16 December 2014

Tunang, Nikah, dan Kenduri paling termurah di abad 2014

AMARAN : ORANG KAYA NAK ARWAH DILARANG KERAS MEMBACA ENTRI INI




Assalamualaikum whb. Salam sejahtera kepada pembaca tegar blog wadiaseekure yang lembab update. Biasalah, dah kahwin ni nak update kemana, nak taip kemana. Tuit dengan mencekik je lebih. Bawak perut lagi. Badan dah gemuk ni salah satu penyebab kemalasan aku nak menaip. Kalau pakai phone, laju je nak tet tet.

Tujuan aku update ni pun sebab nak share perbelanjaan masa aku tunang, nikah dan kenduri. Yang ni belah aku lah. Sebab zaman sekarang, asal nak kahwin je susah lah, mahal lah. Sebenarnya tak susah pun melainkan engko yang menggedik gedik nak susahkan. Selalunya, belah perempuan ni yang agak leceh sekali. Aku pun tak tahu kenapa. Bila aku tengok kawan kawan aku punya, memang leceh pun. Nak buat dulang, nak cari reben, nak hias hias. Perghh, gila lah. Semata kau nak kahwin dalam masa 3 hari tapi preparation dia berbulan. Engko rasa membazir ke tak? Tampar muka, tanyalah diri sendiri.


TUNANG

Aku dulu memang dah kenal lama dengan laki aku ni. Kawan kami yang kenalkan. Sebab dah lama berkawan jadi kena lah ada ending dia ye dak? Manada perempuan yang nak couple je sampai mati. Mana? Kalau ada, engko potong sekarang jari aku ni. Aku pun macam tak percaya yang aku bakal menjadi tunangan orang (waktu tu) sebab selalunya akulah yang paling rajin pergi rumah kahwin kawan, kawan tunang aku pergi, senior kahwin pun aku sebat jugak. Memang muka aku ni top 5 lah asik muka aku jeeee yang datang. Kahkah. Tup tup tup eh, aku nak tunang lah. So aku cakap lah dekat orang tua yang ada orang nak datang minang. boleh ke? mula mula laki aku datang sorang dulu. lepas tu barulah dia bawak orang tua dia datang.

Aku tunang masa bulan Januari tapi tak ingat berapa haribulan. Ikat selama 2 bulan lebih je sebab bulan 3 dah kenduri. Rupanya (dah kahwin ni) aku baru tau dia cerita, yang dia nak datang tunang tu orang tua dia tak tau pun. Masa tu lepas zohor, orang tua dia tengah lepak lepak, tiba tiba je dia kata,

" Mak, jom pergi rumah Wadi. Nak tunang. "

Apalagi kalau orang tua punya terkejut macam mana. Yelah, mesti dia ingat eh eh budak ni ingat tunang tu main macam anak patung ke. Kahkahkah. Sebab aku dah cakap before Asar kenelah ada. Tapi mak ayah aku tahulah dorang nak datang. Yang datang pun, mak abah dengan adik dia je. Sedara, piut, cicit segala tak datang. Nampak senangnya dekat mana? Laki bawak cincin je dalam kotak baldu merah pastu mak dia sarung. Lepas tu, makan makan. Dah habis. Kalau tak melibatkan sepupu sedara bagai benda ni tak kan jadi leceh melainkan sepupu sedara korang jenis tak gelabah nak sibuk kau yang kahwin tapi dia punya gelabah macam dorang yang nak kahwin.

Oh ye, korang nampak laki aku bawak cincin je kan. Aah, memang ya. Dulang hantaran mengarut tu semua takde. Aku ulang takde. Hanya cincin seketul semata. Sebab aku fikir balik, alahh barang barang tu lepas kahwin pun engko boleh beli sendiri. Ni sebab nak cantik, hias hias je buat apa? Nak suruh orang puji? baik beli dengan laki mintak je mana yang mampu dah dapat pun. entah entah lagi mahal lagi dari barang hantaran. Dan masa aku tunang, sikit pun aku tak hebahkan ke media sosial. Kecuali yang rapat rapat dengan aku. Sape yang tahu dia tahulah (buat hashtag). Habis bab tunang.



NIKAH DAN KENDURI

Ok masuk pula bab nak nikah. Before tu, aku buat la sikit amende aku nak pakai masa nikah nanti. Aku takde tema. Yang tau nak simple je tapi nampak sweet. Sebab muka aku pun comel. Hahahaha. Pui. Aku rembat baju nikah mak aku, DIY je. Muat so nice lah omputeh kata. Kasut nikah aku pakai kasut zaman konvo tahun lepas. Veil aku tempah dekat kawan sekolah rendah jadi dapat lah murah sikit. Veil nikah dengan veil kenduri. Harga RM150. Bunga tangan pulak aku tempah dekat senior (kakak angkat masa sekolah menengah). Satu bayar satu dapat free. Memang rezeki aku lah orang kata. Boleh tengok dekat sini dan sini. Haa tu semua aku punyalah tu. Engkorang kene tempah tau kalau nak. Tak boleh free. Aku sorang je dapat. Mekap pulak, aku pinjam dekat bini kawan laki aku tu sebab dulu dia tukang mekap. Tapi sekarang dah pencen. Yang mekapkan kawan baik aku masa sekolah menengah gak. Hire dia je senang dan semestinya FOC lah. Dan laki aku dah pesan, mekap natural. Taknak nanti masa nikah dengan kenduri muka macam hantu kak limah. Terbarai aku gelak.

Kasut laki aku pulak beli dekat Mydin Shah Alam Seksyen bape entah, Yang sebelah ole ole tu. Samping nikah laki aku satu je. Pakai masa nikah dan kenduri. Kaler putih nak ke gold. Baju kenduri aku beli siap. Pakai Jubah harga dia bawah RM200 je. Baju laki je susah nak cari sebab aku tak beli sama dengan dia. Mengagau cari. Last last beli kain hantar dekat tailor buat baju melayu je senang. Masa nikah pun baju melayu, masa kenduri pun baju melayu. Senang dan boleh pakai masa raya pun. Jimat bukan? Tengkolok apa semua memang takde. Pakai songkok je.

Senang cerita, pasal persiapan nak jadi pengantin perempuan ni aku keluar tak sampai 1k pun. Gila punya jimat lah. Aku pun tak percaya sebenarnya bila dah kira kira. Laki pun sama.

Masa nak tunggu hari bahagia diatas pelamin (takde pelamin pun sebenarnya) tersergam indah tu, adalah sikit buat persiapan. Macam aku, time nikah duit mahar yang RM300 (setiap negeri lain lain jumlah) tu dengan gelang seutas. Dah habis. Tak payah pening pening nak tukar dulang bagai.
Mak aku dah tetapkan RM5000 tiap sorang. Sebab buat sekali dengan adik aku. Senang. Laki aku RM5000, laki adik aku RM5000. Total RM10000. Ada lagi tak tahun ni 2014 ni yang kenduri dia hanya 5k je? Ada? Sebab entri sebelum ni memang pernah ada aku cakap dan terlaksana pun. Engko geledah la entri lama aku. Jimat lagi buat dua orang sekaligus. Sebab mak aku kata, kesian tengok orang nak kahwin tapi nak melabur tu banyak. Nanti lepas kahwin nak kene guna banyak lagi duit. Ha nampak? Betapa concernnya aku dapat mak macam ni. Terima kasih kepada Tuhan kerana tanpa dia takdela wujud seorang Wadi dimuka bumi ini.

Bagi catering pulak, engko amik la pakej yang biasa je. ikut bajet lah. Aku buat ikut bajet yang 10k tulah. Aku punya catering pun google kat internet dan akhirnya jumpa pun dekat sini. Nikah dengan kenduri buat dekat masjid. Senang. Rumah tak sepah, barang takde kemas banyak. Masjid je yang setel semua. Aku takde pelamin, buat makan beradab je. Lagi lah simple tahap tak tercapai akalmu. Doorgift aku ikut cakap mak aku bagi tetamu makanan. Doorgift aku kuih bahulu sedap gila. Tak caya tanya dorang yang datang. Kahkah. Tu pun tempah gak kat sini. Malas aku nak sibuk sibuk buat itu ini.

Ohh ada lagi. Yang ni aku tambah sebab saje la nak happykan tetamu. Sebab aku takde pelamin jadi aku buat satu tempat untuk orang bergambar kenang kenangan. Pun dapat murah jugak. Ya Allah memang tuhan nak tolong agaknya. Aku buat photobooth dekat sini. Cantik sangat dan simple. Memang kene dengan kenduri aku. Aku kenal akak ni dah lama cuma nak guna perkhidmatan dia je tak lagi. Pastu aku nak kahwin tu aku try and dia bagi murah ikut bajet aku. Semoga MrKanvas terus berjaya sampai bila bila.



Hmm apa lagi yang tertinggal? Rasa dah takde kot. Nasihat aku sape yang kahwin engko buat simple simple je. Lagi simple lagi senang. Tak pening, tak serabut. Yang nak kahwinnya engko, bukan sedara mara, bukan atok nenek, bukan kawan kawan engko. Lagi satu, jangan pinjam duit semata nak lunaskan impian korang kahwin ni.

Sebelum aku tamatkan, aku tinggalkan kata hikmat :

'Biar bajet murah, janji takde hutang, lepas kahwin pun senang'





Nah. Aku belanja gambar dua ketul.

29 comments:

  1. omaigosh omaigosh omaigosh, adore your story sis. tak sabarnya nak kahwin macam awak!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkah. Eva ni karang. Jemput aku woi

      Delete
  2. kak wadi !!!!! thanks for sharing...sangat membantu kita yang nak kawen nie...muah ciked !!!

    ReplyDelete
  3. wah...kenduri tak ajak..huhuhuhu...

    anyway...tahniah banyak2....

    hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry beb. Terlupa gila nak buat jemputan entri dekat blog. Kakaka. Terima kasih.

      Delete
  4. ehhh ada kot yg kawen lagi murah... yang kawen lari tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkah. Aah kan. Paling win dah tu bang ewan

      Delete
  5. Wahhh.. baguslah wadi. Simple tapi banyak maknanya. Alhamdulillah. Cara camnilah yang kita mahu. So update lagi please. Lepas ni cerita pasal anak2 pula. Hehe. =)

    p/s: semalam akak kemas barang, sekali jumpa pulak kad raya + duit raya yang wadi bagi tu. Sampai sekarang, elok lagi duitnya. >__<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak rindu lettew jumpa kad raya saya tu lagi. Dah lama tak dengar kabo akak. Fb ada lagi tak?

      Delete
  6. part nikah n tunang tu.. gila simple..haha then, part kenduri tu.. mesti banyak habis gak kan.. dasyat ahh.. sekarang orang semua berlawan-lawan nak majlis grand..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Ni biasa je ni. Betoi, entah apa nak ditunjuknya. Mungkin depa kaya kot.

      Delete
  7. Salam wadi.

    beb, tahniah beb, barakallahu feeq.

    simple beb...cantik beb..

    hehehe :v

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam whb. Terima kasih nana. Ni biasa je. Hihi

      Delete
  8. Assalamualaikum
    Kau buat kenduri kat masjid mana
    Ter inspired nak buat simple cam kau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam whb. Dekat masjid al-hasanah bandar baru bangi. Cuba cuba dan rasai sendiri 😊

      Delete
  9. murah dan berpatutan gitewww. yang penting no hutang ye dokkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betoi kak jan. ikut bajet memasing.

      Delete
  10. sgt adore cara akak...at least nampak lah jugak bayang2 tu nak buat camne. haha..tak sangka ada lg org buat kenduri kawen simple macam akak. thanks atas perkongsian, ilham buat saya.

    ReplyDelete
  11. terima kasih wadi. boleh pakai jugak idea wadi ni.

    ReplyDelete
  12. Wahh.. suka bca story akk nie.. sy pun nk wat wedding yg simple2 je..

    ReplyDelete
  13. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  14. Huhuhu baru kenal ja ni. Lagi 3 bulan dah nak kawin. Tunang pd hari yg sama akad nikah in shaa Allah di masjid juga. Biar berpada belanja asal rmh tgga bahagia ye dok hahaha tq shared

    ReplyDelete
  15. Thanks kak wadi,, nak carii plan ringkas² je nak bertunang,, bulan 11.. And. Bulan 2 thun dpan nak nikah.. Harp blh laa family semua trme

    ReplyDelete
  16. Thanks kak wadi,, nak carii plan ringkas² je nak bertunang,, bulan 11.. And. Bulan 2 thun dpan nak nikah.. Harp blh laa family semua trme

    ReplyDelete
  17. Salam perkenalan...

    PERKHIDMATAN MAKEUP BAJET.
    AREA SENTUL DAN SEKITAR KUALA LUMPUR.

    CALL 018-3636986.
    IG: pinkbeauty769

    ReplyDelete