30 April 2013

Kerja Tetap #2

Minggu lepas aku ajar bulan bulan islam dan melayu dalam bahasa arab. kalau bulan bulan islam contohnya :

Muharram
Safar
Rabi'ul 'ula
Rabi'ul akhir etc, etc.

Kalau bulan melayu dalam bahasa arab senang cuma nak sebut tu payah sikit. contoh dia :

Januari : Yanayir
Februari : Fabrayir
Mac : Maris
April : Abril
Mei : Mayu
Jun : Yuniyu
Julai : Yuliyu
Ogos : Agustus
September : Sabtambar
Oktober : Uktubar
November : Novambar
Disember : Disambar

Nak senang hafal arab ni dia kene ulang ulang baca kemudian hafal perkataan baru dapat. aku suruh budak budak ni ikut aku baca dulu. kalau engkorang baca mesti macam bahasa jawa sebab aku sendiri yang baca macam bahasa jawa. tak tahulah kot lidah aku ni lain memang keras. lepas aku dah baca-ulang balik-hafal-baca kemudian aku panggil sorang sorang ke depan siapa dah hafal datang ke aku.

Bila turn Aireil Adam, dia pun start baca. depan aku si Naufal tunggu turn.

" Ustazah, saya nak baca. "
" Haa baca cepat. betul betul sebutan "
" Ermm Januari. ermm "
" Januari apa diaa?? "
" Januari yandolo "

Aku terdiam. si Naufal depan aku terus angkat kening tanda pelik dan cakap.,

" Eh, kau yandolo ni kenapa? Yanayir la. "

Aku tekap buku dekat muka sambil dekah dekah tahan ketawa. terjurai jurai air mata aku. bila dah berhenti ketawa dorang semua pandang pelik kenapa mata aku berair.

21 comments:

  1. kah kah kah yalondo pun yalondo la cikgu kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bang opis, yandolo bang bukan yalondo. yandolo

      Delete
  2. yandolo eh?aku rasa dah macam hafal lirik lagu indonesia dah wei,sengal ah anak murid kau,buat lawak je,haha


    hai ustajah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku yg dengar ni dah macam ikan. tercungap cungap nak gelak. hai retisss :P

      Delete
  3. Replies
    1. agak lah sebab dia punya sebutan mulut tu macam payah je

      Delete
  4. waduh..waduh..waduh...dah jawa sebutan nya,,

    ReplyDelete
  5. kah3.. celaka.. terpaksa gelak.. celaka celaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. pestime tengok asip gelak dgn ikhlas

      Delete
    2. selama ni ikhlas je taw yang.. awak je yang rasa saya tak ikhlas.. erm erm..

      Delete
  6. dia belum habis fikir lagi dah ditanya, memang dia main hentam sebut jer. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. bukan okey. dia memang lambat sikit. alaa antu hutang lu dgn gua tak setel lagi

      Delete
  7. ahahahahaha.... yanlondo ke.. kakakakaka

    terima kasih cikgu. mak murid kat sini pun nak join belajar gak ni hehe.

    ReplyDelete
  8. hahaha kalo aku ni mahu berguling2..macm klakr pula

    ReplyDelete
  9. aahh...
    yandolo pon bole..
    nampaknya akak lahir disambar la, disambar! auummm seram bunyiknye.

    ReplyDelete
  10. hahaha. yandolo.. dia berangan pergi indonesia agaknya tu.hahahahaa

    ReplyDelete
  11. yandolo tu bahasa jawa ke ?

    ReplyDelete
  12. aireil adam ni ada ciri-ciri seorang yang rebel, didiklah dia menjadi rebel yang berguna dan berada di landasan yang betul. yang penting, jangan sampai dia jadi rempit!

    SELAMAT HARI GURU chegu bayam!

    ReplyDelete