Setelah berhempas pulas 3 bulan 9 hari maka selesai sudah sesi perjalanan persekolahan aku. rasa biasa je bila dah habis belajar. sebab perjalanan masih jauh. aku makin lupa pulak dekat blog berabuk ni. dah rasa apa pon aku tak tau.
Jumaat lepas habes sudah praktikal. kalau nak tahu pengalaman praktikal, lu orang pandai pandai la cari dekat list. next station, aku dapat keje ditempat lama sementara tunggu grad ni. alhamdulillah, owner ingat lagi kat aku. start masuk selasa depan. sibuk lagi kau cikgu.
| aktiviti terakhir disekolah. amal islami compeition |
Semalam, lepak dengan ex-rumate kemain sakan pegi berenang. second time masuk pool. before ni dengan member member sekolah masa form 6 dekat pahang. dah sampai tu, pelan pelan terjun cara sopan. dah masuk air, sakan buat aksi jenis renang kodok dengan itik. ahh dulik. comel jugak kalau berenang tergetik getik macam itik kurus. kahkahkah.
Kira dah ada geng nak renang, boleh la wiken pegi pullman putrajaya sana. itu pon kalau tak busy la. murah je beb masuk sorang RM2. kalau sape takde baju renang ada disediakan tapi berbayar RM10. tapi rugi kalau pegi tiap minggu pastu kene sewa lagi baju. baik beli terus baju renang muslimah. tak silap RM180. itu pon kalau hangpa suma rajin nak swim la sampai legam muka.
| ni tag masuk pool. gua tahu jenis tangan tak bape nak gemok |
Hah, tunggu apa lagi. pergilah berenang walaupun nampak seperti itik berjalan diatas sungai.
WR : aku tak penah mandi dekat sunway lagoon even banyak kali keluar masuk sunway piramid








