03 May 2011

Tazkirah

Abu Abbas, Sahl bin Saad berkata : 

Pada suatu masa, seorang lelaki datang berjumpa Nabi Muhammad dan berkata, Wahai Rasulullah, tolong terangkan perbuatan yang apabila saya lakukan Allah dan manusia kasih kepada saya. Nabi Muhammad menjawab, 'Apabila kamu mengambil dunia sekadar keperluan sahaja, pasti Allah akan kasih kepada mu. Apabila kamu menahan diri daripada meminta apa yang ada di tangan manuisa, pasti manusia kasih kepada mu.' 

 : Hadis Hasan direkodkan oleh Ibnu Majah dan lain-lain









Abu Ya'la telah mengeluarkan riwayat ini daripada Ibn Abbas r.a, beliau menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah ditanya : 

' Ya Rasulullah! teman duduk-duduk kami yang manakah paling baik? ' sabda Baginda yang bermaksud :  Dia ialah orang yang mengingatkan kamu kepada Allah apabila kamu melihatnya dan bertambah ilmu kamu apabila mendengar bicaranya dan mengingatkan kamu kepada Allah apabila melihat amalannya.














*tiap kali bukak YM, aku selalu dapat hadis-hadis macam ni. bile aku on je konpem ade orang bagi. dan aku pon kenal makhluk Allah tersebut. dan aku tak kesah kalau beliau nak kongsikan semua hadis kepada aku dan aku sampaikan kepada mereka diluar sana. TQ kepada beliau kerana sangat prihatin terhadap aku yang selalu leka ni :')


























p/s : tolong terangkan lagi maksud hadis tersebut. I appreciate it :)

No comments:

Post a Comment