Semalam dengan sabtu aku belajar memandu dekat sepang. walaupun jauh tapi bayaran agak berbaloi. dulu adik lelaki pun belajar situ. sebelum aku nak daftar, ada jugak aku pegi usya usya tempat memandu dekat sekitar rumah ni. tapi mahal dia masyarakat sungguh. mungkin faktor geografi dekat sini berkemungkinan bayaran dia mahal. last last aku decide amik jelah dekat tempat adik aku tu. kalo gagal ke mende bayaran dia free. dalam erti kata lain pakcik tu cakap, " kita bayar dengan harga sekian sahaja dan belajar sampai lulus ". berhikmah betul tagline dia.
Ceritanya gini. masa dah datang tu aku tunggu lah turn nak memandu dengan trainer. dalam hati dah berdoa agar dapat trainer kaum sejenis sebabnya aku ni kurang bergaul mesra dengan lelaki dah satu hal. takut aku ni menjadi bisu pula. lagi satu tangan aku jenis cepat basah kalau terjadi insiden begini. last last, hurmm. dapat trainer lelaki jugak. nampak muka macam baya baya aku je. nasib ada kawan dengan akak sorang ni. so, dalam kereta ada 3 orang. aku, akak tu, dengan trainer.
Mula mula akak tu drive sebabnya dia langsung tak pernah pegang stering. aku duduk belakang sambil dengar trainer tu membebel. macam ni kalo nak drive kene pandang depan, blaa blaa blaa blaa, tengok cermin sisi, blaa blaa blaa blaaa, dan blaaa blaaa.
Sampai lah turn aku, aku pun bawak lah kereta tu. tiba tiba, trainer tu ajar aku pusingkan stering sambil berbunyi,
" abang tunjuk eh. macam ni pegang stering bila nak belok. pusing sikit je "
Kelam kabut aku pandang depan. terus hilang fokus pemanduan. kucar kacir jugak nak cari mana pedal break. last last menitik air peluh aku sebab tengok dekat stering dah basah basah.
hekeleh wadi. hekeleh.
ReplyDeletehek elehh hyde jambang
DeleteKucar kacir betei engko ni.haha
ReplyDeletegelabah kot karl. haha. pehh
Deletebasah stering takpe wadi. jangan basah lain. wkwkwkwk
ReplyDeleteezan dengan basah berpisah tiada
Deleteabang tu memang tere bila bab pandu perempuan. tbe
ReplyDeletetbe tbe. aku tempeleng kang melayang rambut panjang engko tu nanti
Deletelain macam pulak bila gua baca.. "aku jenis cepat basah kalau terjadi insiden begini."
ReplyDeletelain macam pulak bila gua baca. "asip jenis cepat basah kalau terjadi insiden begini."
Deletemesti lu berpeluh cam hot hot gittew kan? yelah.. jantung berdegup kencang sikit.. metabolisma meningkat.. tu yang berpeluh.. pertanyaannya.. awat cepat sangat turn on bila dengan lelaki?
Deleteturn on ke off? soalan kau ni meliputi apa asip?
DeleteBerpeluh jadinya sebab abang tu ye wadi.. hehe...
ReplyDeletesaya kalo berdepan dengan laki memang macam tu kak. pakinson sikit. haha
Deletenampak macam ngeri sgt blaja memandu ni... klu ada yg jenis tak reti bawa keta baca entry ni, confirm sampai ke sudah tak amik lesen keta.. huhu
ReplyDeletememang ngeri pun bro. hari kedua saya belajar trainer tu selamba je lepaskan sy sorang sorang drive. dia nak uji ketahanan dan keberanian katanya
Deleteler.. habis la kau. habis laaaa
ReplyDeletehaihh. habis aku
Deletegementar eh kak :p
ReplyDeleteaah. hihi :P
Deletehahaha nanti aku nak buat kat situ jugak lah.
ReplyDeleteamboui amboui. kemainn :P
DeleteEh, aku jmpe ko xbisu pun
ReplyDeletetak bisu tapi tangan dah basah habis. aku buat buat macho je. haha
Deletehahaha..abanggggg
ReplyDeletelepas ni bermandi lenjun la kau wadi dlm kete tu..
nasib la aku takde abang lagi. engko dah ada kann :P
Deletekalau tak lulus ko naik lrt je la wadi
ReplyDeleteahh, aku nak lulus gak. doakan aku supaya tak gelabah nanti
Deletegoodluck akk mendapatkan lesen memandu! yay yay
ReplyDeleteyeyy! terima ksih dik seri melati
Deletehahaha! comeyl~
ReplyDeleteakak pun lagi comel. miau miau
Deletepenipu lah kurang bersembang dengan lelaki. penipu. benci wadi benci.
ReplyDeletebila nak bawak abang jalan2 ni. kahkah
memang penipu pun sebab engko lelaki yg kurang kacak maka laju la aku sembang. haha
Deleteahhh, engko datang sini dulu baru sembang lebih
kalau subjek lesen memandu dah siap-siap ada dalam silibus sekolah menengah kan senang. apa punya menteri pelajaran lah, dari dulu kepala otak tak kreatif langsung!
ReplyDeleteoh...abiang
Catat hari2 Wadi. Nanti boleh buat novel bertemu jodoh di pusat memandu
ReplyDelete+1 tmbh new zinggggga berger
Delete*firstime read this bloga
haha
ReplyDeletesemua orang menghadapi pengalaman yg sama
walaupun jalan ceritanya lain2
aku dulu lg lah teruk
cuma apa yg best
aku boleh jadi pandai memandu hasil belajar dr seorang guru memandu yg tomboy..
sampai skrg kitaorg jadi member
dlm mengajar di jalan raya
boleh pula share cerita pasal masalah cinta dia. hahaha
Aku berazam tak nak ada lesen motor/kereta. Aku Go Green sampai mampus. Kakakakaka.
ReplyDeletewadi, dia baru ajar pusing stering sikeeetttt je tu...
ReplyDeleteAku sampai hari ini tak ada lesen kereta.
ReplyDeletePernah cuba ambil hujung tahun lepas, tapi tak lulus. Abang JPJ cakap aku bawa laju sangat. Dia tanya kenapa aku laju dan aku kerja di mana. Aku jawab, "mana ada saya laju. tak lebih had pun. saya kerja bawa kapal, yang mana dekat kapal tak ada brek, encik.". Terus dia GSM (gagal serta merta) kan aku. ^_^