31 March 2012

Gelap

Assalamualaikum


Penat. petang baru balik dari rumah pengantin. kemain sakan mengunyah, borak, kunyah, borak sampai catering dah kemas kemas pon tak sedor. jenis lupe balik rumah gini la.

Aku boleh taip dalam gelap gelap tau. kau ade? earth hour tak suruh tutup laptop pon. haha. okey la, takde bende nak taip. kang aku update lagi pasal umah kawen.















WR : earth hour kejadah ape. dah pukul 9.43

29 March 2012

28 March 2012

24 March 2012

Bantuan

Assalamualaikum

Tadi aku dengan family makan makan diluar. nak kata makan besar tu tidak lah just makan sate je pon. hehe. gaya taip macam makan banyak je. family kami memang gini kalau dah boring sangat makan la kedai yang ada disekitar bangi. kalau lu orang datang bangi serius bersepah kedai makan. yang sedap, yang lagi sedap, yang tersangat sedap sume ade. kene pandai cari je.

Bile dah sampai satu kedai di seksyen 7 ni, maka masuklah kami kedalam kedai tersebut. boleh tahan juga ramainye makhluk. dah duduk dan pesan sate 30 ketul. boleh tahan jugak lu makan wadi. pesen perot nage.

Sedang indah menikmati ketulan daging yang gebu dan kenyal, tetibe datang satu budak. budak tu dari utagha. mintak sedikit sumbangan untuk pusat amal tahfiz. bila family aku sume dah pandang pandang, masing masing dah mati akal. nak sumbat sate 10 ketul pon macam payah.

Bila budak tu cakap untuk kebajikan sekolah blah blah blah aku rasa macam lain. mak aku ni pulak jenis nak tanye je. datang dari mane, betul ke pusat tu mintak sumbangan, sape yang suruh buat itu ini. kau paham paham la mak aku cikgu.

dan dan dah bagi sedikit duit datang pulak orang yang takde penglihatan. yang takde penglihatan tu kawan lakinye. yang celik perempuan. gaya umur macam 30-40 an gitu. jual tisu ke ape tak pasti sebab aku membelakangkan dorang. tapi yang kes kedua ni kami tak bagi.

Tengah tambah 10 cucuk ketul sate datang lagi makcik jual keropok. Allahurabbi. aku dengan adik laki nak makan pon tak best. suasana makan macam dah slow. aku diam je. just mak yang cakap,

" takpe makcik. terima kasih. " *senyum

Ayah pon centu. senyum. aku tak pandang langsung. sebabnye aku jenis cepat kesian. tak boleh tengok. yang menjadi persoalan, why malaysia mesti ade bende bende gini? bukan aku nak tak nak tolong, kerajaan patutnye buka peluang pada mereka sebegini. bila aku borak borak dengan mak, mak cakap,


" bukan ape. dorang je taknak daftar. masuk buat kemahiran ke ape."

" sepatutnye kerajaan la amik inisiatif tarik golongan macam ni. mungkin bagi dorang agak payah kot nak daftar bagai. entah lah mak. "


" ye, betol. kerajaan banyak duit. tak payah tolong negara luar. negara kita ni patot bantu dulu " *adik laki cakap


Arakian, terbantut lah persoalan disitu sambil mengunyah kembali sate untuk dihadam.




WR : Entah

21 March 2012

Celeb 23

Assalamualaikum


Dari tadi perah idea tak dapat dapat gak. minggu lepas nak kongsi keseronokan sebab dapat sambut hari lahir. terharu juga sebab dah tua tua ni pun ade orang nak sambut.

Terima kasih kepada mereka yang mengewish minggu lepas di pesbuk, di pages, di henpon, di blog malah yang wish dalam hati *ade ke? TERIMA KASIH LAGI SEKALI diucapkan. gua hargai walau ade yang lambat 2-3 hari pun ada. tak pela, janji ingat dahla. ye dak?

Sebenarnye mase sabtu lepas, gua pegi join gath untuk yang pertama kali. pegi ni pun sebab ade orang ngajak. kalau tak, memang tak la nak perginye. tengok ramai sahabat dah berstory bagai. korang sume tengok jela. kang gua bagi link.

Seronok juga dapat join. mase main boling, haromjadah gagap jari nak pegang bola. maap la, gua jenis jarang main. langsung lupe cara nak pegang, malah bola seringkali ke longkang kesayangan. dasar looser betei gua ni. dahla jari halus. sume macam takot je gua nak angkat bola boling. kehkehkeh. ni wadi superman la. kuat.

Ni jela gua tepek gambar seketul. lepas abes boling masing masing kemain sakannya.

thank you guys
Cerita lebih lanjut lu orang boleh usya kat sini :-
  1. Penyu
  2. Syiroo
  3. Cah Katunnn
  4. Afzal
  5. ade ramai lagi. tapi gua tak ingat. kang gua blogwalking

thank you juge kepada pemberi hadiah
Dan last juga gua nak tepek. muke dah besa pon. kalau member gua cakap, umur 23 dah ade anak sorang. kahkah. banyak cengkadak kau!

sodap lahai. thank you too



WR : besok sekolah pulak dah. nasib aja budak sekolah rendah. kalo sekolah menengah mungkin bertalu talu anak murid telepon result spm hari ini

16 March 2012

23

Assalamualaikum


Pada entri kelmarin, ramai yang tertanya tanya. ada jawapan yang betul malah jawapan karut wa marut pon ada gak. dan bagi merungkap, merungkai persoalan yang timbul inilah jawapannya.

Special Number

  1. Nombor rumah gua TIGA puluh
  2. Nombor talipon gua masing masing banyak TIGA (012-****23 / 013-*****93)
  3. Nombor tengah ic gua empat TIGA
  4. Dulu waktu sekolah masuk aktiviti mesti dapat tempat ke-TIGA
  5. Matrik kad dulu ada TIGA (0953**)
  6. Gua kalo dapat makanan mesti nak nombor ganjil. maksudnya nak TIGA ketul
  7. Nombor bilik hostel gua dulu pon TIGA gak (P8-532-C)
  8. Kasut kat rumah ada TIGA bijik je
  9. Besday gua pon jatuh bulan TIGA

dan yang paling penting sekali :  

     10.  TIGA adalah sunnah Nabi





WR : umur pon dah 23. Happy Birthday Wadi

14 March 2012

11 March 2012

Buncit

Assalamualaikum

Tadi pagi aku baru balik dari pasar pagi di bandar bangi. malam tadi mak aku ajak gunakan sms. padahal aku dalam bilik mak aku kat luar pon. ohsem okey. bile dah pagi pagi bangun maka berjalan lah aku ke sana.

Dah lama sangat gamaknye tak pegi pasar bangi. lepas beli barang dapo singgah la makan kt kedai tepi hujung. kebanyakan yang singgah dari family sebab dah alang alang pegi pasar maka breakfast la dahulu.

Aku duduk dan order teh tarik dengan roti jala. mak aku pula milo kurang manis dengan soto. Kalau  berjalan salah satu habits aku adalah suke bercakap dalam hati. maksudnya sambil makan sambil tengok orang. ataupun sambil diam sambil pikir. pastu beri andaian atau analisis yang mungkin kurang betolnye.

Okey, tetibe dalam kepala hotak terlintas. kebanyakkan lelaki lelaki di malaysia memang agak macho disebabkan buncit. why aku katakan begitu? sebabnye, sangat ohsem bila dah buncit dan berjalan dengan family, pegi pasar sesama. ada yang bawak anak ada yang tak. kalau dah pegi pasar, singgah la makan. pastu kenyang. tengok perot pon sukahati yada yada.

Tapii, ada jugak laki bujang yang suke melepak kat warung tu. mungkin sebab dekat dengan kolej kediaman. ponn aku tengok buncit gak. mungkin suasana tempat makan ataupon realiti memang buncit or etc etc.

Cehh, dah makan pon boleh senyum senyum ke? ape kau meraban ni hoii! ye, yang perlu korang tahu buncit itu ohsem. memang ohsem. para lelaki jangan takut bile kejadian buncit akan berlaku tidak lama lagi. kahkahkah.

bang, perot lu apehal sama dengan gua?






WR : teringat dulu kucing aku suke sangat tido atas perot ayah. wakaka

07 March 2012

Praktikal #11 - Steamboat

 Assalamualaikum


Baru semangat sikit nk update. kesian korang yang dah lama tunggu. aku tau ramai yang ternanti nanti *haktuii pengambaran setimboat ni. yang pertama tama sekalinye, nak ucapkan terima kasih kepada member aku sebab belanje makan.

Ye, memang duit aku tengah kontang. dan dan pulak cikgu cikgu ni nak buat makan makan. rezeki aku. hari jumaat lepas cikgu cikgu sekolah buat makan makan di restoran maeps kat serdang. yang dulu tempat MAHA 2010 buat kat situ. bukan putrajaya ye. silap. sekali aku gugel rupanya dekat dengan putrajaya. sape penggemar steamboat boleh la jenguk bawak family, kengkawan, aweks and pakweks, sedara mara mari dan sesiapa lagi.

Harga ditawarkan cukup menarik iaitu sekadar RM20 sekepala. lepas bayar, kau makan la sepuas jiwa sampai terbelah perut kat situ. macam macam ada. sotong, ketam, udang, kerang, pastu ikan dan apetah lagi. makanan tambahan memang disediakan. aiskrim, buah buahan, rojak, makanan berat pon ada. nasib takde lauk cangkerang kure.

Tapi, yang paling aku suke sekali adalah teh tarik beliau memang kaw. uhhh, aku siap tambah 3 kali. makan aiskrim 3 kali jugak. makan ketam, udang dengan kerang berkali kali. daripada aku membebel macam mak nenek, baik korang layan gambar ni. cekidauttt.


ni amik lauk ke amik gambar?

masing masing dah start dah

makanan dan model tambahan

chef masukkan lauk mauk

admin memang gini makan

sampai pejam mata maksudnye sedap baq hang







WR : lepas ni turn sape nak belanje?

02 March 2012

Praktikal #10 - Exam

Assalamualaikun


Dah lama tak menghapdet jadah ni. kesian beliau. ingat semalam nak taip entri, tetibe tengah syok nak mengeluarkan idea sekali pappp! letrik takdek. kedai tnb terbakar semalam. okey, dah lost idea terus. semalam punye semlam nak taip gak tapi sibuk dengan tula, ni la. 

La ni, kurang sikit sebab bebudak tengah exam sumatif. so, guru praktikal hanya relief kelas jela kalau guru lain tak dapat masuk kelas. bila tengok dorang exam, teringat aku dulu zaman hingusan, zaman kolej dengan zaman sekolah. kemain la kusyuk exam padahal tido *aku la tu

Pastu, sok sek sok sek cakap slow slow. kalau boleh semut je dengar. padahal bincang kertas soalan. dan dan mintak izin nak pegi toilet, sebenarnya nak cari ilham jawapan exam. wkwkwkw

Semua skill dari sekolah rendah, sampai la jadi cikgu sekarang ni aku dah faham dah. kadang kadang aku nak tergelak pon ade. kalo mase zaman kolej, memang senang la kan lecturer sume dah bagi tajuk, ape bende yang nak dibacanye. cuma kita je yang nak tak nak baca. yelah, dah besar kan. sifat malas tu jangan cakap la. aku rase 95% memang ade dalam setiap umat manusia ni termasuk aku. nak melawan sifat tu masyaAllah. kene patut mandi bunga la.

Okey, ni pon taip dalam bilik guru. sume orang takde. yang ada pon aku, member, kerusi, meja, buku. dahla belakang aku ni ada sofa. mau ade bisikan jahat suruh aku buat taik mata dengan peta kang.







WR : malam ni cikgu cikgu buat makan stemboat kat putrajaya. terus celik mata gua yang comel ni