30 November 2011

Surat buat Cik Lan

Assalamualaikum


Wadi AR a.k.a Kurede
No 30, Jalan Dabel Cis Beger/1A, 
Taman Bayam Utama, 43650 Bandar Alam Ghaib
  
30/11/11
SURAT BERTAJUK KENAPA AKU PATUT DAPAT HADIAH TERSEBUT

Kehadapan Akulah Paklan.Com, *domain dah tuka mu tahu. kau adee?
Tahniah saya ucapkan kepada encik kerana telah membuat contest yang encik anjurkan. Sebab sebab saya memilih hadiah tersebut untuk menjadi sebagai pemenang adalah berdasarkan :

1) Rase bertuah kerana menjadi salah satu kawan blogger encik di alam maya karin
2) Suka juga saya membaca cerita jepun yang berpart part encik didalam blog dan terasa macam saya pula berada disana
3) Baru tahu encik duduk satu bandar dengan saya 
4) Saya memanggil encik dengan gelaran Cik Lan
5) Sesuai dengan tagline bila saya mendengar lagu " Tiada Muzik Tiada Kompromi "
6) Boleh main lampu suluh barangkali

Dan yang terakhir sekali,

7) Hadiah tersebut adalah warna keghairahan saya iaitu biru. Saya begitu teruja, teruji dan teruju bila melihat panorama induksi warna tersebut.

Diharap dengan sebab musabab diatas maka tertunailah tanggungjawab saya sebagai pengcontest edisi khas ini. Menang atau kalah saya terima dengan hati yang ikhlas dan ehsan.


Sekian, Kasih Diterima.






Yang benar melainkan kebenaran belaka,
Kure berjalan lincah dan laju

Rabu Kedu? #20

Assalamualaikum



29 November 2011

Kure sebenarnye ganas

Assalamualaikum

Masih gigih bekerja sambilan hingga akhir tahun ni sementara tunggu start praktikal bukak sekolah tahun depan. aku cilok cilok mase nak mengupdate blog. biasala, mud nak menaip tu mengalahkan orang mencipta puisi pula.

Ouhh, baru terbaca satu entri ni. aku nak tergelak pon ada. baru teringat ada satu makhluk ni berborak borak di fans page pesbuk aku. beliau macam tahu mungkin pak nujum barangkali kenapa kure ni ganas. yelah, muke comel tapi ganas ya Rabbi. dan borak punye borak maka dengan baik hati beliau sudi membuatkan satu cerpen khas buat kure ganas.

Seekor kura-kura tua antropomorfik yang segak bertuksedo tapi memakai kep biru gelap berinsignia kepala arnab............

Sambungannya sila baca di blog beliau. jom baca beramai ramai. beliau seorang yang genius dalam penghasilan cerpen. mungkin neuron neuron otaknya ligat sambil memakan kismis memikirkan jalan cerita aku. kehkehkeh.

Maka itu aku namakan blog ni kure ganas sebab ade kisahnya dengan jari aku dan cerpen tersebut.
Terima kasih syun. lu memang hebat super power!



auumngapp!






WR : kure gua namenye jose al furungsiy

27 November 2011

Tahun Baru

Assalamualaikum.

Nak cakap sikit. kalo wiken je  musti tak menyenangkan aku nak tido, tido, tido. *tipu. wiken yang busy.

  1. Member member rumate aku empat orang sekaligus konvo. mampos aku nak curi hadiah guana
  2. Bila dah jumpa member member lama, nak update blog pon macam nak tuai padi setahun dua
  3. Tolong mak kat rumah masak segala bagai. basoh baju yang bertimbun
  4. Memang duit gaji akan berkurangan. sekiann *kau macam tak paham pulak
  5. Bila adik beradik semua balik mulalah adegan yang akan membuatkan no 4 tu akan gusar serta gelisah

Eh, sebelum aku cabot dulu nak ucap : 


SELAMAT TAHUN BARU 1433 HIJRI 
MARILAH BERUBAH MENJADI YANG LEBIH BAIK *aku pon same
SEMUA ORANG ADA KEINGINAN UNTUK BERUBAH KAN? ANTARA NAK ATAU TAK NAK JE










WR : mane hala gua taip

24 November 2011

Tadika #10 - Rokok

Assalamualaikum

Cerita dah basi aku simpan tapi tetap aku nak update gak. mase ni aku teman member rumate pegi interview dekat kawasan pj. mane lagi kalau bukan dikolompo kan. sejurus tiba ditempat kejadian, aku duduk terus di kedai mamak berhampiran tempat interview member aku tersebut.

Macam biasa, member dah pegi aku terkontang kanting duduk macam orang pelarian. nasib aku pakai agak cun la gak masa pegi sana. aku suka bila duduk dan perhatikan orang yang lalu lalang masok kedai mamak tersebut sambil menikmati air teh tarik memang sumpah kaw gila.

Tetiba ada satu family datang mungkin mahu brekpes barangkali dengan bini yang sarat mengandung, *eh, tak la sarat sangat tengok macam kecik dalam lima bulan macam tu kot. anak saudara *tekaan aku la. anak kecik dua orang. satu suami pegang dan satu lagi bini dekat beliau.

Dan dan aku usya baik punye tetibe aku terpandang perlakuan ayah mereka buat iaitu :
MEROKOK sambil mendukung anak tersebut.

Rata rata 87% *analisis auta aku kebanyakan lelaki di malaysia suka benar merokok. ya, dan aku sendiri juga ramai kawan kawan lelaki yang merokok.

Menjadi masalah yang ingin aku kupaskan kenapa kaum kaum ayah, abah, abi mahupun daddy yang suka melakukan perbuatan tersebut? aku sendiri memang TAK suka lelaki merokok apetah lagi didepan aku. ingat aku ni kilang kumpul asap ke ape. kalau mereka merokok bukan didepan aku, aku tak kesah jugak la.

Bila aku lihat budak kecik tu rasa kesian pon ade. yela, terpakse hirup asap asap nikotin, morkopin dan segala pin pin bagai. macam sesak napas pon ade jugak. dah banyak kali jugak aku nampak situasi macam ni tapi tak kan la aku tetibe nak cakap,
err encik, jangan merokok depan anak encik boleh? sesak jantung beliau saya tengok. 
tak ke naya dapat free pelempang je kat muka aku karang.

Motipnya, aku tak boleh tengok budak kecik terpaksa hirup udara rokok dan bukan menyedot udara ambi pure lagi. aku tak nak budak kecik di negara ini menemui ajal dahulu sebelum ibu bapanya. kita mana tahu perancangan muka bumi Allah ni.

Kepada kaum diatas, aku mintak maap kalau ada tersalah kata ataupun apa apa yang kaum tersebut tersinggung. ini pandangan peribadi hak milik setiap insan. aku pasrah segala caci makian yang anda lemparkan kerana aku tahan perbuatan tersebut.

mohon dijauhkan perbuatan anak tersebut



WR
- tahniah rimau muda walaupun kalah tapi kalian nampak hebat.
- makluman, ayah dan dua adik laki aku tak merokok

23 November 2011

22 November 2011

Kurimau

Assalamualaikum


Tergagap sikit nak taip. tahniah aku ucapkan. kali ni aku tengok harimau bermain dengan skill yang hebat. eh, tak la hebat sangat tapi kesungguhan yang mereka keluarkan ibarat setitik peluh petani.


Adat bro kalah menang. jangan nangis nangis ye tuan rumah. kita cuba tiga tahun lagi. Lepas ni, rimau tak kawan dengan garuda dah. kesian. jom kawan dengan kekure tahu.



KURA HARIMAU









WR : nape perlu berkawan dengan kekure? konpius

20 November 2011

Suke

Assalamualaikum

Dah masuk musim cuti sekolah. kalau aku jadi student pon aku suka. yelah, dok cuti sebulan kat rumah. La ni, musim ni la ramai pengantin baru berlangsung. betol kata Bro Bujal, kad kahwin bersepah kat rumah. datang makan je. orang sapot kan.

Tadi baru habes tolong konvo tadika yang aku keje tahun lepas punye. ustaz tu baik hati suruh kami mintak tolong datang dengan tolong ape ape yang patot. ingat lagi pekerja beliau kan walaupun kerja sekejap.

Dalam kepala otak, ligat  pikir macam macam.

" eh, budak ni kenal aku lagi ke? "
" musti dorang dah tak ingat name aku " *yelah, dah setahun lebih tinggalkan tadika tu
" segan bai nak pegi. macam nak menunjuk pulak "

Tulah manusia. kadang kadang selalu disempitkan perkara yang tak masok akal. macam mane nak maju. pagi tadi pukul 9.00, terus menuju masok.

Dan dan aku jalan, segerombolan budak perempuan kafa *tadika ni campur cawangan. so, ade satu tadika dan kafa. terus meluru bangon menuju ke arah aku. selepas tu baru budak tadika.


PELIK. 


Dalam hati berdialog, " ouhh, bebudak ni ingat lagi aku. terharu sungguh siap salam bagai. dah macam PM melawat tapak baru nak rasmikan pule " 


6 tahun yang hyper dos

5 tahun overloaded tahap dewa







WR : Heh! Kelaut kau wadi. tengok aaa anak murid dengan cikgu beliau. kehkehkeh

17 November 2011

Tadika #9 - Ngaji

Assalamualaikum

Memang dah tugas aku untuk ajar budak budak kecik ni baca iqra' mahupun Al-Quran sampai fasih. bukan hanye untuk mendapat gaji sahaja sebab wajib ajar tapi aku akan ajar sampai budak tu dapat lancar hingga naik Quran.

Bila bab mengaji time tengah hari budak budak dah standbuy rehal dengan buku masing masing. yang menjadi kemusykilan aku ibu bapak sekarang macam TAK AMIK endah bila bab agama. bukan sebab nak suruh jadi ustaz ke ape cume bile belajar tu jangan tangkap muat. kau tahu tangkap muat tu ape? kalau tak tahu sila muat muatkan.

Jangan harapkan ustazah atau cikgu sahaja yang ajar. bila kat rumah, ibu bapak TOLONG ajar lagi sekali. kalau macam tu bila nak dapat alih Quran? asyik asyik iqra dua. asyik asyik iqra tiga dari awal tahun sampai hujung tahun.

Kalau cara aku mengajar, selagi budak tu tak baca dengan mulut sendiri tanpa bantuan aku, aku memang suruh ulang ulang banyak sekali sampai lebam. tak kesah la, lambat ke cepat ke asalkan dapat. mula mula memang la aku ajar last last tak kan nak ikut guna mulut aku je kan.

Aku kalau bab ngaji ni memang garang sikit. nak kata pandai sangat tajwid tu tak la tapi ape yang aku dah belajar aku bagi kat orang lain la ilmu tu. sampai bile nak simpan kan?

Kadang kadang aku pesan kat bebudak ni,
" balik rumah lancarkan balik. paham? suruh mama awak ajar pulak. paham tak? "
" paham cikgu! " *angguk angguk
" tapi cikgu, ayah asyik KEJE je. macam mane nak ajar saya? "










WR : kadang kadang perlu seimbang hal kerja dengan hal tuhan. faham maksud aku?

16 November 2011

Rabu Kedu? #18

Assalamualaikum




WR : ye, hari rabu kan. update gak. sabo

15 November 2011

Pomspring

Assalamualaikum


Aku lupe nak bagitahu. Maybe pembaca senyap aku kot. tengok acik anon yg bagi.



Kepada beliau, ade bende alah tu. kat tepi atas. kene tekan ye encik, puan, adik, akak. maaf sangat sangat sebab balas lambat.






WR : ye, nanti gua update lagi

14 November 2011

Tadika #8 - Nanti

Assalamualaikum

Macam lama berjaman pulak aku tak bukak. dah macam pusara pun ade. padahal baru satu hari setengah. kecohh lu ni wadi. nanti aku update tahu. gile banyak cerita.

Nanti aku update ye.
Nanti aku update tau.
Nanti dan nanti.









WR : nanti tu bila si gilee wadi

11 November 2011

Tadika #7 - Sibuk

Assalamualaikum

Baru la semangat sikit nak taip. lepas satu satu hal datang. aku malas nak taip panjang macam tesis kejuruteraan bendalir elektronik. sikit sikit jelah ye.
 
Minggu ni merupakan minggu kebizian. senarainya :
  1. aku ulang-alik-alik-ulang dari kolej ke rumah. biasalah, rumah dekat macam LRT masjid jamek-pasar seni. menyetelkan segala pasal tempat praktikal. dan alhamdulillah aku berjaya dapat result yang baik. praktikal bulan satu nanti bile bukak sekolah
  2. Kan leptop aku buat hal so tak sempat nak terjah blog anda semua. ni dah elok nanti aku terjah balik. maaf ye.
  3. Merungkai segala jenis pasal konvo bebudak tadika pada sabtu ni dan aku ditugaskan untuk menyiapkan buku cenderahati dan hadiah. naik bengong otak serebelum aku. terkejor sane sini
  4. Melihat raptai persembahan budak untuk make sure kan susunan mereka berjalan padu
  5. Ingat senang nak train bebudak bile ade event atau function
Ouhh, lagi satu. semua tertanye tanye kenapa belog aku yang dulu tak lawa kini dah berubah wajah? yang penting aku tidak memakai botok ataupun menyuntik vitamin c.

Jawapannya adalah abam dorky gebas yang telah menyuntik blog aku sehingga gebu dan licin. aku dapat rezeki mase hari tu kan. terima kasih kepada beliau.







WR : ade sampai 250 patah perkataan tak?

10 November 2011

Spontaneous Thursday #11

Assalamualaikum





Aku tak tahu nak taip apa










WR : tunggu buah hati pedal datang

08 November 2011

Buat Hal Lagi

Assalamualaikum



Lepas satu satu. cabaran bagi aku bulan ni. dua bulan lepas leptop kesayangan masok bengkel. dah baik bulan lepas tu, leptop aku dah boleh berjoget sakan.

La ni, semalam nak cucuk p1 tak dapat detect pulakkk. nak masok wifi kat umah pon kene sekat. jadah ape tetibe ade empangan kenyir halang masok. hamsap sat hey yennadi betol.

Bile dah di sepot cek rupenye leptop kene format mengformat balik antara satu same lain.

SABAR jelah. 

Nasib aku keje sementara ni. ringan sikit beban. duit pun kene la keluar macam air terjun niagara.







WR : sape nak kasik leptop free? jadahhh lu ni wadi

06 November 2011

Selamat Raya Haji 2011

Assalamualaikum


Nak cakap sikit je,










WR : tah kenapa berokband buat buat gile. padahal lembu yang nak kene semelih esok

03 November 2011

Tadika #6 - Bibik VS Punai

Assalamualaikum


1600 p.m

" Dah dah, bangon bangon bangon! "

" Naik atas cepat susun bantal, tilam macam biasa "

" Cikgu cikgu kene bukak baju ke? " tanya armani terpisat pisat

" Tak lah. bukak mulut awak tu. yelah sayang armani intan payong meluap luap "*budak budak kan. kau kene paham


..............................


" Eyy, dah dah. mandi cepat. jap lagi nak makan la, hape la. "

" Cepat la mandi irdina martopo marjongkong *nickname ni. asik nak borak aje "

" Basoh muka, korek taik mate tu. kumor kumor mulut. Jirus kencing tu. jangan bagi bau "

" Haa mandi la cepat. basoh MIMIK tu. sabun sikit biar wangi. awak ni nak wangi sikit pon tak nak "

"Cepat la, nak sabun la piqahh. cikgu wadi suruh wangi wangi "


..............................


" Sabun la badan awakkk ni. ishhhh. tu, korek ketiak masam awak. gosok gosok biar terjongos daki"

" hik hik hik. jongos tu ape cikgu? "

" Dah laaaaaa awak ni pon. buat lawak sikit nak tanya tula ni la. mandi cepat. tu basoh la BIBIK awok tu. ni basoh gitu je. mane tak bersih. " *aku memang pentingkan kebersihan

" Cikgu, cikgu. *goncang bahu aku bukan panggil BIBIK la. ni PUNAI *sambil lap lap bende tersebut dengan towel "










WR : macam macam hal. nasib gua stedi. tau la musim tengkujuh sekarang

02 November 2011

Tadika #5 - Rezeki

Assalamualaikum


Kata orang,

Bile banyak buat BAIK akan dibalas dengan BAIK

Begitu juga dengan jahat

Banyak buat JAHAT akan dibalas dengan sepatutnya

KAN?

Hari tu, aku ade masok contest abam dorky gebu. semalam diberitahu *gile skema rezeki aku dapat menang contest tersebut

Semalam juga, ade insan baik hati telah menghadiahkan satu sketch. memang aku teruja. rezeki aku lagi. cantik dan gila comel macam aku. terima kasih beliau

Dan hari ini, bos besor bagi angpau lebih sikit. katenye aku rajin keje. *yeke? rezeki lagi

ALHAMDULILLAH :)









WR : mate asik tertutup aje. izinkan gua untuk beradu