16 May 2013

Hari Guru 13

Aku tak tahu nak taip apa. dah keras tangan nak taip panjang panjang. sebenarnya ada benda nak taip tapi sibuk nau mengalahkan orang kira undi pulak tiba tiba terblackout lepas tu kira undi balik. okey, memang tak kelakar pun.

Nak dijadikan cite, dulu lepas je exam SPM aku memang tak tahu cita cita apa. yang aku nak masa tu, kerja kaji cuaca. sebab dulu aku suka subjek geografi. tapi math dgn sains aku lingkup, terpaksa ubah cita cita murni tu.

Gini, lepas aku habis SPM, ayah galakkan aku kerja sambilan. aku masa tu lembam tak tahu nak kerja mende. so, aku decide kerja dekat dekat dengan rumah. yakni, pegi kerja-jalan kaki-lunch balik rumah-pegi kerja-balik rumah balik. engko nampak tak penjimatan disitu? kerja pun senang dekat taska. basuh berak budak, bagi makan, mandikan. paling awal gaji dapat 450. kalau tak silap. dia punya excited macam ungka dapat duit, aku pun terus beli handphone sony ericsson yang jenis butang bulat tengah tu. tak ingat model mende. kalo tunjuk gambar aku tahu. itulah pertama kali kerja lepas spm.

Lepas tu, lepas STPM aku kerja sekolah swasta. mak carikan dekat suratkhabar. first time kerja macam kerja betul. Aku memang takde cita cita nak jadi cikgu atau ustazah pun. mungkin rezeki tuhan bagi. aku pun kerja lah dengan melaksanakan akujanji sebagai pekerja yg amanah. dan masa tu, basic mengajar pun takde engkorang tahu. main bedal je ajar anak orang. takut jugak kot mengajar jadi mak pin kang naya. aku tawakkal jelah.

Alhamdulillah, gaji memang tough. dengan transit bagai. itulah pertama kali aku masak untuk budak sekolah rendah. entah macam mana timbul power memasak pun aku tahu. yang paling dorang suka masa tu, ayam sambal. pehhh. engkorang cuba dulu ayam sambal aku baru kutuk. aci? tapi masa ni, memang penat kaw kaw lah. pagi petang keje. pastu siapkan budak pegi sekolah kebangsaan, ajar mengaji lagi. masak lagi. memang sebijik isteri solehah mukminah lah orang kabor. bezanya, takde suami soleh je lagi. masa ni gaji bawah 1k. aku bagi mak sikit, belanja adik adik sikit, beli baju oldskool, handphone terus magik bertukar sony jugak jenis tolak tarik tu. memang canggih tau masa tu.

Masa Dip, kalau ada cuti sem panjang memang aku rembat peluang tu aku guna kerja part time. masa tu dekat tadika pulak. kerja yang ni pun penat jugak. budak dia lasak tahap cheetah nak kejar kuda belang. macam itulah aku nak cakap benanya. dah takde pembantu, aku dengan adik kemaskan tadika lepas kerja. tadika dia rumah banglo setingkat. kau boleh bayangkan besar mana?

Nak harapkan ustaz laki jangan mimpi lah. yang rajin tu pun ustaz jak je. kami anggap abang sebab dia yang banyak tolong kami buang sampah, masak kadang kadang. tapi kat sini best sebabnya ustaz ustaz bujang belaka. kakaka. tapi aku masih kekalkan gaya ganas secara profesional. masa ni aku banyak sakit, demam panas suhu dia boleh pecah yang mende bulat bulat dalam termometer tu. mende entah. aku lupa. gaji masa ni boleh lah dalam 5 rat.

Lepas je Dip nak tunggu praktikal pun kerja jugak. dalam 3-4 bulan. yang tadika ni best. tadika yang aku selalu cite dalam blog ni jugak tahun oktober 2011. pandai pandai lah engko selongkar. bestnya sebab gaji 7 rat tak termasuk mengaji. kalau masuk dah 8 lebih. OT lagi. memang maskulin gua cakap lu. dia punya owner cool dengan housemate memang masuk kepala sama dgn aku. masa ni nak pegi mall pun jalan kaki jugak. depan tadika ada jj dengan bus center. dapat gaji aku apa lagi, membeli belah lah. tapi tak bestnya, owner tadika ni nak tutup sebab tak masyuk lah mende lah. nasib aku dah nak blah.

Lepas praktikal, owner baru tapi tempat yang sama aku kerja dekat atas ni call kata ada kerja kosong. aku pun tanpa berfikiran pendek terus je amik tawaran. mula mula memang best tapi lama kelamaan owner tadika baru dia buat tahi. maybe dia ingat aku ni jenis lampi lampi macam housemate, last last aku pergi berjihad untuk menuntut kebenaran dan hak sebagai pekerja walaupun pekerja part time. yang ni gaji memang cukup makan la walaupun kerja dia hanya tuhan saje yang tahu. ada jugak aku cita bertapis lah tapinya. pandai pandai engko lah nak belek entri balik.

Lepas kejadian itu, aku pun dapat rezeki kerja guru ganti sekolah ( pun aku dah cite dalam blog. pandai pandailah cari ) yang gaji lebih masyuk dari atas ni. aku tahu, tuhan akan bagi nikmat dekat hambaNya yang teraniya dan sabar. seronok jugak kerja ni sebabnya makan tengah hari ditaja oleh mak. mestilah, dah kerja satu sekolah dengan mak kan. Yang gaji ni 1k jugaklah dan masih simpan hingga kini.

Dan selepas tu, dapat lah tawaran bekerja tetap ( aku dah cite entri tahun ni) dekat dengan rumah jugak iaitu sekolah rendah. syukur pada tuhan dengan gaji pun yang boleh aku merancang plan plan ajaib.

Itulah cerita Hari Guru 2013. Terima kasih uollz sebab susah susah je baca essei salah ejaan ni. hihi.


ini masa bakal cikgu. tengah belajar lagi.




WR : sejak dah berumur 24 ni segan pulak tepek gambar camwhore. muka rasa macam pondan. tapi aku memang tak penah buat pun. geli. gambar baru nantilah. masa sambutan nanti.

50 comments:

  1. Replies
    1. okey adam renek. sukati lah engko nak cakap mende. haha

      Delete
  2. tetiba rasa nak cari bini cikgu plak..

    ReplyDelete
  3. hihi..selamat hari guru setazah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih yukikiyomi. hihi. taknak belanja keee

      Delete
    2. jom..aku belanje sekerim...bleh tak..

      Delete
    3. bilanyaa nak belanja? jumpa pun tak lagiiiiiii

      Delete
  4. pergh.. masak ayam sambal tu.. mohon buatkan dan terus pos ke rumah saya.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bak alamatt. kalo tak melepas lah engko. kehkeh

      Delete
  5. Selamat hari guru wadi. entry2 lama tu nnt aku selongkar

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih budak power. terima kasih kerana rajin selongkar

      Delete
  6. err..masa keje sek swasta tu kenapa kena siapkan budak pergi sekolah pulak? kompius.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya siapkan budak transit. ha gitu. suruh dorang mandi, siapkan makanan sume sume lah

      Delete
  7. hai cikgu, selamat hari cikgu. plan plan ajaib tu acane tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih si peniaga maju. plan plan tu nanti akan diberitahu kemudian tau

      Delete
  8. "sejak dah berumur 24 ni segan pulak tepek gambar camwhore. muka rasa macam pondan."

    kah kah kah statement macam haram

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi memang tak penah lah tepek. geli rasa tengok muka sendiri dgn orang lain. haha

      Delete
  9. selamat hari gurukul wadikurede.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih murukul kak gebuu. *pelok pelok*

      Delete
  10. Replies
    1. terima kasih camy alya.




      janganlah babai

      Delete
  11. Happy Belated Teacher's Day cik Wadio! Semoga terus sukses dan ceria mengajar! ihiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you atas ucapannya bakal dokter. semoga merawat orang dengan diiringi muzik nanti. kakaka

      Delete
  12. terhibur pulak baca tulisan hang ni wadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. sekali sekala bagi orang ketawa

      Delete
  13. selamat hari guru, cikgu wadi :) comelnya tulisan ni. aku rasa kau ni, seorang yang tabah. hatisuci. baik. gemar melayan kekanak. dah dah. baru puji sikit ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari guru juga bakal guru. dah dah. gelabah. aku biasa je. haha

      Delete
  14. sejuk ati abam bila bace.

    ReplyDelete
  15. Wadi...

    kalau gitu selamat hari guru utk ko..

    nanti aku suh Shinta di belajar dgn ko..

    dia dah 5 tahun dah tahun ni dah masuk tadika..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak. tak kan akak nak antar shinta jauh jauh kot? haha

      Delete
  16. "senyum..tak perlu kata apa apa..senyum"

    kali pertama aku baca komen, dan aku lihat kau reply semua komen..kahkahkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jahatnye ko. heee. selalunya aku balas komen ok. ko je pemalas

      Delete
  17. malas lah nak baca. selamat hari guru chegu bayam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih lang lang pak yang malas nak membaca

      Delete
  18. Owh...selamat hari guru weh...

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. lamanya kau menyepi. mana pegi? terima kasih pelumba lari :)

      Delete
  20. Alamak wadi, aku terlajak kapal la nak ucap selamat hari guru untuk kau. Aku ingat kau pustakawati. Haha! Hey, biar apa pun, wadi tetap cikgu sempoi bak hang.

    Sori :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku repot kak yin kau lambat wish. bak hadiah dulu. haha. wokey bro antu, terima kasih banyak banyak. alah, lambat seminggu je pon. takde hal punya

      Delete
  21. belum sempat nak letak entry hari guru yg sgt menyeronokkan
    sibuk banyak keje dan kursus...

    ReplyDelete
  22. selamat hari guru
    dari seorang guru utk seorang guru

    ReplyDelete
  23. memang setazah pilihan gayanya

    ReplyDelete