29 April 2012

Separuh Bebas

Assalamualaikum


Setelah berhempas pulas 3 bulan 9 hari maka selesai sudah sesi perjalanan persekolahan aku. rasa biasa je bila dah habis belajar. sebab perjalanan masih jauh. aku makin lupa pulak dekat blog berabuk ni. dah rasa apa pon aku tak tau.

Jumaat lepas habes sudah praktikal. kalau nak tahu pengalaman praktikal, lu orang pandai pandai la cari dekat list. next station, aku dapat keje ditempat lama sementara tunggu grad ni. alhamdulillah, owner ingat lagi kat aku. start masuk selasa depan. sibuk lagi kau cikgu.

aktiviti terakhir disekolah. amal islami compeition

Semalam, lepak dengan ex-rumate kemain sakan pegi berenang. second time masuk pool. before ni dengan member member sekolah masa form 6 dekat pahang. dah sampai tu, pelan pelan terjun cara sopan. dah masuk air, sakan buat aksi jenis renang kodok dengan itik. ahh dulik. comel jugak kalau berenang tergetik getik macam itik kurus. kahkahkah.

Kira dah ada geng nak renang, boleh la wiken pegi pullman putrajaya sana. itu pon kalau tak busy la. murah je beb masuk sorang RM2. kalau sape takde baju renang ada disediakan tapi berbayar RM10. tapi rugi kalau pegi tiap minggu pastu kene sewa lagi baju. baik beli terus baju renang muslimah. tak silap RM180. itu pon kalau hangpa suma rajin nak swim la sampai legam muka.

ni tag masuk pool. gua tahu jenis tangan tak bape nak gemok

Hah, tunggu apa lagi. pergilah berenang walaupun nampak seperti itik berjalan diatas sungai. 







WR : aku tak penah mandi dekat sunway lagoon even banyak kali keluar masuk sunway piramid

24 April 2012

Praktikal #15 - Sibuk

Assalamualaikum


Sebenarnya dari minggu lepas lagi tak tahu nak naip apa. lepas aktiviti terakhir itu hari terus jadi kosong kosong. segala kata cacian yang telah engkau berikan. jadah tetibe keluar lagu wawa latip ni woi! pidato juga mendapat rembesan hebat. mungkin pesaing begitu kecewa dengan kelincahan dan kepetahan anak didik aku. sebab tu kalah. kakaka

Tak pelah ye anak murid. tahun depan turn awak pulak. sibuk dan padat sebab minggu ni minggu terakhir aku praktikal. sibuk nak setel kan buku ringkasan maha tebal, fail, jurnal entahapakejadahentah. aku tak dapat nak beramas mesra dengan blog lu orang. nanti aku datang tahu. aku datang. ye, aku datang la ni.


cc : BPE



WR : dalam sibuk sibuk jelly pon asik dok pikir natang tempat atas tu ja. hihi

19 April 2012

Praktikal #14 - Bertanding

Assalamualaikum


Minggu ni agak sibuk dengan persiapan untuk bertanding peringkat zon sabtu ini. aku juge selaku guru untuk mengiring dan melatih sikit sikit budak pidato. sorang laki dan sorang perempuan. boleh tahan juga cara mereka gayakan. jenis mengikut arahan. mungkin dikikis oleh cikgu cikgunye yang sangat prihatin.

Moga moga sekolah aku menang dengan jaya dan saksama. kelas pon aku masuk kejap kejap je. bajet sibuk sangat. padahal rasa malas dah menebal sebab dah nak habis. tinggal seminggu je lagi nak tamatkan zaman bujang praktikal. sabo wadi, sabo. takdak idea nak buat entri. kang dah bertafakur sejenak dua baru aku buat.













WR : aku suke tengok orang pidato sebab ade sedikit rembesan. hihi

18 April 2012

15 April 2012

Failed

Assalamualaikum


Itu hari aku ade pegi kedai mamak. lepas balik sekolah petang sementara nak balik rumah aku, mak dan adik kunyah kunyah mister potato. dan dan pulak cuaca agak menggodam emosi lalu singgah ke restoran mamak berdekatan dengan rumah untuk beli air neslo kaw kaw.

Sampai sana dan dan pulak waktu petang memang ramai abang abang, encik encik, family dua tiga ketul, makwe pule ade dalam dua tiga orang dok singgah. aku pon macam segan nak keluar sebab makhluk makhluk ajaib tu berkumpul dekat parking kereta mak. aku pon keluar.

Sampai je jejak kat restoran tu tangan sampai ke bawah memang sejuk. ok, kes aku ni memang agak pelik. asal jumpe laki yang ramai ramai je otomatik tangan dan badan jadi mayat. muke stedi tapi badan sejuk sejuk abes.

Lepas order, aku pon tunggu dekat kaunter. duduk tak ape pon tak. *bajet sejuk la lettewwww sekali aku ade terrusya segerombolan lelaki. memang dari tadi aku keluar dari kereta pon depa dok usya usya. biasalah, kereta tak tinted memang semua nampak. mebi dorang nampak aku pelik sebab pakai jubah. bajet alim kot. *aku biasa biasa sebab aku dah biasa kalau jumaat je memang pakai bende alah tu.

Tiba tiba, sorang laki dari group tu jugak datang kat kaunter. tapi dari tadi dok ngusya. aku pon buat buat bangang tak nampak. dah datang depan rupenya beli rokok. ingat sekotak tapi seketul je. ceh! lepas hidupkan api, terus pusing belakang pandang gua. ouhh taktik lu rupenye. ok, gua cool lagi.

Lima minit kemudian sorang makhluk dari group yang sama pegi ke depan jugak. *bace ayat atas ni. malas aku dok menaip pon guna taktik yang same. beli seketul hidupkan api. pusing belakang pandang. taktik kedua pule.

Aku pon tak tahu nape mamak ni dan dan buat air lambat? gua nak cepat tahu tak. lima minit seterusnya dari group yang sama laki yang lain buat taktik yang sama. memang jadah dorang ni. aku bajet garang padahal dah sejuk sejuk dah. sejurus kemudian, air sampai dan aku pon blahh terus.

Brader, lu orang kalau nak ngorat cakap depan depan aku ni. kau buat taktik yang sama bikin aku gelak kahkahkah dalam kereta. lu tahu? lu tahu? failed punye taktik.







WR : aku rase petang tu dah cukup selekeh dah. takde pulak baju terkoyak ke ape. muke kene kapur pon tak gak. 

13 April 2012

Praktikal #13 - Babi

ENTRI 18SG. KEMAIN GANAS EH SAMPAI GANAS AKU PON KALAH. MOHON JANGAN ADAKAN TINDAKAN LANJUTAN DARI BERKUASA. BERBAUR KEGANASAN DAN KECARUTAN YANG MINIMA SAHAJA


Petang hari tu aku masuk kelas darjah 5 macam biasa. elok juga mengajar dalam erti kata lain seperti nyiur melambai angin di pantai cahaya bulan mengambang disisi matahari *dahla woi. nak mengaja ke ape lepas abes mengajar, dalam 30 minit masa tinggal. baki itu, aku buat aktiviti teka silang kata mengenai tajuk yang aku ajar. 

Masing masing menikus buat bende alah tu. ade juga yang buat menggunakan suara yang enak. ahh, tapi aku tak kesah. asalkan jangan bising sudah. aku pon dok rilek kembali ke meja guru untuk buat keje sendiri. sedang menghayati suasana,

gedambammm *bunyi jatuh kerusi
" ishh, kau niii! " 
" hahaha. aku main main jelah woi " 
" babi betol lah. haha. " *marah tapi boleh gelak gelak lagi
" cikgu, tengok ni dia cakap babi. " *kawan sebelah reporter

Aku hanya pandang dan pandang je. tak senyum tak marah tak ape. semuanya pon tak. uhhh, hebat bahasa budak zaman sekarang. nak kata aku dulu zaman hingos, *sekolah rendah lah perkataan babi tu hanye digunakan kalau terjumpa babi ke, cerita pasal babi ke sebab babi tu natang. bukan untuk digunakan sebagai bahasa rasmi perbualan or carutan whateve la. kalau dah masuk sekolah menengah tu lain la cerita nye. tu spesifikasi lain. 

Mungkin lelaki sebab dah biasa. jarang kalo budak pempuan sekolah rendah sebut. *ni dari perspektif aku hari hari babi, hari hari babi. kesian gak kat babi. tersedak dengan sekali hidung pink beliau. kekdahnye aku nak ulas, sekolah rendah dah dare to say this word apetah lagi naik sekolah menengah. lusa? dah besar esok? 

Aku bukan nak cakap yang aku ni baik sangat or macam malaikat yang suci ke ape. realiti aku mengajar disekolah. bukan dikelab ke, pub ke ape. kalau marah la sangat nak sebut babi belakang cikgu tu lain cerita. ini yang betul betul depan aku. aku dengar sendiri. 

Kalau dah pandai sebut babi time sekarang ni boleh jadi lagi perkataan lain. aku malas nak sebut. korang dah tahu kan. penat otak aku pikir petang tu. susah jugak kalau asik berpikir bende yang sama. jangan datang kebabian sudah. budak budak sekarang. hmmm








WR : tapi babi comel. sebab pink. haha

11 April 2012

07 April 2012

Sakit jiwa

Assalamualaikum


Aku ade masalah jiwa dari minggu lepas lagi. sebenarnya aku nak masuk contest. ade dua kategori. satu berdasarkan like semata satu lagi pilihan juri 50% dan like 50%. ini first time aku tepek muke untuk menang. *tapi tak tepek lagi. bukan jual muke ke dagu ke ape. hadiah dia memang sangat lumayan. la ni tengah berpikir nak masuk ke dak dan sebab tu aku sakit jiwa sampai sekarang.











WR : aku segan nak join sebab segan nak promot. tu sakit jiwa yang ketiga

05 April 2012

Spontaneous Thursday #16

Assalamualaikum



Gua memang failed kalo iron baju kemeja ayah. sane dah gosok, belakang berkedot. sini dah licin kat poket komot.
aqgryhejuikhklph



02 April 2012

Praktikal #12 - Badut

Assalamualaikum

Pejam celik celik pejam tinggal 3 minggu aku nak praktikal. rase macam ringan je suku otak dari kepala aku ni bila dicuci dgn clorox. haa gitu la rasenya. serius perasaan kalau ditemu ramah,
" hai, saya cikgu wadi terasa macam nak menjerit kat satu sekolah tu yang saya nak abes dah praktikal. segala beban masalah telah tertunai separuh. mudah mudahan cepat la 2 minggu dan seterusnya 1 minggu blah blah blah " 
Puffffff! cekadak lu wadi. banyak mulut pulak. tadi, aku berbual bual dengan 3 lagi kawan sejawat praktikal. juga berkaitan dengan hal sekolah. biasa la, dah lama tak berborak borak. bajet busy macam haktuii.

La ni, semua berkumpul. bila dah berkumpul, kau paham paham jelah perempuan borak. galak kemain. pang pung pang pung pang masuk la bab marah budak ataupun dalam kamus DBP, memarahi atau menjerkahi *pepandai kau je seseorang. bila aku tanye dorang, memang spesen je sume. gune pembaris panjang, marah kuat kuat dan etc berkaitan dengan marah atau pukul.

Aku jadi kagum sebabnya mereka berjaya membuatkan budak budak kelas terdiam apabila dimarahi dan mengikut kata. bila sampai aku :

" akak tak pernah marah budak? "
" kak wadi nak marah. haha. pukul budak pon tak penah nak marah macam mane " *sorang nyampuk
" tak. akak tak penah marah. pukul pon tak. takat denda ketuk ketampi je " *senyum
" baiknye akak ni. kalo kite la, tak bawak buku, tak siap kan keje, main main kat belakang, tak beri perhatian kita pukul je. pastu marah. bia kan. nanti dorang lagi pijak kepala. "
" betol jugak tu. tapi akak tak boleh la. memang tak reti nak marah. akak kalau marah rase muke macam badut bile marah. entah, kau tau muke badut macam mane. ha gitu la kalau rasa nak marah. tak reti. "

Ye, aku rasa macam badutlah aku tak reti marah budak. pukul apetah lagi. bukan takut nak pukul, aku boleh je gune kekerasan tapi aku taknak bende tu akan jadi rutin. hari hari kene marah.

Bile aku rasa nak marah, tetibe ade aku yang lain akan cakap dalam hati. eee, muke kau macam badutlah nak marah. maka, terpadam lah niat aku nak memarahi budak. aku cume nasihat yang kaw kaw punye mendalam bagi depa muka seposen je dengar. ahhh biarkan. biar aku buat centu. lagi satu, cara aku akan buat bodoh je kalo mereka tak ikut cakap. menjadi gak taktik aku

camni cap ehh




WR : muke je ganas, tapi marah pon tak tau! *member kata kahkahkah. memang pon