Dah lama sebenarnya nak taip tajuk seperti diberikan atas permintaan seorang hamba di pages. boleh tahan juga tahap pemikiran aku macam simpan external 3GB. ini sebahagian dari buah fikiran aku sebagai wanita dan want-to-be la untuk menjadi solehah *kalau tersedak membaca, muntahlah
Banyak juga nak diklasifikasikan sebagai wanita solehah. beliau seorang yang baik, sopan, anggun, ayu dan tidak ganas *merujuk kepada aku. kepada sang suami. ini mungkin gelaran hanya lepas kahwin sahaja. aku tahu, ramai jejakas, terunas memang mengimpikan wanita ini.
Tak kisah la dulu masa muda beliau tak solehah bila dah kahwin menjadi solehah serba serbi. masa muda juga dah solehah bila dah kahwin pun menjadi solehah juga. untung juga dapat yang solehah gini. sejuk hidung kau kembang kempis. Ciri ciri yang aku nampak memang banyak.
1. Taat pada yang Esa
Yang pertama of course lah taat pada yang satu. bukan satu malaysia yang kau bangga banggakan tu. yang ni aku malas nak rungkai sebab masing masing sudah tau kewajipan terhadap yang paling wajib.
2. Mengikut kata ayah mak, pa ma, umi abi
Sebagaimana dalam islam, setiap anak wajib taat kepada ibu bapa yang melahirkan beliau sehinggalah beliau disahkan kahwin dengan suami. dengan suami lain ye. tak kira dimana anda berada kalau ayah mak kata A, maka A lah. kalau anda tidak setuju, buatlah perbincangan dua hala antara mak dan ayah kau.
3. Berbaik dengan semua orang (pakcik cleaner, makcik gad, tukang kebun dipejabat etc)
Bila kau lihat wanita seperti ini, insyaAllah solehah lah beliau. tak kira pangkat, darjat, gelaran beliau sangat baik. sampai bila waktu makan lunch pun beliau pelawa untuk makan bersama. jenis baik tu banyak pulak. kang bila aku merungkap merungkai sampai dua entri aku post nanti.
4. Kurang marah dan tidak emo
Ya, bila dilabelkan begini mesti korang akan cakap, *terutama lelaki 'perempuan kan emo. kalau tak emo bukan perempuan letteww'. aku selalu jugak tengok dipost post fb mendengar luahan sebegini. maaf, gua tak guna tuwitt. anda silap kawan. biasalah, mereka perlukan perhatian lebih sikit. perempuan kan? aku pun perempuan juga tapi nak emo sangat tu aku kurang. *eceh, bajet cool lak kau. puihh. jangan risau, makhluk ni bukannya asik marah bertahun tahun. bila kau curah air konpem lembut cepat. percayalah.
5. Tahu mengemas, membasuh, memasak dan mem mem yang ada
Bila dah dikaitkan dengan perempuan, mesti kene tahu semua bende. alah, kalau bab masak tu campak campak pun jadi makanan gak. tak penah pulak aku dengar kalau tak reti masak bila tengah belajar masak, masakan tu bertukar jadi lain ke. paling cikai pun hangus sikit. itu aku tak tahu lah kalau sumur hidup tak penah pegang senduk. memang nak kene lastik.
6. Kahwin dengan wanita yang diidamkan
hahh. tunggu apa lagi. tak kan yang ni pun nak aku nak jelaskan. kalau dah jumpa tak payah nak tunang bagai. pergi nikah je terus.
WR : aku pun tak tahu jenis aku solehah ke dak
suka pix yg bwh tu..
ReplyDelete:)
Deleteterima kaseh cikgu solehah..hehe..
ReplyDeletehaha. insyaAllah. sama sama ana
Deletemoga jadi yg solehah hendaknya =D
ReplyDeleteinsyaAllah. kau pun sama :)
Deletewadhihah paling solehah
ReplyDeletesamad paling soleh
Deletemohon carikan saya jodoh macam ciri2 tersebut..
ReplyDeletenak tambah lagi satu ke?
Deleteapa salahnya..adakah admin berminat?hahaha..
DeletemasyaAllah ustaz. mohon istighfar
Deleteimpikan untuk jadi pompuan solehah satu impian yang sangat bagus dan cantik.
ReplyDeletekau, boleh jer jadi solehah.
bakal kearah tu antu. kau lagi boleh kan
Deletebagus jugak, tapi kalau aku yang impikan untuk jadi pompuan solehah...errr, lain pulak jadinya...kahkah
Deleteterbalik dunia lang. jangan, nanti amal nak letak mana
Deleteterima kasih ustazah!!
ReplyDeletesama sama engineer
Deletesaye nak semua ciri2 diatas..walaupun saye boleh di katakan tak la baik tapi impian lelaki nak wanita seperti diatas...hehehehehehe....
ReplyDeletetakpe, insyaAllah awak akan dapat. wei, mana pegi? dah lama tak nampak kat blog
Deleteade je Ustazah :)
Deletehahah semua penting la.hehehe kene buat check list ni
ReplyDeletehee. buat je edy. moga dapat
Deletehmmmm.....
ReplyDeleteini aku nak print.boleh eh
boleh je. nanti dah dapat jemput tahu :)
Deletealhamdulillah wdisssss
ReplyDeletewdiss cekedisss?
Deletedpt wanita solehah ni klu hantaran 20k pon kira berbaloilah
ReplyDeletekan? moga kau dapat redza
Deletemoga dapat dijadikan panduan untuk kaum hawa.
ReplyDeleteinsyaAllah
Delete1. nak cari y nama SOLEHAH. so dah kompom wanita solehah..huhuhuh:P
ReplyDelete2. hmmm...lelaki lak camne? kuikuikui...
1. kalau dapat cari sedara :P
Delete2. betul nak? nanti aku post
Gua adalah seorang wanita solehah.
ReplyDeleteRamai dah orang kata.
Tapi gua buat rilek je.
hang nak awen dah ka wadi?
ReplyDeletesy cari yg ada ciri Fatimah Az Zahra.
ReplyDeleteaku pon xtau spe aku..huhu
ReplyDeleteonie pon tatau onie solehah ke tak....susah nak nilai diri sendiri,biar orang je nilai,hehe
ReplyDeleteadik perempuan bongsu saya ada sikit2 ciri-ciri di atas walaupun di tak bertudung labuh.4,5 tahun hidup di tengah ibu kota pun dia tak berubah
ReplyDeletefuiyooh!! lama tak tengok blog ko. bukak2 ada post cam gini. alhamdulillah..
ReplyDeletehehe singgah cri update baru..amin moga dpt
ReplyDeleteni macam petanda nak kawen je ni
ReplyDeleteweh..ada ke pmpuan yg tak emo?huhu~
ReplyDelete