13 December 2011

Tunang, kahwin dan tunang #2

Assalamualaikum
serba selekeh dan berhingus
Potret zaman sekolahan awal kurun ke-15. kemain memasing. nasib aku ade simpan lagi. ni gambar zaman belum DSLR keluar lagi. maap la kondisi gambar tersebut buatkan anda semua kurang jelas nak tengok.

Rindu pulak zaman sekolah. sekarang masing masing dah nak kahwin. yelah, musim tengkujuh bulan 12 ni mana taknye. yang ni semuanya member member terapat masa sekolah menengah dulu. muka suci ala kain putih takde corak. *ptuihh

Dulu lepas abis je sekolah memasing tak sabo nak buat gathering. kau tengok perbezaan dari tahun ke tahun.
2008
Time ni memasing bujang lagi. first gath kalo tak silap. di jj seremban. kemain berlagak boleh keluar jenjalan. sebelum ni kan budak sekolah lagi. mak ayah mana la bagi keluar. kau tengok, dress up pon macam ala ala mati terpakse hidup balik. budak nak besor. ni lepas spm bila jumpa je,
" tembamnya kau syikinnn! " *tarik tarik pipi
" kemain kau ieda dah pakai saga sekarang " *acah pegang stereng
" rinduuuu la kat korangg " *gledik gledik
" weii, korang buat ape sekarang? "
Antara madah yang aku reka dengan sedikit ingatan aku jelah. 

2009
Gath ke-2. mase raya pon sekitar seremban gak. yang ni matang la sikit. semua dah masok u, kolej, poli bagai. yang ni combain dengan geng laki. tapi aku tak jumpa pulak gambar. tah mane hala letak.

hujung tahun 2009
La ni, konon last gath reramai sebabnye masing masing dah sibuk. kami pergi bercamping di sungai congkak. kalo korang tengok ade gath je mesti salah sorang tak pernah nak cukup. asalnya, geng aku ade 13 orang. *kemain budak sekolah dulu ade geng geng mafia tahu. bila nak jumpa je mestiii ada hal. anak kucing nak terberanak la, kereta tercabot wiper la, malas aku nak sebut la la la nye. banyak sangat.

raya 2011
Kann? pon tak cukup gak. paling sikit makhluk aku rase. ni pon sama combain dengan laki. kemainn muslimah sedikit sejati. ni gambar depan sekolah. rindu lettew nak beratur sambil kawad kaki.

tunang dan kahwin bulan 7 & 12
Penghujung 2011 galak menikoh ado dengan tunang pon. gambar kiri bawah aku dah penah cite dalam entri sebelum ni. yang terbaru azzek sudah selamat mengharungi bahtera ke laut cina selatan. tahniah aku ucapkan. aku sadis sebab tak dapat pegi majlis kau kerana terpaksa menghadirkan ke kem menghitamkan diri

Selebihnya geng lain, dengar kabar berduyun duyun tunang dan kahwin juga pada tahun hadapan. TAHNIAHH S-313. LAP ULLOZ :')
credit picture :  


WR : gua bile? entah, tak tahu

39 comments:

  1. dah kawin masing2..mesti best igt balik masa sek men dlu perangai.hhhee
    hurmm
    tahniah

    ReplyDelete
  2. hehehehe...wadi dah jumpa kure jantan belum???

    ReplyDelete
  3. @Edy Fee
    perangai nakal yaRabbi lagi lagi gua. haha

    ReplyDelete
  4. pesen dari kecik sampai besar tak besar besar...aku syak ini kesan akibat terlalu banyak makan bayam lah

    hehehe

    ReplyDelete
  5. @Päk Läng
    lu cepat pikap pak lang. kemain usya tajam lu ni. haha. gua pikir begitulah. kerana bayam badan kecik. mungkin percampuran paipon hasilan nasyrun barangkali

    ReplyDelete
  6. gua thn 2000 dah penuh janggut dan jambang...gua biar tumbuh skit ala2 hero frust...perhhh sweet beb

    ReplyDelete
  7. kau nak cakap kau dah on da way nak bertunang ka? skrg sku gathering, member bawak anak beranak, aku masih bawak diri sendiri

    ReplyDelete
  8. Gua belum sunat, camne nak kawen

    ReplyDelete
  9. aaa..jap lg mesti entri ko kawen lak ni..eheh

    ReplyDelete
  10. @Republic
    hee :) *tangan ketor ketor pakinson tahap 8

    ReplyDelete
  11. @Waqheh
    tak payah nk hero frust sgt lu. dah ade dua anak comel lagi

    ReplyDelete
  12. @Akulah Pak Lan
    oihh, tunang idak lagi kau ni cik lan. alahh, jgn centu. jom jalan jalan ngan aku nak

    ReplyDelete
  13. @Koyuki
    jap lagi? lagi 6 tahun baru entri kawen aku

    ReplyDelete
  14. wadi lu bila lagi wadi? tak sabar gua nk buat onar kat majlis lu nnt. Eh! hahaha

    ReplyDelete
  15. ehem-ehem, turn wadi plak bile?

    bau nasi minyak dah kuat ni ;)

    ReplyDelete
  16. skali esok dpt jemputan wadi nak kawen bulan satu nanti
    hah, tau tekejut!
    heheh..

    ReplyDelete
  17. @kura
    lu nak buat onar? pegi jalan sama onar kau gila. hahaha

    ReplyDelete
  18. @Nurul Iman Rosman
    kuat ke wehh? haha. nasi minyak hangit kot

    ReplyDelete
  19. @hani
    dan dan bulan satu akak. takde maknenya. haha

    ReplyDelete
  20. tahun ke tahun,geng2 tu makin comel2 belaka.hehee

    *lu kawin,lu ajak gua^^

    ReplyDelete
  21. ramai yg kahwin n tunang bulan 12 ni..huhu

    ReplyDelete
  22. Anda bile lg? :D

    ReplyDelete
  23. entah wadi.. ko bila pulak?
    hahaha.. XD

    ReplyDelete
  24. @Faaein Talip Roy
    aku? tggu ko kawen dulu kak. ko dulu. haha

    ReplyDelete
  25. dah dekat dah tu giliran ko..heheh

    ReplyDelete