26 February 2012

Penangan

Assalamualaikum


Nak share sikit la. memang orang malaysia ni lawa sungguh kan? sampai tak sudah penangan nye.



kredit : SINI




WR :  tak memasal. haha

24 February 2012

Praktikal #9 - Reality

Assalamualaikum



Sebenarnye aku takde bende nak taip. tepu otak dek keje sekarang ni. yang ni jelah aku nak kongsikan.


Memang betol pon. segala galanya cikgu. semalam, ade budak jatuh kat tar aku tolong plaster kan. luse hari tu ade maulid nabi sekolah aku kene jadi akak trafik dengan cikgu cikgu lain.




WR : ye, cikgu la tu

20 February 2012

Praktikal #8 - Makan

Assalamualaikum


Aku tengah mengajar kelas 5 zamrud dalam subjek feqah. masuk bab ke-3 iaitu solat didalam kenderaan. cara aku mengajar adalah baca dahulu kemudian terangkan bagi budak budak lebih jelas dan paham

Hikmah solat didalam kenderaan


  1. Memperolehi ketenangan jiwa
  2. Dapat melaksanakan ibadah sesuai dengan kemampuan seseorang
  3. Sentiasa mengingati Allah dalam semua keadaan dan dimana juga berada
  4. Hidup diberkati dan diredhai oleh Allah


" Okey, baca sama sama kelas. jangan berterabor "
" Hikmah solat didalamm kenderaan. blah blah blah blah "
" Ustazah dah terangkan. kalau tak paham tanya. salin sekarang dalam buku nota "

********
Budak budak dah start menulis. tetiba

" Ustazah, ustazah. kene tulis ke? "
" Tak lah. kene makannn! " *muka cool
" Ahahaha. hahahaha. makan la buku ko tu zaqwan. ustazah suruh kan. ahahaha. hahaha "*budak lain ketawa 





WR : Muka nak tahan marah. dalam hati rase nak sumbat sumbat je pembaris dalam mulut beliau. 

17 February 2012

Praktikal #7 - Bercuti

Assalamualaikum

Entri semalam korang abaikan. adik aku tengah main angry bird dalam tenet. kusyuk punye kusyuk sekali entah macam mana cursor tikos tu tertekan publish. nak save dulu sebenarnya. dah terkeluar aku sebenarnya pulak dah. baru nak jadi yuna jap.

Minggu sibuk lagi. pening dah kepala aku. sibuk dengan buku ringkasan berkajang berkajang. boleh terus jadi thesis bai. ingat jadi cikgu senang? tanya la member member korang yang penah jadi cikgu. kalah keje pm memerintah negara, doktor dek berkejo dengan pesakit, jurutera dengan mesin mesin robotnya.

La ni, dapat surat utusan diraja mengatakan kami dikehendaki menjadi pengiring budak budak darjah 6 di pangsun hari ini. kem motivasi katanye. ikot kan ati nak ngelat tapi memikirkan aku tengah praktikal. jangan buat perangai wadi.

Pegi sungai pon jadilah. dah lama gak tak mandi manda ni.

" cikgu cikgu praktikal esok kene pegi kem ye. gb suruh " 
" ouhh, yeke. mesti pegi jauh jauh kan? " *hati dah melompat konon tempat jauh sangat
" jauhhh. kat pangsun je. "
" OUHHHH. baikk. =,=' "


sumber : gugel




WR : nanti aku 'belog berjalan' kat korang ye. skg nak mandi dulu

15 February 2012

. #3

Assalamualaikum




Aku sebenarnya

12 February 2012

Praktikal #6 - GB

Assalamualaikum

Sebenarnya aku nak perah idea. tapi dari tadi tak dapat dapat. ape kena entahnya. mungkin disebabkan kegagalan serebrum aku untuk mengepam segala jenis idea itu datang kot. aku gagahkan gak.

Semua orang tahu ape itu gb. kalau tak tahu gb tu ape baik pegi meninggal. *kenal kan ayat sape. kihkihkih. Bila ada nama title sekolah maka secara otomatiknya akan dilabel macam macam hal. dari segi pentadbirannya, pengurusan, pe ape dan pe lagi la. sekolah aku juga tidak terkecuali. sekolah tak akan lengkap jika takde guru besar, GPK 1, segala GPK bagai, guru, anak murid, kerusi meja dan blah blah blah.

Kadang kadang aku pon tak paham fungsi gb ni ape. runsing betei. aku sebenarnya kasihan pada guru guru yang banyak terasa hati. segelintir gb ni ade macam kuasa veto untuk mengarahkan itu ini tanpa belas kasihan. memaki hamun orang bawahan. tak terkecuali bila kadang kadang mak aku sendiri yang pernah meluahkan ketidak puasan hati terhadap mereka yang berpangkat begitu.

Bukan untuk menyalahkan tapi sedikit sebanyak gb perlu paham kerenah guru guru anda. jangan terbawak bawak perangai yang negatif walaupun anda ada kuasa veto super saiya. jangan salah guna kuasa yang mengingatkan bahawa anda gb, anda betul. salah sama sekali.

Itu bukan cara pemimpin. kalau hendak jadi pemimpin lihat sendiri diri dahulu boleh terpimpin ataupun tidak. diri sendiri tidak terjaga macam mana nak tegur orang bawahan. mau kene kutuk kaw kaw punye.

Haishh, entah lah. kadang kadang aku pon pening. *nape nak pening pulak kau ni wadi. aku rasa sape sape yang penah menjadi cikgu mesti beliau penah berhadapan dengan situasi macam ni. no wonder la dalam institusi persekolahan mesti ada kes macam ni.

Ye, dan aku percaya nobody is not perfect *terima kasih beliau. ehemm. tapi dari segi not perfect tulah kita kene perbaiki ye dak? larat ke hari hari kene kondem dengan orang bawahan walau kita tak sedar?









WR : Jeling jeling kan dan selamat beramal.

09 February 2012

Spontaneous Thursday #14

Assalamualaikum




Dikaborkan, GB gua masuk observe pada hari ini untuk melihat gua mengajo ada macam cikgu ataupun tidak.












WR : hati gua dah macam super saiya tahap overdose ni. begedup dari malam tadi

07 February 2012

. #2

Assalamualaikum

Time cuti lebih lebih ni memang kepala otak menjadi blur super bengong. nak update entri tapi tak tahu ape. dok rumah manjang disaluti dengan makanan mewah memang menyeronokkan.

Hari ni rumah aku dah diam merodok jiwa lara. sunyi pulak bila bebudak ni dah blahh. pulang ke tempat asal masing masing. sorang tercampak kat ijok nun hutan amazon, sorang kat bandar shah alam, lagi 3 makhluk masing masing dok asrama macam prison. kihkihkih. merasa la kau.

Semalam aku bukak pesbuk saje tengok apa yang terkini. dan dan bile tengok default profile aku dah sebulan tak tukar. eceh, bajet hotsetap lak kau nak tukar tiap minggu. aku pon terpikir nak tukar. tapi makin lama makin tak tahu letak gambar ape dan amik keputusan aku pon malas nak letak.

Tetibe adik aku yang second ni terpandang aku buat. aku edit punye edit sekali datang idea sakai. Memandangkan adik beradik aku ni ada tujuh maka dengan ketujuh tujuh gambar la aku kene edit.


Ini namanye cool.










WR : bak kata member, " lu memang ganas, persatuan kepala kuning "

05 February 2012

Maulidur Rasul

Assalamualaikum


Nabi Muhammad S.A.W adalah role model terbaik sepanjang zaman :')









WR : esok gi masjid putra kot. jomm!

03 February 2012

Praktikal #5 - Boyfriend

Assalamualaikum

Salam Jumaat yang indah. awal betei kau bangon wadi. mentang mentang last day sekolah pastu cuti 4 hari. memang la kann. Ini cerita pada hari selasa lepas. tengok tajuk macam gempak ye dak?

Aku masuk kelas seperti biasa. Kelas 5 berlian dan 5 cempaka. dua dua kelas yang pandai dan bijak overdose. seperti selalunya kalau cikgu baru masuk aku perkenalkan diri. nama saya wadhihah, berasal dari kajang, bla bla blaaaa.

Dan selalunya, aku hanya persoalkan tiga soalan sahaja nama, profession dan tempat tinggal. a part from that, aku buka soalan yang bebas. bila aku tanya soalan,

" okey, ada ape ape nak tanya lagi tak pasal cikgu? "

dan mula lah bertebaran soalan soalan yang pelik dan super power dari anak murid. mungkin gen moden urbanisasi barangkali.

" cikgu, umur cikgu berapa? "
" UPSR cikgu dulu bape? mesti 5A kan? " *ni tak tahu kes perli ke ape
" birthday cikgu bila? "
" cikgu ada facebook tak? twitter? mesepes?. saya nak add! " *tak pelik sangat sebab selari dengan zaman canggih sekarang
" ouhh, umur cikgu sama abang saya la. 23 kan. " *budak ni promote abang beliau pulak kat aku

Soalan yang kerap bile ditanya adalah kawen. itu dah memang kelalian aku mendengar. tapi lagi pelik bila budak canggih ni tetiba tanya direct,

" cikgu dah ada boyfriend? "


Ouhh, i was soooooooooo omjayy. headache aku terus. mau trauma 15 minit. dan aku dengan pitam pitamnya menjawab,


" aaaa cikgu masih bujang dan still available lagi. akan menikah sederas yang mungkin.
okey, bukak buku akhlak sekarang. cikgu awak ajar sampai mana dah? "





WR : boleh demam kepialu ni

01 February 2012