azam kau. bile aku tengok kat pesbuk kemain azam aku ingin menjadi blah blah blah dan blahh. haktuii je semua.

Dan aku sendiri  memang tak penah nak pasang azam apa apa dari dulu lagi. sebab aku tahu, kalau aku berazam memang hangus la azam tah hape kejadah tu. bajet kau buat la kalau dah pasang azam. aku berani kerat jari kalau anda semua buat azam azam tersebut.

Macam tu jugak kalau nak capai target. kira adik beradik dengan misi dan visi la. kengkonon. dulu ingat lagi mase sekolah, target mahu mencapai 9A PMR, 10A SPM lah hapelah. aku memang tak buat target target. cukup la ape yang aku berusaha selama ni dan tawakal. itu je. terpulang pada individu itu sendiri nak target bape. bila kau dah pungpangpungpang cakap,

" aku target 9A weh " *nada riak dan bangga
" aku tak target pon. kalau dapat alhamdulillah." *budak bagos

Last last sekali tak dapat. haa kan dah malu tu. so, nak target ke nak azam ke boleh tapi buat secara senonoh sikit. tak payah nak menggelabah sangat. paham? kalau tak paham pegi jalan dengan tak paham kau tu.

Lagi satu nak sambut new year la pulak. taik kucing. tak payah weh. aku pon jenis huhahuha jugak tapi tak penah sambut kot. sambut kat rumah sekali makan mekdi dabelcis bege sangat advantages okeyy. tak caya anda semua buat la.

Sepanjang 2011 berlangsung sedikit sebanyak yang aku dapat. biasa la, dah nama kehidupan. mesti ade gembira dengan sedih. cume aku nak perbaiki ape yang kurang pada aku ni dan semoga berkekalan.

Kemain gelabah entri kau wadi. takpe, sekali sekala gelabah. tak salah pon. sekadar penyelidikan aku tentang azam azam bagai ni.











WR : ape azam kau? =.='

29 December 2011

Suke La Gak

Assalamualaikum

Kau tahu kenapa aku suke, SUKE LA GAK bile balik rumah? semua orang suke balik rumah kan. aku pon sama. antara sebab menjadi pilihan aku :

  1. Perkumpulan adik beradik. yang mane ramai tu akan menjadi riuh rendah
  2. Tolong menolong antara satu sama lain.  termasuk tolong mengepau juge
  3. Mendengar radio hot dari pagi sampai ke malam. memang higher punye volume wa cakap lu
  4. Baju baju akan penuh didalam mesin basuh mahupun didalam bakul baju
  5. Makanan yang superb terbaik dari ladang

DANN

The other special case aku SUKE LA GAK bile balik rumah ialah :




WR : agak suke. wakawakawa

27 December 2011

Tadika #13 - Pencen

Assalamualaikum

Amende yang aku nak taip pon tak tahu. ni musti kene rasukan malas ablasa gamaknye. harini aku dah tamat riwayat untuk bekerja selama dua bulan setengah di tadika tersebut. mase mula mula datang macam takot takot je nak mula keje. dalam kepala neuron asik pikir,

" aku boleh ngajar ke? "
" nak garang sangat ke tak eh? "
" budak budak nakal yang amat ke yang amat mulia? "
" budak budak busuk tak? "

La ni, bila dabes tempoh rase rindu pulak ade. adat la kan yang blah tetap blah. tadi baru nak online dah ade orang bagi mesej kat pesbuk,
secebis bingkisan mesej oleh anak murid
Yasmin. seorang yang banyak cakap. tapi jarang merungut kalau aku suruh tolong buat itu ini. kalau beliau ade keje sekolah yang tak paham memang straight terus tanya aku walaupon kadang kadang aku buat buat paham. soalan matematik kan. aku dah la dapat AEEE. nasib tak bodoh sangat la buat subjek tu mase sekolah dulu.

Bila budak budak transit balik sekolah, berduyun duyun setori dengan aku. kemain laju macam bertih jagung kene tembak dengan M-16.

"cikgu nak tau tak tadi anisa kene denda dekat sekolah "
" eh, cikgu. razin mane? ghaib? "
" cikgu masak ape harini? sedap tak? "
Cikgu itu, cikgu ini. cikgu cikgu cikgu blah blah blahh. aku pon naik pening ayam kadang kadang. budak tadika pon same. cikgu nak susu la, yang tukang repot kemain galak. bila budak tu tak puas hati dengan budak lain,

" cikguuu, adam kan dia kan buat afrina tadi. "

aku balas,

" habis tu nak suruh cikgu buat ape? report polis? bomba? "
" hikhik, repot bomba la cikgu "

Macam macam. tadi before balik sedih pulak budak budak banyak sangat tanye. nasib ade member housemate aku bekap. aku senyum je.

jumpa lagi budak budak bayam






WR : sempat bagi biskut sayor + cheese kat kroni atas nuh

22 December 2011

Spontaneous Thursday #13

Assalamualaikum



Menaip report sambil menahan gigi dan gusi yang sakit dan jari yang terkena air panas bilamana membuat susu budak sebab dah lama tak praktis buat bende alah tersebut




WR : kasihan kau

21 December 2011

20 December 2011

Pesen ludah

Assalamualaikum


Tak tahu la aku terlewat atau terlambat dah tahu pasal ni. panas politik kat malaysia.










WR : puii! puii!

19 December 2011

Surat sakit gigi

Assalamualaikum


##########

Terbaring sambil melihat darah likat kemain deras keluarnya. Toby melihat ..........

Secebis cerpen separa pendek. aku memang mengikuti perkembangan blog tersebut walaupun folower kurang. walaupun tak meminta untuk dibalas ke blog aku. aku try untuk buat cerpen versi imaginasi tahap petala ke-8. aku memang pantang dicabar dan tercabar. tapi cabar cabar aku pon, aku buat walaupun lambat.


Dengan gigih sambil menahan gusi aku bengkak dah 3 hari sebab gigi baru tumbuh semacam laju aku memerah otak. kemainn kau.


Surat ni ada part part dia. kau orang boleh tengok kat SINI.






WR : gua dah 2 hari makan painkiller

17 December 2011

Tadika #12 - Open Day

Assalamualaikum

" sape name anak encik? "
" macam mane dorang punye pelajaran kat sini? mengaji ade tak? "
" ni daftar nye bape ratus? "
" saya nak hantar anak tiga orang sekaligus la. senang. malas nak sorang tempat lain, yang ni tempat lain "
" okey, bape harga semuanya? saya bayar terus ye."

Hebatt ayat ayat kau wadi. tadi pagi aku dan member bangun lambat awal semata mahu bukak tadika dengan pantas dan cemerlang. yela, tadika dah tuka owner baru. nasib aku last last keje kat sini.

Bila aku duduk tersimpuh *konon ayu la sangat di side hujung tamu melihat gelagat ibu bapa berkumpul untuk mendaftar anak. bila tengok mak datang dengan ayah. papa mama bawak stroller sorong anak daftar. ada yang dukung anak kiri kanan.

ECEHHH. kemainn wadi bermonolog manje tahap gelabah unta.






WR : berangan tahap langit ke-tujuh

15 December 2011

Spontaneous Thursday #12

Assalamualaikum




HARAM mengambil seseorang wanita sebagai kekasih jika niat bukan untuk mengahwininya 





-Ustaz Azhar Idrus-

13 December 2011

Tunang, kahwin dan tunang #2

Assalamualaikum
serba selekeh dan berhingus
Potret zaman sekolahan awal kurun ke-15. kemain memasing. nasib aku ade simpan lagi. ni gambar zaman belum DSLR keluar lagi. maap la kondisi gambar tersebut buatkan anda semua kurang jelas nak tengok.

Rindu pulak zaman sekolah. sekarang masing masing dah nak kahwin. yelah, musim tengkujuh bulan 12 ni mana taknye. yang ni semuanya member member terapat masa sekolah menengah dulu. muka suci ala kain putih takde corak. *ptuihh

Dulu lepas abis je sekolah memasing tak sabo nak buat gathering. kau tengok perbezaan dari tahun ke tahun.
2008
Time ni memasing bujang lagi. first gath kalo tak silap. di jj seremban. kemain berlagak boleh keluar jenjalan. sebelum ni kan budak sekolah lagi. mak ayah mana la bagi keluar. kau tengok, dress up pon macam ala ala mati terpakse hidup balik. budak nak besor. ni lepas spm bila jumpa je,
" tembamnya kau syikinnn! " *tarik tarik pipi
" kemain kau ieda dah pakai saga sekarang " *acah pegang stereng
" rinduuuu la kat korangg " *gledik gledik
" weii, korang buat ape sekarang? "
Antara madah yang aku reka dengan sedikit ingatan aku jelah. 

2009
Gath ke-2. mase raya pon sekitar seremban gak. yang ni matang la sikit. semua dah masok u, kolej, poli bagai. yang ni combain dengan geng laki. tapi aku tak jumpa pulak gambar. tah mane hala letak.

hujung tahun 2009
La ni, konon last gath reramai sebabnye masing masing dah sibuk. kami pergi bercamping di sungai congkak. kalo korang tengok ade gath je mesti salah sorang tak pernah nak cukup. asalnya, geng aku ade 13 orang. *kemain budak sekolah dulu ade geng geng mafia tahu. bila nak jumpa je mestiii ada hal. anak kucing nak terberanak la, kereta tercabot wiper la, malas aku nak sebut la la la nye. banyak sangat.

raya 2011
Kann? pon tak cukup gak. paling sikit makhluk aku rase. ni pon sama combain dengan laki. kemainn muslimah sedikit sejati. ni gambar depan sekolah. rindu lettew nak beratur sambil kawad kaki.

tunang dan kahwin bulan 7 & 12
Penghujung 2011 galak menikoh ado dengan tunang pon. gambar kiri bawah aku dah penah cite dalam entri sebelum ni. yang terbaru azzek sudah selamat mengharungi bahtera ke laut cina selatan. tahniah aku ucapkan. aku sadis sebab tak dapat pegi majlis kau kerana terpaksa menghadirkan ke kem menghitamkan diri

Selebihnya geng lain, dengar kabar berduyun duyun tunang dan kahwin juga pada tahun hadapan. TAHNIAHH S-313. LAP ULLOZ :')
credit picture :  


WR : gua bile? entah, tak tahu

11 December 2011

Tadika #11 - Sibuk Lagi

Assalamualaikum


HAIII. uihh, gila semangat aku membukak blog yang sekian lama. kahkah. ok, stop it. pertama tama kalinya, aku nak mohon ampun, maap, salah dan silap sebab lama pulak tak update. lagi satu, folower aku makin bertambah sejak entri si kembar busuk aku ni. konon pujaaaaannnn la. ingat aku nak belanje? kahkah. tunggu kau turun langit bangi baru aku kasi. 

TERIMA KASIH ANDA ANDA. GUA LEP ULOZZ

Yang kedua, sekarang ni aku sibuk dengan pertukaran tadika baru. dulu yang mane aku keje ni dah tuka cawangan serta bos baru. so, keje keje mengecat tadika, menghapus kira barang lama, mengemas tadika serupa mengemas ladang kelapa sawit giat dijalankan.

Kau paham paham jelah keje nak renovate rumah memang amik masa yang lama. nasib baik aku just tolong sikit sikit dan akan resign 27hb ni.

Tadi petang, aku bersama member rumate pegi promote tadika baru ni dekat orang orang ramai. aku dah la pestime buat keje keje macam ni. mula mula tu macam canggung pon ade. dengan pakaian selekeh macam orang gila. dengan niat tekad, dengan tangan sejuk sejuk hambat jelah.

" makcik, ni tadika kami yang baru. nanti datang la open day 17hb ni "
" emm, bang. nii emmm " *tangan ketor ketor serupa pakinson tahap 8
" encik, flyers ni. teheee *kerang busuk "






WR : gua memang terus sakit pakinson bile jumpa dengan laki yang kurang kenal

09 December 2011

Seksa

Assalamualaikum


Seksanya jadi orang yang paling banyak makan hati ni. patot la kurus. makin kurus.

Seksa.

Paling seksa.

Sangat seksa.

Aku nak makan hati banyak banyak lagi. baru sedap.








WR : kau pegi jalan yang paling jauh sekali. aku mohon

07 December 2011

05 December 2011

Hitam

Assalamualaikum

Kemain lagi blog ni indah dengan semak samun. lupa nak update. aku baru balik kem serupa askar ni. gagah kan aku? *gagah haramjadah. nanti la aku update

Oh ye. sebelum tu aku nak ucap milion terima kasih bagi mereka, tuan tuan hamba di alam maya ini telah menyapot bile aku join contest hari tu. maap kepada mereka yang komen sebab aku tak sempat balas. mungkin bukan rezeki aku kot tak menang. tak kisah la janji aku masok dan cuba kan?

Dekat shoutbox tadi, baru perasan ade orang ajak aku join contest. tak tahu la dah lepas ke belum. nanti aku cek balik eh.

Balik kem macam balik berperang pula. muka dah hitam. dan impian aku sikit lagi terlaksana dengan menambah otot serta mempunyai badan 6 berpek pek. *kau ade?


berkilau




WR : hitam tu cun, macho dan asli