Hai, bertemu kembali dalam entri baru. ouh, aku semakin rajin sangat. malam pulak tu + sejuk pulak. sekarang musim hujan, panas hujan, panas. xpela, Allah dah turunkan kira sangat bersyukur. aku nak taip panjang-panjang macam tak larat sangat la sebab tengah taip ingos meleleh. anda semua penah rasa kan? ya, sangat rasa dan aku tengah menjiwainya sekarang. sangat sakit macam nak tercabot idong aku dan sebab itu entri kali ni tentang SABAR.
Anda semua penah rasa ape itu sabar? sabar ade macam-macam jenis. nanti aku divide ade berape ye. sekarang ni aku nak bagi tau musuh-musuh sabar. haaa kau tengok, sabar pon ade musuh tau tak. bukan manusia je ade.
MUSUH SABAR
Tergesa-tergesa
- Allah berfirman yang bermaksud : " Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa " (Surah Al-Anbia' 21:37). Sekiranya apa yang dihajati lambat ditunaikan, maka lesaplah kesabarannya. Itulah tabiat semulajadi manusia. Selalu ingin memetik buah sebelum masak dan tanpa bersungguh-sungguh menanam pokok buah tersebut.
Putus Asa
- Allah berfirman bermaksud : " Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat Allah melainkan golongan yang kafir " (Surah Yusuf 12:87)
Marah
- Islam tidak pernah menyuruh umatnya membasmi sifat marah secara tuntas. Marah masih diperlukan pada saat-saat tertentu seperti ketika ISLAM dihina dan dipijak-pijak. Hakikatnya kini, manusia sebaliknya marah tidak bertempat. Mereka hanya marah apabila kepentingan diri tergugat, bukan apabila kepentingan agama digugat.
Aku taip ni sebab nak peringatkan diri aku tentang sabar dalam diri dan kerana ingos aku melelelelelelehhhh dari petang tadi sehingga sekarang serta bersin dengan penuh keSABARAN. semoga ingos aku baik seperti sediakala. AMINNN :)
p/s : nak baca full dalam SOLUSI edisi no.31
No comments:
Post a Comment