18 November 2012

Disana Disini



Dalam hujan merintik membasahi disini,
Mereka disana turut merasai,
Tiap hari dihujani peluru seakan hujan turun disini,
Teriakan serta jeritan umpama kilat bersama guruh,
Mereka disana kita disini.
Disana hujan peluru,
Disini hujan bermusim,
Disana tidak serupa dengan disini.
Peluru datang bertubi tubi,
Mereka tidak peduli,
Darah disana sini,
Dikira syahid bermati.
Disana tidak serupa dengan disini.

-Wadi AR-




28 comments:

  1. terlalu berbeza.syukurlah ke maha Esa

    ReplyDelete
  2. Sama-sama kita doakan kesejahteraan saudara kita disana.

    ReplyDelete
  3. Ini kau nak hantar ke ZSM ke tidak?

    ReplyDelete
  4. kat sini muda mudi mati merempit

    ReplyDelete
  5. kita? berjuang saja lah dengan doa-doa kita.

    ReplyDelete
  6. sama2 kita berdoa...

    td gua kalut ckt la cri buku..15minit je gua duk situ..nk tngk adik2 maen skate pom xsempat...sempat ambek3 buku je..sebab nk kejar bus kt tbs..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula. kasihan lu. nanti pegi la awal lain kali event. mesej pun jangan sent tahun depan tau. haha

      Delete
  7. Salam ziarah, salam perkenalan. Singgah mengumpul simpati. Rangkulkan doa Gaza kembali aman.

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. aku dah agak dah. haha. dahhhh pegi sana

      Delete
  9. semoga Allah memberi kemenangan kepada saudara2 kita di Palestin.. semoga bangsa Yahudi keparat akan dihancurkan.. amin...

    ReplyDelete
  10. Memang terlalu berbeza keadaan di sana dan di sini.

    ReplyDelete
  11. anak2 di sana saban hari bermain baling batu, tak kenal Samsung Note II mahupun Iphone, xde Legoland, xde mekdi kepsi dan cool blog.

    Sebertuah mana kita, mereka lagi bertuah kerana mengejar syahid saban hari.

    ReplyDelete
  12. Kita juga berperang disini, perang membela Iman. Mungkin Dia rencanakan perang di sana, agar kita di sini sedar dari lena yang panjang :')

    ReplyDelete
  13. dah boleh buat event puisi satu petang kau ni wadi. kau handle la. nanti gua join. kekeke.

    ReplyDelete