27 May 2011

OTW kahwin


Assalamualaikum




Hari jumaat serba indah ditambah dengan hujan yang sejuk membuatkan aku menggigil gogal. dan sungguh aman kerana tiada gangguan kelas yang agak bersepah dan fix sepanjang hari. minggu yang agak busy juga. sampaikan aku rase macam dah tak cukup mase. ke aku je yang lebih mase? oke, abaikan. 




This week, jumaat malam, sabtu dan ahad adalah hari yang memenatkan. KURSUS KAHWIN. memang syokkkkk sebab ade part part yang agak lucu dan kelakar. tapi, yang tak syokkkk sangat kerana beliau telah menarik nikmat aku untuk tidoooooo sepanjang hari. minggu tersebut kebanyakannye ditaburi dengan pelbagai slot slot ceramah, ceramah dan ceramah. ouhhhh tidak dapat bayangkan kalau aku duduk kuliah berjam jam lamanye. boleh kematu bontot ye sedara sedari sekalian. dan aku pon tak pasti akan terlelap atau tidak. aku kuliah dua jam pon dah macam cacing kegelabahan. ni pulak sepanjang hari ceramah. omajayyy!




Bila aku tanye dekat member aku, beliau cakap ade jugak part part yang menarik. memang kau gelak sampi gugor bulu idong punye. ini serius! sampai mereka ulang-balik-sepatah-sepatah ceramah ustaz bile bercerita dengan aku. tak sabar pulak nak dengar.*bab ni kau laju je kan wadi?





Semoga kursus ini berjalan dengan lancar dan jayanye sampai hari ahad. sekiannnnn~






masok aku pon muat







pemplet yang kedua dari kanan tu agak sentap sedikit







semakin menuju puncak  


















p/s : wadia boleh kawen terus kan mak? wakakakakakaka

24 May 2011

Talking about last sem

Assalamualaikum



Weekdays membuat kan aku malas nak pegi kuliah, kelas dan etc. masok ni dah 2 weeks aku kat kolej yang indah. *sebenarnye tak berapa nak indah pon. nak cite pasal study la entri kali ni. aku sekarang berada pada tahun akhir belajar. Alhamdulillah :) memang tak sangke dah nak abes dah kau belajar kat sini wadi. dulu masok skema skema je. sekarang dah jadi super duper seniority. hebat tak hebat. masok sini dulu pon tak jangke sebab ayah suroh masok. nak tak nak kene gak. nasib baik ade course favourite aku iaitu perguruan.





Sejak dari secondary school lagi, aku simpan cita cita menjadi seorang cikgu. ye, dan tahun depan InsyaAllah akan bergelar tittle tersebut. dalam sem ni aku kene bekerja keras untuk menaikkan pointer aku kepada lebih tinggi. subjek aku rase memang agak tough sangat sangat. rase nak terkucil dalam seluar pon ade. kali ni jam kredit aku sikit lagi melampaui batas selama 20 jam kredit? cool kan? sepatutnya dah  last session makin kurang la jam kredit. tak pela, janji jumaat tak de kelas. suka kau wadi bab takde kelas ni. 





Mase hari register tu, paling seram sejuk bile nak tau result. pehhh anda pon penah rase jugak kann. macam tula aku rase. bile dah print sume alhamdulillah sangat sangat, tidak mengecewakan. baik dan meningkat sikit. dapat sikit pon jadi la even sem lepas aku banyak sangat tidooooo. bile aku tengok subjek pehhh memang fakulti bagi kaw kaw punyeh. opkos kene sturggle lebih. paling aku suke sekali subjek taranum. heh, memang sangat la. tak sabar aku nak study subjek tu.





Nak cite pasal taranum tu, mase secondary aku penah masok competition. bukan nak bangge diri bagai tapi hanye sekadar perkongsian yang aku pernah masok dan mengalami sendiri. orang panggil pertandingan tilawah al-quran. huyoooo cite nak hebat je. tapi, memang betol la aku penah. tak caye nanti aku tunjukkan sijil sijil siap medal sekali. pernah mewakili sekolah dan pernah berjaya merangkul tempat kedua peringkat negeri. tak pernah dapat winner =.=' ape pon, alhamdulillah sangat sebab aku dianugerahkan bakat sebegini. sekarang aku pon masih belajar cara cara tilawah dengan betol. dulu, mak selalu hantar kalau ade kursus tilawah, tajwid bagai. rase syok jugak belajar bende baru. yela, dah bape tahun tinggalkan. mau terkangkang kalau tetibe ustaz suroh bace ke hape. sebab tu aku suke sangat tengok akademi al-quran. teringin gak nak masok tapi takde rezeki lagi kot.





Berbalik cite pasal study, sememangnya semangat telah datang *baru dapat hidayah kot. doakan aku semoga cemerlang dunia dan akhirat. dan akhir sekali aku nk kongsikan sedikit gambar yang tak pernah berubah mase sekolah menengah hingga dah nak habis belajar pon still menggunakan kaedah terbaik didalam kelas. dan aku adalah juara title tersebut.





#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#





cool bukan?



















p/s : lepas ni nak udpate laju laju sebab makin busy. stressssssss =.='

















































21 May 2011

Ego Si Katak

Assalamualaikum





Tiap kali nak update mesti aku tengok line. sebab ape? sebabnye line macam haramjayyy. tak tau la berok aku ni ade masalah ke atau berok ni saje dengki ngan aku. ape ape jela. entri kali ni aku nak muhasabah sikit. yela, kadang kadang kite ni sangat leka. manusia kan. cepat aje terlupanye. aku pon macam tu jugak. tadi aku belek belek majalah kat rumah. sekarang mood hepi sebab asyik balik je. mentang mentang kolej kau dekat. kejenye balik jela. mak ayah pon bosan tengok muka aku.




Oke, sambung balik. ini sebuah cerita. aku suke kongsikan bagi sesiapa yang pemalas nak bace buku mcm aku =.=' kisahnye seekor katak yang tidak hensem dengan papa beliau.






Seekor anak katak pulang ke pangkuan papanye dengan tercungap cungap 



Anak katak : "saya baru pulang daripada bermain di sawah padi tadi. saya jumpa seekor binatang namenye kobau."

Papa katak : "ahhh, ape nak dihairankan?" kata papa katak walaupun sebenarnye dia tidak pernah melihat kobau

Anak katak :" kobau sangat besar paa"

Papa katak : "ahhh, ade sebesar ini tak?" tanya papa katak sambil mengembungkan perotnye

Anak katak : "tak papa, lebih besar lagii....."

Papa katak : "ada sebesar ini lagi?" kata papa katak sambil membesarkan lagi perotnye yang tidak berapa cantik itu


Anak katak menggeleng gelengkan kepalanye. papa katak bertambah geram dan marah


Papa katak : "ade sebesar iniii?" sambil membuat perotnye menjadi sangat besar sehingga nafasnye tercungap cungap dan mengah


anak katak terus menidakkannye. perot papa katak  dikembungkan lagi. begitulah berulang ulang kali hingga..........


poppp!!


perot papa katak meletop. papa katak pon mati *sadiss anaknye kebengongan kebingungan, mengapa papanye sanggup mati hanya kerana menandingi 'KEBESARAN' seekor kobau yang comel












ingat kau bosa aku takot?













kesimpulan : berlagak kaya menjadikan kite papa. not papa (ayah) oke. ada pihak yang begitu beria ia ingin mempromosi atau menunjuk nunjuk kekayaannye padahal ahli hikmah mengungkapkan, jika seseorang perlu memberitahu orang lain yang beliau kaya, dia sebenarnye tidak kaya. tapi adalah KAYAP *oke, ayat aku tambah. perlukah Bill Gates misalnye memberitahu dunia yang beliau kaya? ironinya, ramai si kaya 'jadi jadian' yang menanggung hutang secara diam diam atau hidop menjadi penipu (conman) sepanjang zaman atau terpakse mati sebagai seorang miskin pada akhir hayat beliau...............................


































p/s : aku penah jumpa orang macam ni. tapi malas nak bersuara kerana susah hendak kalahkan percakapan orang yang tak dak ilmu. ouhh ye. zaman dah moden. katak pon panggil PAPA. kelassssssss gitu







18 May 2011

Update & menambah kg di KG

Assalamualaikum




Firstly, aku nak mintak maaf banyak banyak kepada mereka yang tertunggu tunggu keupdatepan blog ni. serius sangat busy dalam minggu lepas. hari tu nk dah semangat nk update tapi blog ade problem pulak. ingatkan blog aku sorang je kene. rupenye blog blog lain pon same. apela management ni. bagitau la something ape ape ke annouce ke kan?





Ok, sambung balik story. ini punye cite dari minggu lepas lagi. ahhh aku dulik ape, nak cite gak. al kisah, aku tengah boring kat rumah. serius cuti sem kali ni memang bosan. dah la duduk rumah, sekali dengan keje keje jadi surirumah tu. aku tak kelua mane mane pon. dok je terperap. dah macam arnab bawah tempurung. nasib baik ade tenet dengan laptop. boleh la aku buat discovery sikit. one day, tetibe dapat call dari bestfren aku ajak kelua. pehhhh aku dengar word KELUAR tu pon dah cukup teruja. dasat kau wadi.





Kami pon keluar la dengan rase bangga yang teramat. beliau yang jempot aku dari rumah. biasala, aku kan mem besa. lepas beliau pick up and then singgah ke mines. actually, nak teman beliau pegi beli laptop je. aku ni ade la sikit expert bab bab pilih lapto. yela, dulu dok roommate dengan budak IT so, mereka banyak ajar aku. ingatkan terus datang mines terus je beli laptop. sebab mula mula before beliau ajak aku dah cakap awal awal dah,



weh, kalau nak suroh teman kau aku boleh je. tapi, makan siap siap la. aku tak de duet.



Hahaha selamberdog je aku mesej camtu. yela, dok umah mane nk cekau duet. aku kalau kelua sikit pon tak mintak duet ayah mak tau. harap orang belanja je. tak pon kumpul duit sendiri. kalau tak, harammmm la nak kelua umah. dok situ sampai basi. lepas sampai je, beliau suruh pilih tempat. haa? nak pi makan ke? rupenye nak belanja aku makannn. sape tak nak bai. teruja sangat oke.





Mula mula kami nak gi subway. try makan kat situ sebab tak penah rase lagi kan. lepas pegi usya makanan beliau tengok menu breakfes macam tak cool je. kami pon pegi la KG. u know KG? bkn kilogram la gile. KENNY ROGERS. tauke kedai ayam acik aku punye belah ayah. oke, sile percaya. aku pon pilih la menu. ntah ape ape yang aku pilih kau tahu tak? men bedal je. konon omputih sangat. sekali order amik kau, berbelit lidah. waiter tu senyum je. aku tak ingat name benda alah tu ape. dah lame entri ni aku simpan buat jeruk. yela busy kemain sampi lupe. kat bawah tu jenis makanan berikut :






yang ni membe aku punye





Aku ingatkan KG ni ala ala nasi ayam kat tepi jalan tu. tapi yang ni macam sedap sikit kot. ghupenye tak dak nasi. makan ayam cenggitu je. dah la aku tak reti makan pakai sudu garpu. nasib baik time makan, ayam aku tak naik helikopter. kalau tak, malu mak. hahaha tak tau nak sorok muka. membe aku ni pilih set quarter meal half two ke one tah. aku pon tak ingat. sebab kami punye ade macam jenis lauk. LAUK? jadah ape kau tempat gini panggil lauk.






ni aku punye. sedap sikit cuma kentang tu tawau nak mampos






ni membe aku. cun kan? sile inbox aku kalo nak. hahaha





ni la otainya. cocok garpu kang tau la








Kat KG ni, kalau bagi bintang aku bagi 5/10 jela. sebab ape? sebabnye, makanan beliau ade yang rase kureng sikit. tapi kalau kau nak try sekali tak pela. jangan makan tiap hari memang rabak poket kau. ape pon, aku nak ucapkan terima kasih banyak banyak kat membe aku sorang ni. kalau kau nak tau, beliau ni la akak aku? AKAK? hahaha banyak sangat storynye. nanti nantilah aku update. ouhh ye, sape sape yang nak folow boleh tinggalkan nama dan emel eh. boleh aku sampaikan kat beliau sebab tengah single separa available. macam mana tu? *beliau seorang yang ayu tapi ganas. sile hati hati





Lepas mentedarah, kami pon pegila beli laptop beliau. membe aku ni nak yang murah murah punye. sekali tengok yang comel angkat la HP notebook ni. oke memang oke tapi tak laju sangat. aku nak terangkan pon dah ingat pulak. perisian beliau agk oke sikit. kire kau nak buat esaimen tu pon dah lepas.








comel aje. ade name mark aku lg. muahahaha























p/s : maaf lambat update. bukan ape, line kat bilik baru macam harammjayy punye. nanti aku update yang latest punye. enjoyy! :)

14 May 2011

Blurr

Aku tak tau nak taip ape. mood sekarang tengah kelam kabot. nak balik hostel, tak boleh nak makan sesedap lagi *wuwuwu update blog pon idea zero percent, barang tak kemas lagi. hari tue nak update tetibe blog tak leh bukak *$#@*&! terus downnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn





























arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh







































tolong aku weh -_____-

09 May 2011

SANGATTTT GLORY!

ASSALAMUALAIKUM W.H.B





FIRSTLY, BOLEH AKU TAIP GUNE FONT BESAR TAK? SAJE NAK KASI PANAS MATA FANS CHELCIS DENGAN ARSENGAL LAGI. HAHAHAHA. DALAM ENTRI LEPAS, AKU TAK NAK BERLAGAK SANGAT SEBAB TAKOT GAME KALI NI KALAH.



PADA MALAM NI, DENGAN HARAPAN AKHIRNYA MU TELAH MENCAPAI KEJAYAAN BERSAMA PASUKAN SEMANGAT JUANG YANG TINGGI. TERIMA KASIH KEPADA PEMAIN. ANDA SANGAT HEBAT TERMASUK AKU *muntahh*




SETERUSNYA, MU AKAN BERCAKO DENGAN KUMPULAN TERHEBAT IAITU BARCELONA PADA 28HB. KALAU TAK SILAP AKU. SILE BUAT LATIHAN YANG SANGAT RAPI, CERGAS DAN SANGAT COOL.












AKU PENYOKONG TEGAR MANCHESTER UNITED



skuad mantop






coach TERBAIK & SPECIAL sedang menuju ke padang























p/s : boleh tidooo dengan lenaaaaaaaaa sambil berkeroh

07 May 2011

Dimana dimana kemana kemana berpinar pinar










aku suke doe dengar lagu diatas. sejak adik-adik gile aku memperkenalkan terus melekat sampai sekarang. nyanyilah sampai lebam. sekiannnnnnnn~






































p/s : aku - shila amzah, nad gg beso - jaclyn vitagen, kakak ujah telinga busuk - ning hai hai bai bai

HAHAHAHAHAHAHAHA :p

06 May 2011

Cinta, Cinta, Cinta part II

Assalamualaikum w.h.b



Awal pulak aku bangon sejak empat menjak ni. ade pape ke? neway, aku dah kering sangat idea nak taip ape dalam blog jebon ni. nak je amik otak dalam kepala aku ni then perah kasi jemor kat bawah matahari. baru berfungsi sikit kot. ouh ye, baru teringat nak update pasal cinta yang dalam entri ni. bari teringat beb. aku pon tak tahu nk kupas bawang ape. dalam 2 hari lepas kot kalau tak silap, ade member aku ni call. call semata sebab besday. ciss! memang nampak nau sayang gile kredit. beliau ade cakap kt aku lebih kurang la ayat camni,


ehh, wadi buat blog sebab nak luah perasan ke hape? memang nak kongsikan kat orang eh?


oke, disini nak sampaikan bahawa aku buat blog ni bukan sebab nak luah perasaan jiwang hape bagai. tidak same sekali. dan aku cakap kat beliau balik, blog ni hanya separuh dari hati aku. faham tak? SEPARUH DARI HATI. maksudnya selebih dari tu, memang aku tak kongsikan. eh, suka hati aku la tak nak kongsi langsi bagai. ye, aku ni memang lain dari yang lain. nak kongsi masalah dengan orang memang cukup susah. apetah lagi dengan roommates, bestfren etc. sebab tu sape yang kawan dengan aku akan cakap,


alahh, tak payah nak tanya sangat la. buang mase je tanye wadi. happy je manjang. susah sangat nak tengok ade problem. ntah-ntah, problem yang takot tengok beliau.


haaaa kau tengok, sempat lagi bahan tuh. alahh, aku ni jenis tak kisah bai. sume orang aku kawan. okeh, berbalik pasal cinta tadi. aku nak tanya la, sume orang penah rase psl cinta kan? tipu la tu kalau tak penah cinta berok. tak berok pon unta. aku pon penah gak. biasa la, orang pi sekolah belajar ni tak, sakannnnn ngan cinta kau. muda bai aku ni bercinta. hahaha tapi sayangggg ape peribahase yang hujan panas tu. alaaaa tengok. kan dah lupe. tula, asik makan kerengge je. haa ingat dah. ingat cerah sampai kepetang, rupenya ujan di tengah hari. weh, aku men rembat je ayat peribahasa aku.




Lama jugak la bercinta dalam 4 tahun lebih. nak kata bangga tak sangat kot sebab aku ni jenis biasa je. yela, memasing dok hostel nak jumpa macam mana la kan. kalau jumpa pon sebulan sekali. kalau ex- balik kadang-kadang aku pulak tak baliknya. gedik! then, setelah melayari kapal percintaan akhirnya berkecai hancus mikus sungguh relationship titanic ini. tak sempat nak berlabuh. karam kat tengah-tengah laut. kesiannn betol. aku sikit pon tak nak nangeh bagai macam zaman sekarang ni. even relation EMPAT TAHUN BEB. serius! aku rasa, kalau kau kat tempat aku mau nak tarah perot sebab frust sangat-sangat.




Kau pon tahu bace news tiap-tiap hari, psl cinta je nak kill sane sini, kill yourself. ouhh wtf sungguh! tolong la, ade otak LU PIKIR LA SENDIRI. wei, cinta ni akan datang bila-bila mase tau. kau kene tunggu je. aku pon nak ingatkan diri sendiri ngn mereka kat luar sana. sape tak nak cinta, mencintai dan dicintai *muntah* of course sume orang nak bukan. lagi-lagi aku ni haa. dah la abang tak de, kakak apetah lagi. aku la kakak ngan abang kat umah untuk mencurahkan kasih sayang bagai. puiii! sejak aku break memang aku rase rilek je. tapi tula, paling effect sangat-sangat kat result spm aku. nak kate kantoi tak sangat la cuma kurang baik sikit. orang cakap sederhana je. tak pela, aku redha. nak marah pon tak guna sebab salah sendiri kan. so, aku pikiaq dalam-dalam bia kan ajela dan sikit pon aku tak marah. cuma, aku pegang kata-kata ni dalam entri lepas,


WHAT GOES AROUND COMES AROUND


Tak pela, aku pon jenis biar kan je. sikit pon tak kesah. tapi tu la, sampai sekarang aku masih tertanya-tanya ape reason sebenar kita break? sebab ape? tolong bagi aku alasan yang kukuh dan kuat. itu je yang aku nak dengar sampai sekarang.

















p/s : aku tak mengharap kau datang lagi sebab Tuhan itu Maha Adil sebab Dia telah bagi yang TERBAIK untuk aku dan kau. bukan mengungkit kisah lama tapi kebenaran yang sakit untuk aku telan.

05 May 2011

Winnersssssssssssss

Todiaaaa todiaaaaa


Tak dapat gambarkan perasaan aku bila MU handsome memang MENANG. muahahaha. kepada fans-fans ARSENGAL dan CHELCIS harap bersabar dan pasrah diatas ketentuan-Nya. tak payah nak panas-panas dengan aku. memang score kaw-kaw punye la. hahaha. aku suke gile! 4-1 bai. pehhhh serius terbaik! so, aku malas nak bangga-bangga, riak-riak paham-paham sendiri la. aku tunggu the next game.





paling handsome! muahahaha





























p/s : kepada beliau-beliau yang hard fans arsengal dan chelcis takat 1-0 sile beredar dari gol sekarang!
hahahahahaha :p

04 May 2011

Sile Terima









sile abaikan syaitonirajim tersebut











huarghhhh















































AKU PENYOKONG TEGAR MU & SELANGOR FC

HARAP MAKLUM











p/s : aku tahu mesti ade yang panas bontot tengok. so, malam ni MU lawan. Sile tebus maruah anda! TQ

03 May 2011

Tazkirah

Abu Abbas, Sahl bin Saad berkata : 

Pada suatu masa, seorang lelaki datang berjumpa Nabi Muhammad dan berkata, Wahai Rasulullah, tolong terangkan perbuatan yang apabila saya lakukan Allah dan manusia kasih kepada saya. Nabi Muhammad menjawab, 'Apabila kamu mengambil dunia sekadar keperluan sahaja, pasti Allah akan kasih kepada mu. Apabila kamu menahan diri daripada meminta apa yang ada di tangan manuisa, pasti manusia kasih kepada mu.' 

 : Hadis Hasan direkodkan oleh Ibnu Majah dan lain-lain









Abu Ya'la telah mengeluarkan riwayat ini daripada Ibn Abbas r.a, beliau menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah ditanya : 

' Ya Rasulullah! teman duduk-duduk kami yang manakah paling baik? ' sabda Baginda yang bermaksud :  Dia ialah orang yang mengingatkan kamu kepada Allah apabila kamu melihatnya dan bertambah ilmu kamu apabila mendengar bicaranya dan mengingatkan kamu kepada Allah apabila melihat amalannya.














*tiap kali bukak YM, aku selalu dapat hadis-hadis macam ni. bile aku on je konpem ade orang bagi. dan aku pon kenal makhluk Allah tersebut. dan aku tak kesah kalau beliau nak kongsikan semua hadis kepada aku dan aku sampaikan kepada mereka diluar sana. TQ kepada beliau kerana sangat prihatin terhadap aku yang selalu leka ni :')


























p/s : tolong terangkan lagi maksud hadis tersebut. I appreciate it :)

02 May 2011

Famous Sekejap

Assalamualaikum


Selamat malam yang sejuk lagi enak. malam ni hujan kat tempat aku. sangat best untuk aku tidoooo. ok, sambung balik. nak tanya pendapat anda la, best tak jadi orang pemes ni? anda penah jadi situasi macam ni tak? penah? tak penah? hemmm, aku pon tak tahu penah rase ke tak. tapi, rasenye sekali je kot pemes-pemes ni.



Tak caye? betol tak caye? hahaha. tu la, kalau aku semuanya tak percaye. asal tak caye semua aku. tak pe,  paham dah. sile lihat bawah kalau anda semua tak percaya.



#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#   
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#








Kalau korang tak caye, sile beli buku diatas. kalau tak nak beli, kau tengok pon dah kire ok. ouhh ye, sekarang tengah book fair kan? laaa dah habis time la sengal. rini kan 1 mei. hahaha melepas la. tak pe, kat book store ade banyak lagi. 




Sebab ape suruh beli? saje je weh, suka-suka nak suruh habiskan duit kau. apedaaaaa tak rugi pon kalau beli buku ni. ade gak manfaat, ilmu. ape yang kau tak tau jadi tau. 2 in 1 la omputih cakap. sesambil tu, leh la usya muka aku yang comel lote ni. hahaha puii *perasan lg. aah, muka aku ade dalam tu. kau kene usya bebetol. 




Story nye macam ni. mase tu, aku join program cuti sekolah. seingat aku la, time standard 6 kot. parents aku ni suka sangat hantar anak-anaknye join program-program time cuti sekolah. yela, dari buang mase tak tentu hala baik masok kan dalam program cmni. ade gak pekdahnye. aku join program ape tah. tak hengat la weh. da bape tahun. kira la sampai umur aku sekarang. tapi, aku still ingat sape owner anjuran program ni. beliau ialah Tuan Haji Muhammad Zakaria. yes, aku memang ingat sampai sekarang. kau boleh tengok hasil penulisan beliau kat sini. mak aku adalah seorang pembeli solusi yang tegar dan hasil beliau pon ada dalam majalah tersebut. interesting, cool dan seronok baca penulisan beliau. sekarang, beliau rajin exploring di negara luar termasuk indonesia, thailand dan banyak lagi.



Okeh, mase tu kami tengah belajar tajwid kalau tak silap. and then tetiba ade 1 surat kot pas kat ustaz tu suruh panggil kami berempat. aku, kimah and 2 membe aku tak ingat name sape. kami pelik la sebab ape kene panggil kan. ade buat salah ke? aku ni dala baik, senyap pulak tu *perasan lagi. lepas tu, ade orang bagi 1 set mekap dan suruh bersiap dalam toilet. kami sume tercangak-cangak. haa? ape jadah nak pakai mekap bagai ni. aku mane reti dow. 



Tanpa banyak songeh, kami pon bersiap ala-kadar dengan muka macam &*%^#@ aku tak tahu nak cakap macam mana. hahaha. seriously! aku tak dapat bayangkan muke aku ditacap macam hape. dah la aku sendiri yang mekap, budak darjah 6 dah reti mekap-mekap ni. kami memang terbahak-bahak habes. pehhhh sekali tacap, ayu siottttttt! lagi-lagi aku. hahaha. aku dah tak larat nak gelak bai. kau boleh usya muka aku dalam buku tu. ghupenye, kami ade sessi photoshoot. tudiaaaaa kemain lagi kau wadi. tak penah-penah seumur idop jadi model bagai. *bangga jap.




Lepas abes gambar sakan, ustaz tu cakap la nanti masuk majalah. kami pon terujaaaaa gile. wahhh! hebat weh sampai masok majalah. bukan artis nasyid pon. tetapi, kami tunggu punye tunggu tak masok-masok. sangat sedih. berzaman aku tunggu dari darjah 6 tak masok-masok. artis lain tuh tangkap gamba hari ni, malam kang da cetak. esok, dah pemes. 




Nak dijadikan cite, 3 tahun lepas kot aku ngan mak singgah book store kt bangi. usya la buku-buku kat situ jap. tetibe hati aku ni tergerak nak selak buku tersebut. selak sekali je weh, sekali je terkujat hati mak nak tengok muka aku dalam tuh. MUKA AKU bai. kelam kabot tunjuk kat mak. lamaaaaaaaaaa siot nak tunggu keluar. haha. mak aku gelak je. pastu, terus on the spot beli. dan-dan tu jugak. tapi sayang. sebab aku dah besar. muka aku dalam tuh time darjah 6. kau bayangkan la. tak ke lawak muka macam badot tak siap.




End, ok la gak dapat keluar sekali. ade sorang membe aku beli, perasan muka aku dalam tu. beliau cakap,



M : "eh, wadi. muka ko ke dalam buku ceria tuh?"

  W : "macam mane ko tahu tu aku?"

 M : "alah, tahu la sangat. muka ko tak penah berubah dari sekolah dulu. sama kecik macam sekarang."

  W : "heeeeeeeeeeee" sengih cam kerang basi 




Terima kasih la sebab beli. tak suruh pon kau dah beli ye. satu lagi, masa aku darjah 2 kot penah masok dalam majalah TATIH. mesti kau tak pernah dengar kan? tatih ni tak silap lahir sebelom majalah ASUH terbit. lepas tu terus tak keluar-keluar dah. tak tahu sebab ape. beliau same kompeni dengan ANIS. dalam majalah tu, ade gamba aku masok competition pakaian beragam jadi doctor. tak leh blah nak doctor je kau wadi. tapi sayang la. aku tak sempat simpan majalah tu. aku mula tengok memang kelakar abis.




Berbakat jugak aku time kecik. dala bakat, comel bergaya pulak tu. dapat pulak tempat ke-2. *sile bawak baldi kalau nak muntah hijau











p/s : best kan kawan dengan orang pemes ni? hahahahahahahahahahahahahaha :p