03 June 2011

Manusia juga ada perubahan



Assalamualaikum




Baru dapat taip blog dengan menyedot udara yang segar diwaktu petang jumaat. ye, aku baru berkesempatan untuk menjengok blog yang semakin hari semakin jauhhhhhh. *sigh. tak sanggup aku untuk tinggalkan kadang kala update seminggu 2 kali atau seminggu tidak berkali. wuwuwuwu. *aku bukan retisss nak popular bagai. dah macam ayat cik epal pulok. 





Sejak lima menjak ni, dah tiga minggu aku berada di sem baru dan akan menamatkan zaman bujang study disini. dan semakin lama semakin banyak assignment perlu dibuat, dihantar, direject. rutin harian seorang pelajar senior untuk menghabiskan belajar dan akan menempuh alam pekerjaan. fullstop! aku tak reti nak berpuisi bagai. minggu lepas aku terbabit dengan kursus kawen selama tiga hari. sangat lawak oke! patut la orang yang pergi kursus tu memang nak kawen cepat. termasok aku. *perasan. ade part part kuliah beliau memang terbahak sampai pecah usus. kau bayangkan la, satu dewan gelak macam SEMUT MAKAN GAJAH. kau bayangkan semut punye mulut kalau makan gajah. bayangkannn. betapa besar tahap dewa. kalau aku gelak lagi tak leh blahh. style aku gelak sampai mate berair air. tu aku. sume orang dah paham. serius best! sesiapa nak kahwin sila pegi cepat kursus tersebut.




Sejak dari kursus tu, aku semakin lama semakin tukar identiti. wahhhhh! lain macam je ayat kau wadi. opkos kerana aku telah ditransform kan menjadi feminin sedikit demi sedikit. aku pon tak tau kenape. memang pada dasar dan batinnya aku seorang perempuan tetapi secara sedikit zahir sifat kelakian tu ada. ye, aku ada sifat elemen ganas serta macho. *tak payah nak macho sangat la. awak tu pompuan woi. dan aku bukannya seorang tomboy yang tegar. jauh sekali. semua member member aku sudah maklum aku ni sedikit kasar. terutama dengan LELAKI. aku pon tak tahu nape asal dengan laki je ganas. asal kasar je aku. 




Ada sebab kenapa aku macam tu. sebab ape? sebab aku tak berapa nak suke perempuan dicop gedik. yeahh! sume orang dalam dunia pon tau gedik hanya untuk perempuan. ade gedik sesuai tuk laki? tak kan. macam tak betol pon ade. ahhh xkesah la perempuan tu memang dilahirkan gedik atau pon buat buat gedik. up to you. i guess actually. memang dalam kepala hotak aku pemikiran macam tu. so, aku bukan sengaja buat buat ganas tapi reality memang aku ganas. mak aku pon admit macam tu. sebab dalam adik beradik nak kata ramai laki tidak. hanye dua ekor kumbang saje. selebihnya perempuan. tak perlu anda bayangkan. maybe sebab aku yang sulung so, kne ganas sikit kot. *logik ke?




Kaitan pasal ganas dengan berubah memang ade chemistry. kimia campuran ape pon aku tak tahu sebab mase sekolah dulu aku tak amik sains pure. hanya budak ekonomi saje. kiranya aku berubah sedikit menjadi wanita sejati. ya, umur makin naik. tak ade yang turun turun. sekarang, aku mengetry pakai gelang silver. dan sejak aku pakai mase sem ni, ramai yang tegor :



eh, sejak bile kak wadi jadi perempuan ni? pakai gelang lak tu

wahhhh dah pakai gelang la

 macam tak caye je kau ni kak. ini bukan wadi sebenar tetibe menjadi perempuan 



SEEEEE, kadang kadang aku tergelak sendiri. memang aku perempuan cuma dulu cara aku bukan KEPEREMPUANAN. mungkin sikap aku yang macam laki. ahhh ape pon aku tak kesah. macam baju juge. sekarang bila beli baju mesti ada elemen merah tak pon sedikit pink. dulu aku memang tidak gemar warna pink. euwwwwww~ aku pon tak tahu nape memang elergi sangat. dalam almari, baju aku tak habis habis biru, biru, biru dan biru. sampai ke baldi pon biru. sibbek muka tak biru. kang kojol pulak. dah lain cite.
ouhh yeahh, sekarang ape pon mesti aku nak ade perempuan sikit. kira nak menuju jalan yang benar la. 






Last but not least, perubahan itu mesti ada even sedikit. nampak la macam colourful dalam hidop ni kan? tak kesah kau nak berubah macam mane pon. itu hak kau. kawan hanye perlu nasihat. rule dalam berkawan.




































p/s : percakapan aku sekarang makin puitis. bukan jiwang. bahana apakah ini??


2 comments:

  1. ikakatilsebelah03 June, 2011 18:53

    bahana blog lahh.. baju2 anda makin ke arah pelangi.. syabass bete!!

    ReplyDelete