Assalamualaikum
Sebenarnya aku nak perah idea. tapi dari tadi tak dapat dapat. ape kena entahnya. mungkin disebabkan kegagalan serebrum aku untuk mengepam segala jenis idea itu datang kot. aku gagahkan gak.
Semua orang tahu ape itu gb. kalau tak tahu gb tu ape baik pegi meninggal.
*kenal kan ayat sape. kihkihkih. Bila ada nama title sekolah maka secara otomatiknya akan dilabel macam macam hal. dari segi pentadbirannya, pengurusan, pe ape dan pe lagi la. sekolah aku juga tidak terkecuali. sekolah tak akan lengkap jika takde guru besar, GPK 1, segala GPK bagai, guru, anak murid, kerusi meja dan blah blah blah.
Kadang kadang aku pon tak paham fungsi gb ni ape. runsing betei. aku sebenarnya kasihan pada guru guru yang banyak terasa hati. segelintir gb ni ade macam kuasa veto untuk mengarahkan itu ini tanpa belas kasihan. memaki hamun orang bawahan. tak terkecuali bila kadang kadang mak aku sendiri yang pernah meluahkan ketidak puasan hati terhadap mereka yang berpangkat begitu.
Bukan untuk menyalahkan tapi sedikit sebanyak gb perlu paham kerenah guru guru anda. jangan terbawak bawak perangai yang negatif walaupun anda ada kuasa veto super saiya. jangan salah guna kuasa yang mengingatkan bahawa
anda gb, anda betul. salah sama sekali.
Itu bukan cara pemimpin. kalau hendak jadi pemimpin lihat sendiri diri dahulu boleh terpimpin ataupun tidak. diri sendiri tidak terjaga macam mana nak tegur orang bawahan. mau kene kutuk kaw kaw punye.
Haishh, entah lah. kadang kadang aku pon pening.
*nape nak pening pulak kau ni wadi. aku rasa sape sape yang penah menjadi cikgu mesti beliau penah berhadapan dengan situasi macam ni. no wonder la dalam institusi persekolahan mesti ada kes macam ni.
Ye, dan aku percaya nobody is not perfect
*terima kasih beliau. ehemm. tapi dari segi not perfect tulah kita kene perbaiki ye dak? larat ke hari hari kene kondem dengan orang bawahan walau kita tak sedar?
WR : Jeling jeling kan dan selamat beramal.