31 January 2013

GG #2

Hai. berjabun sungguh aku nak update. dah start kerja ni kemain sibuk. idea kalau tak datang, nak update pun tak kan menjadi. ini bagi aku lah. itu hari aku dapat kerja disekolah rendah. bekas sekolah aku dulu. 10 tahun jugalah. ada segilintir cikgu cikgu yang lama dan masih ingat pada aku.

Dan ini pertama kali aku mengajar sekolah bawah kpm. agak kekok. yelah, aku ni kelulusan mana je pun. rasa macam tak layak pulak walaupun guru ganti. dan kekok jugalah sebab mengajar satu sekolah dengan mak sekali. tapi mak ajar buta. aku ajar normal.

Dalam jadual aku punyalah banyak kelas kene masuk. aku dah start pening. itu hari, hari selasa aku masuk kelas 3K. ajar arab bab kedua. roti dalam bahasa arab khubzun. style aku ngajar adalah, bila masuk kelas otomatik aku terus tanya pelajaran lepas. tengok budak ni ingat ke tidak.

Hari khamis, aku masuk kelas 2K pun ajar bahasa arab. aku pun dengan berlagak terus soal.

" okey, roti dalam arab apa dia? "

budak terpinga-pinga lagi.

" apa dia roti? saya dah suruh awak baca kan dekat rumah. "

diam lagi. aku dah start istighfar.

" kelassss, apa dia roti dalam arab? "

" ermmm, ustazah, kitaorang mana belajar lagi la. "

" tak belajar apa, kan saya dah ajar haritu. bukak buku teks awak sekarang "

" ustazah, mana ada roti pun kat buku ni. ustazah ajar kelas mana? "

bulu tengkok aku dah naik tegang dan terus pegi tengok buku.

" YA RABBANA. YA RABBANA. tu bab darjah tiga rupanya patut awak sume tak tahu. NAPE TAK CAKAP! "



Denggg! pagi pagi ustazah wadi mabok laut. itu kan kelas 2K wadi yang engko ajar subjek darjah 3 tu apa pasal.

23 January 2013

Maulidur Rasul 1434


Saya tak penah jumpa.
Tapi,
Saya dapat rasa dia tetap ada.




Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah "


17 January 2013

Guru Ganti

Kelas 2D

" Wei wei, ada cikgu baru la. cepat masuk! cepat masuk! "

" Assalamualaikum cikgu "
" Waalaikumussalam w.h.b. ok, baca doa "

" Bismillahirrahmanirrahim. Allahumaftah a'alaina....... "

" Duduk semua. harini cikgu tak dapat mengajar. demam sekolah ni. awak semua buat kerja masing masing. cikgu taknak dengar suara pun. nanti kepala cikgu tercabut "

" Nanti memang tercabut ke cikgu? " kata adam dengan penuh seribu persoalan.












WR : demam lagi la woi. mungkin ajar subjek arab buat kepala tercabut letteww

14 January 2013

Diam, diam, diam, diam!











WR : patut lah dulu GB tak sebulu dengan aku.

09 January 2013

Cuti #2

Tiup tiup blog. *fuhh fuhh. lama betol tak menjengah laman sosial lagi satu ni. benanya aku bukak jugak tapi asal bukak je idea kelaut. kenapa entah. jenuh jugak fikir idea. tak datang datang. salah satu faktor sebab sakit gigi aku ni datang balik tak tahu nak kabor dia macam mana. dah seminggu lebih menahan sakit gigi bongsu. bengkak jugalah gusi. nak makan pesen baby. pelan pelan.

Berbalik tajuk asal. aku nak habiskan entri cuti aku yang setahun lepas. kemain lama nak taip.

  1. Masa dalam feri, aku teruja juga sebab econ satu hal. satu lagi bila time feri langgar ombak, dia punya beralun tu bikin aku kecut perut jugak. dalam kepala otak asik fikir macam filem titanic tu je. mengucap mengucap.
  2. Pehhh, sumpah dah tak nak pegi time cuti sekolah sekali dengan cuti krismas. punya la ramai orang. bukan punya dah. punya ramai gila orang. patut lah aku tunggu feri berejam rejam. feri tu ulang alik ulang alik angkut orang. ini lain kali beli kapal selam je senang nak angkut semua dalam satu satu masa.
  3. Hotel semua dah kene book. nasib leader rombongan kami tu dah cop awal awal. kami punya chalet tengah tengah pekan kuah. tak hulu sangat, tak sesak sangat. satu bilik 4 orang. tapi satu aku tak suka, bilik ni lengkap semua cuma tempat nak solat tu serius takda langsung. kecik sangat. tak kan nak solat atas katil. gilaaa. nak solat kene di ruang tamu. tapi, masalahnya satu rumah tu kan ada juga pakcik makcik lain duduk. nanti ada nak lepak kat ruang tamu, tengok tv (tv beso) ke apa, nak iron tak kan nak solat kat tengah tengah tu. nanti macam menunjuk pulak. aduhh. tak selesa langsung. aku amik jalan penyelesaian, solat kat ruang tengah jalan kaki asalkan bersih. solat sambil di guide oleh adik kawan aku ni. lantak, janji solat.
  4. Hari ahad, kami diberi satu hari untuk berjalan sakan secara sendiri. nasib dapat kancil harga RM70. itupun last kereta sewa. yang semua full dah kene rembat. ada jugak viva harga RM100. dari amik viva baik amik kancil. ngam ngam je. nak parking pun senang. kami isi minyak RM5 je. ha kau jalan dari pagi sampai petang. jimat bukan? 
  5. Aku tak tahu kenapa asal pelancong pelancong yang datang sini, bukan orang luar negara mesti dicas harga mahal nak mati bila nak makan? yaa, dan itu nanti kita bincangkan di kelas minggu hadapan.

pinjam ye ye








WR : haritu lima ni dah lima lagi. kang sambung lagi lima. lempang lempang wadi. pesen tak tetap betei. 
WR ii : esok aku ada interview woi. doakan tau, tau.
WR iii : buat hana ahmad, nanti aku akan update review. lu tunggu kak, lu tunggu. kakaka

01 January 2013

2013

Aku tak tahu nak taip apa. semalam ingat nak taip tapi tak sempat. apa apa pun semoga tahun ni aku bergerak dengan lebih matang dan comel. ha muntah la apa lagi. semalam pertama kali sambut countdown di dataran kemerdekaan shah alam. seronok jugalah dengar ceramah UAI.

Apa apa pun, SELAMAT TAHUN BARU masihi kepada pembaca setia wadi kurede.









WR : engkorang ada azam ke?