11 July 2012

Ciri Wanita Solehah

Dah lama sebenarnya nak taip tajuk seperti diberikan atas permintaan seorang hamba di pages. boleh tahan juga tahap pemikiran aku macam simpan external 3GB. ini sebahagian dari buah fikiran aku sebagai wanita dan want-to-be la untuk menjadi solehah *kalau tersedak membaca, muntahlah

Banyak juga nak diklasifikasikan sebagai wanita solehah. beliau seorang yang baik, sopan, anggun, ayu dan tidak ganas *merujuk kepada aku. kepada sang suami. ini mungkin gelaran hanya lepas kahwin sahaja. aku tahu, ramai jejakas, terunas memang mengimpikan wanita ini.

Tak kisah la dulu masa muda beliau tak solehah bila dah kahwin menjadi solehah serba serbi. masa muda juga dah solehah bila dah kahwin pun menjadi solehah juga. untung juga dapat yang solehah gini. sejuk hidung kau kembang kempis. Ciri ciri yang aku nampak memang banyak.

1. Taat pada yang Esa
Yang pertama of course lah taat pada yang satu. bukan satu malaysia yang kau bangga banggakan tu. yang ni aku malas nak rungkai sebab masing masing sudah tau kewajipan terhadap yang paling wajib.

2. Mengikut kata ayah mak, pa ma, umi abi
Sebagaimana dalam islam, setiap anak wajib taat kepada ibu bapa yang melahirkan beliau sehinggalah beliau disahkan kahwin dengan suami. dengan suami lain ye. tak kira dimana anda berada kalau ayah mak kata A, maka A lah. kalau anda tidak setuju, buatlah perbincangan dua hala antara mak dan ayah kau.

3. Berbaik dengan semua orang (pakcik cleaner, makcik gad, tukang kebun dipejabat etc)
Bila kau lihat wanita seperti ini, insyaAllah solehah lah beliau. tak kira pangkat, darjat, gelaran beliau sangat baik. sampai bila waktu makan lunch pun beliau pelawa untuk makan bersama. jenis baik tu banyak pulak. kang bila aku merungkap merungkai sampai dua entri aku post nanti.

4. Kurang marah dan tidak emo
Ya, bila dilabelkan begini mesti korang akan cakap, *terutama lelaki 'perempuan kan emo. kalau tak emo bukan perempuan letteww'. aku selalu jugak tengok dipost post fb mendengar luahan sebegini. maaf, gua tak guna tuwitt. anda silap kawan. biasalah, mereka perlukan perhatian lebih sikit. perempuan kan? aku pun perempuan juga tapi nak emo sangat tu aku kurang. *eceh, bajet cool lak kau. puihh. jangan risau, makhluk ni bukannya asik marah bertahun tahun. bila kau curah air konpem lembut cepat. percayalah.

5. Tahu mengemas, membasuh, memasak dan mem mem yang ada
Bila dah dikaitkan dengan perempuan, mesti kene tahu semua bende. alah, kalau bab masak tu campak campak pun jadi makanan gak. tak penah pulak aku dengar kalau tak reti masak bila tengah belajar masak, masakan tu bertukar jadi lain ke. paling cikai pun hangus sikit. itu aku tak tahu lah kalau sumur hidup tak penah pegang senduk. memang nak kene lastik.

6. Kahwin dengan wanita yang diidamkan
hahh. tunggu apa lagi. tak kan yang ni pun nak aku nak jelaskan. kalau dah jumpa tak payah nak tunang bagai. pergi nikah je terus.









WR : aku pun tak tahu jenis aku solehah ke dak

43 comments:

  1. terima kaseh cikgu solehah..hehe..

    ReplyDelete
  2. moga jadi yg solehah hendaknya =D

    ReplyDelete
  3. mohon carikan saya jodoh macam ciri2 tersebut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tambah lagi satu ke?

      Delete
    2. apa salahnya..adakah admin berminat?hahaha..

      Delete
    3. masyaAllah ustaz. mohon istighfar

      Delete
  4. impikan untuk jadi pompuan solehah satu impian yang sangat bagus dan cantik.

    kau, boleh jer jadi solehah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bakal kearah tu antu. kau lagi boleh kan

      Delete
    2. bagus jugak, tapi kalau aku yang impikan untuk jadi pompuan solehah...errr, lain pulak jadinya...kahkah

      Delete
    3. terbalik dunia lang. jangan, nanti amal nak letak mana

      Delete
  5. saye nak semua ciri2 diatas..walaupun saye boleh di katakan tak la baik tapi impian lelaki nak wanita seperti diatas...hehehehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, insyaAllah awak akan dapat. wei, mana pegi? dah lama tak nampak kat blog

      Delete
  6. hahah semua penting la.hehehe kene buat check list ni

    ReplyDelete
  7. hmmmm.....

    ini aku nak print.boleh eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je. nanti dah dapat jemput tahu :)

      Delete
  8. dpt wanita solehah ni klu hantaran 20k pon kira berbaloilah

    ReplyDelete
  9. moga dapat dijadikan panduan untuk kaum hawa.

    ReplyDelete
  10. 1. nak cari y nama SOLEHAH. so dah kompom wanita solehah..huhuhuh:P
    2. hmmm...lelaki lak camne? kuikuikui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. kalau dapat cari sedara :P
      2. betul nak? nanti aku post

      Delete
  11. Gua adalah seorang wanita solehah.
    Ramai dah orang kata.
    Tapi gua buat rilek je.

    ReplyDelete
  12. sy cari yg ada ciri Fatimah Az Zahra.

    ReplyDelete
  13. onie pon tatau onie solehah ke tak....susah nak nilai diri sendiri,biar orang je nilai,hehe

    ReplyDelete
  14. adik perempuan bongsu saya ada sikit2 ciri-ciri di atas walaupun di tak bertudung labuh.4,5 tahun hidup di tengah ibu kota pun dia tak berubah

    ReplyDelete
  15. fuiyooh!! lama tak tengok blog ko. bukak2 ada post cam gini. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  16. hehe singgah cri update baru..amin moga dpt

    ReplyDelete
  17. ni macam petanda nak kawen je ni

    ReplyDelete
  18. weh..ada ke pmpuan yg tak emo?huhu~

    ReplyDelete