24 March 2012

Bantuan

Assalamualaikum

Tadi aku dengan family makan makan diluar. nak kata makan besar tu tidak lah just makan sate je pon. hehe. gaya taip macam makan banyak je. family kami memang gini kalau dah boring sangat makan la kedai yang ada disekitar bangi. kalau lu orang datang bangi serius bersepah kedai makan. yang sedap, yang lagi sedap, yang tersangat sedap sume ade. kene pandai cari je.

Bile dah sampai satu kedai di seksyen 7 ni, maka masuklah kami kedalam kedai tersebut. boleh tahan juga ramainye makhluk. dah duduk dan pesan sate 30 ketul. boleh tahan jugak lu makan wadi. pesen perot nage.

Sedang indah menikmati ketulan daging yang gebu dan kenyal, tetibe datang satu budak. budak tu dari utagha. mintak sedikit sumbangan untuk pusat amal tahfiz. bila family aku sume dah pandang pandang, masing masing dah mati akal. nak sumbat sate 10 ketul pon macam payah.

Bila budak tu cakap untuk kebajikan sekolah blah blah blah aku rasa macam lain. mak aku ni pulak jenis nak tanye je. datang dari mane, betul ke pusat tu mintak sumbangan, sape yang suruh buat itu ini. kau paham paham la mak aku cikgu.

dan dan dah bagi sedikit duit datang pulak orang yang takde penglihatan. yang takde penglihatan tu kawan lakinye. yang celik perempuan. gaya umur macam 30-40 an gitu. jual tisu ke ape tak pasti sebab aku membelakangkan dorang. tapi yang kes kedua ni kami tak bagi.

Tengah tambah 10 cucuk ketul sate datang lagi makcik jual keropok. Allahurabbi. aku dengan adik laki nak makan pon tak best. suasana makan macam dah slow. aku diam je. just mak yang cakap,

" takpe makcik. terima kasih. " *senyum

Ayah pon centu. senyum. aku tak pandang langsung. sebabnye aku jenis cepat kesian. tak boleh tengok. yang menjadi persoalan, why malaysia mesti ade bende bende gini? bukan aku nak tak nak tolong, kerajaan patutnye buka peluang pada mereka sebegini. bila aku borak borak dengan mak, mak cakap,


" bukan ape. dorang je taknak daftar. masuk buat kemahiran ke ape."

" sepatutnye kerajaan la amik inisiatif tarik golongan macam ni. mungkin bagi dorang agak payah kot nak daftar bagai. entah lah mak. "


" ye, betol. kerajaan banyak duit. tak payah tolong negara luar. negara kita ni patot bantu dulu " *adik laki cakap


Arakian, terbantut lah persoalan disitu sambil mengunyah kembali sate untuk dihadam.




WR : Entah

30 comments:

  1. tp bile tgk mkcik2 yg dh tua dtg jual kopok kt kdai mkn ke.. kt kaki lima ke.. siyes rse nk nanges. mne ank2 dorg T___T

    ReplyDelete
  2. aku yakin klu cikgu dtg sini meleleh air mata tiap2 hari,keh3

    mudah2an diorang tu bkn mangsa suruhan org lain utk mintak sedekah

    tuhan x suka pesen yg meminta-minta tp x usaha

    ap2 pn " tgn yg memberi lbh mulia dr tgn yg menerima "

    sedekahlah dgn ikhlas ikut kemampuan

    tp semak gak klu byk sagt yg mintak, hmm

    ahh pandai2 kau lah settlekan, aku nk g mkn sate jap, bye

    ReplyDelete
  3. sate urat keting ka??

    anyway, kat malaysia ni memang ramai manusia yang nak duit dengan cara mudah.

    ReplyDelete
  4. 1st time baca entry dari wadi, entry yg berilmiah.

    majulah kerajaan utk memmbantu org dalam negara sendiri! ehh.

    ReplyDelete
  5. mesti selera hilang kan
    nak dilayan, kot2 tertipu
    tak dilayan, nampak kesian

    huuu

    ReplyDelete
  6. kat bangi kedai makan mana yg sedap?

    ReplyDelete
  7. tunggu aku pon ada benda nak cerita pasal benda ni..tak terbuat2 lagi :)

    ReplyDelete
  8. undi itu rahsia. samad

    ReplyDelete
  9. memang serba salah kan...
    kalau tak bagi, rase lain macam..
    kalu bagi pon lain macam...

    ReplyDelete
  10. tula pasal.. tapi aku jarang kena yg macam ni bertubi tubi.. biasa sekali je.. bgi duit ambek tisu pastu dah la.. selalu aku terus bagi je tak tanya apa apa.. aku jenis yg mudah kasihan kat orng lain..

    ReplyDelete
  11. ini lah 'sumbangan' terbesar kapitalis kepada masyarakat seluruh dunia! makanya 'nikmatilah' jurang kelas antara manusia yg terhasil

    ReplyDelete
  12. Akhirnya, makan sate lagi sedap dari borak hal-hal kerajaan. kah3.

    ReplyDelete
  13. aku bagi kalau masa tuh aku ada duit. aku tak beli kalau aku rasa taknak makan.

    ReplyDelete
  14. lepas ni harap harap lu rajin nak taip panjang panjang macam gini lagi

    ReplyDelete
  15. kadang2 ade yg tip0o kan...xpon kene upah...huhu

    ReplyDelete
  16. negara kita ni kan suka menyusukan kera di hutan..

    ReplyDelete
  17. selalu berlaku macam tu,rasa di hati kesian lalu bagi je lah,janji kita ikhlas. :)

    ReplyDelete
  18. serba salah dibuatnya kalau dalam situasi tu...

    ReplyDelete
  19. Wa'alaikumussalam...

    anda baru saja makan 50 cucuk sate seorang diri....dahsyat.....

    ReplyDelete
  20. aku selalu sedekah senyum je.

    bukan kedekut, jimat.

    ReplyDelete
  21. kebetulan aku pun pernah merasai pengalaman sedemikian. di restoran yg menyajikan sate juga. hehe

    serius aku makan kat sate kajang haji samuri taman melati ; ada adik dari madrasah sekian sekian mohon derma, budak kecik mohon derma untuk pembiayaan pembedahan ibunya, makcik pangkat nenek jual keropok, pakcik syeikh jual rehal quran. aduuuh.

    sedih. cuma mampu bagi yang termampu je lah.

    ReplyDelete
  22. mcm-mcm kisah.. yg penting hati kita ikhlas... =)

    ReplyDelete
  23. jarang betul wadi tulis benda2 bermanfaat cmni haha

    ReplyDelete
  24. kdg2 mereka tu org suruhan.entah.
    yg penting pahala kite derma antara dgn tuhan.dorg tipu ke tak,dosa dgn tuhan.

    ada betul la wadi,kerj xpandang masalah ekonomi di malaysia.ni terasa nak p parlimen

    ReplyDelete
  25. seorang mak cik tua jual nasik lemak ari2 naik lrt tarik bakul nasik lemal dah kuih muih dia.

    tapi kengkadang kan, dorang yg buat cmtu bolh dpt 70-100rgt sehari woo...

    ReplyDelete
  26. Selalu kalau aku tengah ada duit, tangan aku mesti gerak melawan hati dan beli kalau ada situasi macam tu.

    kacau betul.
    kadang orang yang ada tipu2 sikit pun aku keluar juga duit sebab muka dia kesian. beli jelah bakul ke, wangi2 entah apa2 ntah. pastu tersadai dalam bilik.

    haha

    ReplyDelete