29 June 2011

Wordless Wednesday #4 - Dinner Faculty Of Education

Assalamualaikum

































wadi rede : nak uplod cepat cepatttttttttttttttt sbb de midterm. okbai.

26 June 2011

Doakan Aku

Assalamualaikum






Baru lepas makan lauk sardin keluaran member sendiri. tajaan santapan untuk malam ni. aku makan untuk satu kali satu hari. biasala sape sape yang pernah bergelar student. rasanye macam dah lama tak update. ye, sebab aku tak dapat idea yang menarik la. lagi pulak tengah tengah busy ni. len kali aku update entri yang panjang gile sampai ke subuh pon kau tak abis bace lagi. kau ade??






This week ade dua midterm. mentang mentang la next week cuti midsem. memang tak terkata la. saje je lecturer kasi midterm bebanyak. naik beku pale otak bace buku setebal 8 inci. *pentipu je wadi ni. esok pagi ade satu midterm. memang bes sangat. 






Last but not least, doakan aku ye kamu kamu sekalian. semoga Allah sahaja merahmati anda semua.























wadi rede : buku atas katil serta tepi bantal busuk. macam mana gaye mutu keunggulan study aku tu?

21 June 2011

20 perkara yang membuatkan wanita benci lelaki

Assalamualaikum




Huyooo gile la. awal awal pagi dah celik mata. memang hebat kau wadi. saje je bangon awal memandangkan kelas aku stat lambat baik la aku update yang mana patut. tadi bukak la pesbuk jap usya usya sikit kot ade yang best. tetibe aku terjumpa. meh aku nak share dengan anda anda semua. aku tak tau la ade ke tak laki camni zaman paletinum ni.



1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.


3. SUKA 'CUCI MATA'

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!


4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?


5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.


6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.


7. PERASAN

Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...


8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.


9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.


10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!


11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!


12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...


13. PANAS BARAN

Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!


14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.


15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.


16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?


17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.


18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.


20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!






ingat kau macho ke joni dapp? 
















wadi rede : maaf la sape sape yang bergelar lelaki. yang paling aku tak suke no14 tu. susah bai nak cari laki yang TAK merokok zaman sekarang.

20 June 2011

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum








editing by : adik ketiga






  • GARANG MACAM RIMAU
  • LAWAK
  • SUKA MAIN BELI BARANG EVEN AKU TAK MINAT 





























wadi rede : semalam aku wish gune sms, ayah cakap ' yela tuu. minggu ni ayah masokkan duet '









17 June 2011

McD dibulan Rejab

Assalamualaikum





Macam terkejot je aku bangun pagi pagi buta ni. Jumaat pulak tu. ye, sebab jumaat la hari memang aku takde kelas. syok la sape takde kelas macam aku kan? Ye ye je kau tu wadi. padahal memang susah nak bangon. lagi lagi pagi memang syok laa keje membuta. aku tak leh tido sebab malam tadi tetibe angin kus kus aku datang. kalau dah datang memang tak la. satu badan tak leh tido. asik ' erkkk, erkkk, erkkk ' keluarkan angen. tula penyakit kau. ouhh, lagi satu nak bagitau ni. maaf lagi je keje kau wadi. hahaha. mane taknye asik lambat je update blog. memang betol betol busy wei. 





Nasib baik la ade Spontaneous Thursday ngan Wordless Wednesday ni. boleh la aku update sikit sikit. sape yang belom tahu lagi sile klik sanun ye. Terima kasih la admin bagi idea mujarab ni. ermmm, hari senin lepas. uhhh berlepas lepas bai. aku sempat la puase rejab untuk dua hari. yela, nak makin dekat dengan ramadhan kan. baik praktik awal awal. bila dah puasa ni, nafsu nak makan tuh bermaharaja lawak lela pulak. mase aku tak puasa sume bende tak nak makan. tu yang berangin angin bagai. situasi macam ni mesti kene kat anda semua kan? tipu la kalau takde nafsu makan. aku yang kering lagi papan ni pon still ade.





Mase first puase pagi senin tu, sahor aku macam biasa. just makan roti campur jem, tuna dengan lady choice. aku kalau sahur makan tu je. kat rumah pon same. tak lalu la kalau tetibe ade kat mulut nasi segumpal. telan. campur ngan lauk pauk piuk memang sumenye sedap belaka. tapi aku tak leh nak masok pepagi makan bende alah tu. dari dulu lagi. biasa laaaaa tekak amerika. *tak payah nak amerika sangat. 





Masok dah petang sikit tetiba ade membe aku pulakkkkk publish gambar McD kat pesbuk aku. study kat oversea bai. kau jangan main main. aku pon tak pernah pegi sabah even situ pon panggil oversea. hahaha. beliau punye McD agak besar sebab kondisi orangnye agak tebal juga. *jangan sentappp bro. entry ni memang aku nak tujah kau. kahkahkah. dah memang aku DAH LAMA tak hadap burger McD tu. ade la dalam 5 bulan lebih. elehhhhh, baru 5 bulan dah kecoh kau. ahhhh dulik ape aku. aku yang nak makan. sekali, bile bukak puasa kami berempat makan McD kt nilai, noghori similan. biasa la dok bangi pegi mana mana pon dekat. BANGI kan powerrr. 




Sekali bukak puasa tu, memang aku teruja abes sebab dapat makan favourite burger yang dari dulu aku tak pernah tukar menu sampai sekarang. iaituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu :



























' DOUBLE CHESSE BURGER '



todiaaaa sos kau wadi. kemain makkk





eh eh, memanja lak kau jang. yg speky tu dah kawen ye. hrp maklum.



ngan kak jan yang kecik lagi tembam



yang ni mak bu punye. gambar beliau pakai spek kt atas td







ni dua makhluk punye td. bajet diett. tapi belasah gak aku punye nugget. kahkahkah




yeahhh, tepat sekali. aku pon tak tau nape memang gian aku terhadap burger ni membuak buak. dah tu, member aku plak pegi publish gambar yang same. sape tak sentapp bai tengok. lagi lagi McD beliau yang BESAR lagi TEBAL lak tu. aku pon melantak la sepuas puas hati. laju betol aku makan sampai tak pandang kiri kanan depan belakang. lagi pulak aku puasa. tak pela, sekali sekala nak makan mahal. lagi pon aku habis tau makan. sikit pon tak de tinggal sisa. wadiii, biasa la. sape tak kenal. okehh, before nak tutup blog, nak share la sikit fadhilat berpuasa dalam bulan rejab. maybe ade yang dah tau tapi tak pe. aku nak sharing gak. SHARING IS CARING kannnnnn. 





Sabda Nabi S.A.W :

Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. 


Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhah Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat. 







tu jelah kot aku nak sampaikan. kalau salah, sile betolkan ye. aku tak reti sangat bab agama lagi. kene cari ruang nak tambah kan ilmu. yang ade ni pon cenonet je. ada banyakkkkkkkk sangat kelebihan bulan rejab ni. cari cari kat tenet pon ade gak. sempena bulan baik ni, meh la kita sesame berpuasa untuk mencapai keredhaan dan kebahagian dari-Nya. AMINNNNNNN :)



























Wadi Rede : malam ni ade dinner fakulti. tema tradisional. makan lagi. baju ape aku nak pakai ha? tak kan kain batik kot. ngeeeeeeeee *xpenah pakai beb

16 June 2011

Spontaneous Thursday #1
















 " TAK CUKUP TIDO "........





















p/s : hari khamis pon ade jugak. sile tengok kat sini

13 June 2011

Senior kahwin



Assalamualaikum





Maaf la baru terhegeh hegeh nak update entry baru. maaf lagi. tiada maaf bagimu. semalam aku xdela busy mane pon tapi nak taip entry punye la malas tahap tapir. tak tau nape perangai malas ni menjadi jadi. adakah disebabkan hormon? hari jumaat pulak patotnye dah boleh edit tapi bespren aku ajak kelua celeb birthday membe beliau. sampai ke malam baliknye. tak sempat aku nak update. okeh, tutup cite pasal ni.





Ni cite last week. ahhhh dulik ape aku nk cite gak even lambat. aku dapat invite umah kawen senior dari membe aku kat KL. meriah gile weh kalau dah ex ex sekolah datang. macam pasar tani kat putrajaya. mula mula aku tak nak pegi sebab macam malas je. yela, aku ni mane ade lesen. nak naik tren lagi leceh. dah la tengah takot dengan orang simbah simbah asid ni. durjana betol! motip ape pon aku tak tau.





Sekali, bincang punye discuss sorang membe aku ni rajin bebenau nak jempot aku kat rumah. hebak tak hebak sampai orang berjempot beranto ni bai. biasa laaa anak sultan *puiii. esoknye, kami pon pegi la pusat bandar raya tun razak kt cheras nun. ingat jauhhhh la sangat upenye kat bandar tasik selatan je. hek elehh kecoh je kau wadi. ramai gak la senior senior atas aku turun. yang kawen ni akak mase aku form 1 beliau form 3. makanan pon sodap la gak. tapi yang best dapat jumpa membe membe lama sekola aku dulu.





Kami ni kalau jumpa macam dah berabad tak jumpa. padahal masing masing ade pesbuk, ym. leh gak contact contact bagai. tapi, ni lagi seronok kot jumpa face to face. hamikk kau, memasing tak nak kalah. buat lawak memang nombor 1. tak penah nombor last. sampai aku gelak berair air mata. okeh, aku malas nak story banyak. korang tengok je gambar kt bawah.





senior senior otai. dah jadi orang sekarang





member sebatch





awek pakai tudung kunin sgt comel dr aku =.='






oke, ade muka aku







ni la pengantinnye. *muke ko lagi apis cicak












SELAMAT PENGANTIN BARU KAK MIZA. SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT :)

























http://www.emocutez.com


p/s : bile la aku nak kawin ni? *tak payah nk berangan sangat wadi. masak pon terkial kial lagi

10 June 2011

Sikit lagi otak aku akan terbelah dua!



Assalamualaikum





Arghhhhhhhhhhhh!



























Tensionnnnnnnnnnnnnnnnnn!
































sebab header terlampau cantikkkkkkkkkk *tangan didada mata keatas
































sekiannnnnnn tuk entry malam ni

08 June 2011

Wordless Wednesday - Awesome Kitten




Assalamualaikum















































p/s : baru tau amende rabu rabu ni. mase mula mula aku ingat kene bayar duet setiap hari rabu ke ape. ghupenye idok le temannnnnnnn

03 June 2011

Manusia juga ada perubahan



Assalamualaikum




Baru dapat taip blog dengan menyedot udara yang segar diwaktu petang jumaat. ye, aku baru berkesempatan untuk menjengok blog yang semakin hari semakin jauhhhhhh. *sigh. tak sanggup aku untuk tinggalkan kadang kala update seminggu 2 kali atau seminggu tidak berkali. wuwuwuwu. *aku bukan retisss nak popular bagai. dah macam ayat cik epal pulok. 





Sejak lima menjak ni, dah tiga minggu aku berada di sem baru dan akan menamatkan zaman bujang study disini. dan semakin lama semakin banyak assignment perlu dibuat, dihantar, direject. rutin harian seorang pelajar senior untuk menghabiskan belajar dan akan menempuh alam pekerjaan. fullstop! aku tak reti nak berpuisi bagai. minggu lepas aku terbabit dengan kursus kawen selama tiga hari. sangat lawak oke! patut la orang yang pergi kursus tu memang nak kawen cepat. termasok aku. *perasan. ade part part kuliah beliau memang terbahak sampai pecah usus. kau bayangkan la, satu dewan gelak macam SEMUT MAKAN GAJAH. kau bayangkan semut punye mulut kalau makan gajah. bayangkannn. betapa besar tahap dewa. kalau aku gelak lagi tak leh blahh. style aku gelak sampai mate berair air. tu aku. sume orang dah paham. serius best! sesiapa nak kahwin sila pegi cepat kursus tersebut.




Sejak dari kursus tu, aku semakin lama semakin tukar identiti. wahhhhh! lain macam je ayat kau wadi. opkos kerana aku telah ditransform kan menjadi feminin sedikit demi sedikit. aku pon tak tau kenape. memang pada dasar dan batinnya aku seorang perempuan tetapi secara sedikit zahir sifat kelakian tu ada. ye, aku ada sifat elemen ganas serta macho. *tak payah nak macho sangat la. awak tu pompuan woi. dan aku bukannya seorang tomboy yang tegar. jauh sekali. semua member member aku sudah maklum aku ni sedikit kasar. terutama dengan LELAKI. aku pon tak tahu nape asal dengan laki je ganas. asal kasar je aku. 




Ada sebab kenapa aku macam tu. sebab ape? sebab aku tak berapa nak suke perempuan dicop gedik. yeahh! sume orang dalam dunia pon tau gedik hanya untuk perempuan. ade gedik sesuai tuk laki? tak kan. macam tak betol pon ade. ahhh xkesah la perempuan tu memang dilahirkan gedik atau pon buat buat gedik. up to you. i guess actually. memang dalam kepala hotak aku pemikiran macam tu. so, aku bukan sengaja buat buat ganas tapi reality memang aku ganas. mak aku pon admit macam tu. sebab dalam adik beradik nak kata ramai laki tidak. hanye dua ekor kumbang saje. selebihnya perempuan. tak perlu anda bayangkan. maybe sebab aku yang sulung so, kne ganas sikit kot. *logik ke?




Kaitan pasal ganas dengan berubah memang ade chemistry. kimia campuran ape pon aku tak tahu sebab mase sekolah dulu aku tak amik sains pure. hanya budak ekonomi saje. kiranya aku berubah sedikit menjadi wanita sejati. ya, umur makin naik. tak ade yang turun turun. sekarang, aku mengetry pakai gelang silver. dan sejak aku pakai mase sem ni, ramai yang tegor :



eh, sejak bile kak wadi jadi perempuan ni? pakai gelang lak tu

wahhhh dah pakai gelang la

 macam tak caye je kau ni kak. ini bukan wadi sebenar tetibe menjadi perempuan 



SEEEEE, kadang kadang aku tergelak sendiri. memang aku perempuan cuma dulu cara aku bukan KEPEREMPUANAN. mungkin sikap aku yang macam laki. ahhh ape pon aku tak kesah. macam baju juge. sekarang bila beli baju mesti ada elemen merah tak pon sedikit pink. dulu aku memang tidak gemar warna pink. euwwwwww~ aku pon tak tahu nape memang elergi sangat. dalam almari, baju aku tak habis habis biru, biru, biru dan biru. sampai ke baldi pon biru. sibbek muka tak biru. kang kojol pulak. dah lain cite.
ouhh yeahh, sekarang ape pon mesti aku nak ade perempuan sikit. kira nak menuju jalan yang benar la. 






Last but not least, perubahan itu mesti ada even sedikit. nampak la macam colourful dalam hidop ni kan? tak kesah kau nak berubah macam mane pon. itu hak kau. kawan hanye perlu nasihat. rule dalam berkawan.




































p/s : percakapan aku sekarang makin puitis. bukan jiwang. bahana apakah ini??