29 July 2012

Kerja Part Time #5

Okey, okey. gua nak update ni. gila lama peram macam peram telor masin. aku sebenarnya takdak idea nak taip masa seminggu puasa. mungkin terlebih makan kolestrol sebab tu otak makin lembab nak perah. itu hari aku seminggu dapat abc cekodok basi. kalau lu orang tak tahu abc tu apa, cepat cepat amik pisau tikam satu badan.

Itu hari, turn aku suapkan makanan dekat budak budak playschool makan. umur lebih kurang 1 hingga 3 tahun macam tu. aku macam biasa lah, mesti rasmikan dulu makanan tersebut. alah, makan depan budak kecik dorang bukan tahu apa. janji dorang dapat makan, kenyang pastu tidur dengan main. itu jelah kerja depa tiap kali datang taska. kepala hotak asyik main, main, main 24 jam.

Tapi, masa aku nak start makan dulu, aku lupa ada sekor budak transit yang sekolah petang tengah puasa. maka,

" kak diba, tolong cikgu boleh tak? "
" tolong apa cikgu? "
" naik atas pergi kat bilik baby amikkan botol air cikgu warna merah yeh "
" cikgu nak buat apa? kan puasa? "
" amik jelah kakak. jangan banyak bunyi. nak isi air je"

Ouh lupa. kak diba ni darjah tiga dan bijak makhluknya. Sambil beliau naik atas dan amik aku pun cepat cepat makan dengan rakus 30 persaat. nak suap kali ketiga.....

" cepatnya kakak turun " *mulut kaver mengunyah pastu pandang tepi krupp krapp krupp
" dah jumpa saya turun lah "

aku maintain sambil terus suap budak macam biasa.

" ehhhh, cikgu makan apaaa??? "
" aaaa. haaa. makan apanye kakak? "
" tu dalam mulut cikgu tu. cikgu tak puasa ke? " *muka serius
*tercekik terus aku rasa bila beliau perasan " ehhh laaa. cikgu puasa. ni tadi makanan sahur la ni. cikgu lupa nak gosok gigi. tu asik korek korek je dalam mulut tersekat kat gigi "

Nasib aku power siung sana tiau sini punya alasan. member housemate dah terbahak gelak. cilaka. bukan nak bekap aku. mungkin kak diba culture shock tengok cikgu beliau sendiri TERmakan dibulan puasa yang mulia ini.


40 comments:

  1. hahahhaa lawak la..seronok la housemate cite kat org.ahhaha budak2 mmg jujur....no doubt.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula pasal. lepas tu kak diba asik curious je muka sampai sekarang

      Delete
  2. sila hantar notis berhenti kerja dengan serta-merta disertakan bersama kekesalan dan perasaan malu yang dirasakan sesuai demi keharmonian sejagat.

    yang benar,

    saya diba budak cerdik

    ReplyDelete
    Replies
    1. diba yg cerdik suruh ke kau anon yg jeles ni. haha

      Delete
  3. wakakaka..lu boleh jadi ahli politik la..kuat siung..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh,gua ada bakat la ni. haha. baru tau

      Delete
  4. tuhan nak tunjuk kat ko lar tuh, wadi. budak pun tau puasa macam mana. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula pasal. tapi aku malas la nak terangkan saintifik nape aku takleh puasa. haha

      Delete
  5. agak2 la ko ni, na makan pun sorok2 aa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dah makan sorok2 la. dia memang tak puas hati dgn aku mase mula mula lg aku tak pose

      Delete
  6. makan dlm almari baru org xnampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingat nak makan dlm peti ais. lg senang. 2 in 1

      Delete
  7. keh3. kemain lagi dia melahap.

    errrr. badan saya dah banyak darah nih. tertikam lebih pulak. acane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. darah banyak boleh batal pose sedare. kehkehkeh

      Delete
  8. haha.susah gila jadi perempuan yang tak puasa time puasa.tak puasa pun macam puasa je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? tau takpe. tak makan lapar pulak. haha

      Delete
  9. peh kena sound dgn budak kecik. kah kah kah

    ReplyDelete
  10. cakap la cikgu punya puasa special skit..sahur disiang hari.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. malas nak cakap nanti lg byk tanye. lg pening sy nak tiau nanti. haha

      Delete
  11. nak kena anta jabatan agama ni pantau cikgu kat sna..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eleh, ntah ntah kau pun same kan. aku pgl kementerian baru tau. haha

      Delete
    2. hahahaha...aku makan jemaah dgn anak2 murid..hahaha

      Delete
  12. woiiiiii sengal giler!!!

    mknan sahur boleh tertinggal..koh koh koh

    ReplyDelete
  13. macam syok je kan. gedebek kena skali. haha

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. mana taknye org dewasa mkn dpn dia. haha

      Delete
  15. lama betul makanan sahur itu terperam di dalam mulut kau iye? apa kau ingt mau bikin jeruk?haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak yg ajar aku peram dlm mulut kan. haha

      Delete
  16. Hahaha patut kau sodok dia gula-gula baru dia tutup mulut tak kepoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lut weh. kirim salam awal awal la. haha

      Delete
  17. wadi AR,
    dah lama datang jadi pembaca sorok~
    ai malu nak kumen.
    tapi mulai arini ai kumen dan jadi pengikutan yu yang kesekian nombornya.

    seb baik makanan dlm mulut tu tak tersembor keluor, kalo tak nampak benor nipunyerrrrrr

    ReplyDelete
  18. yeke ni? boleh caye ke? blog aku sakai beno nak bacanye. time kasih daun bayam ell. hihi

    ReplyDelete
  19. balik umah. si diba report kat mak dia. "mak cikgu kat skolah akak tu tak pose."

    ReplyDelete