04 September 2013

Entah lah

Sebenarnya satu je aku nak pesan, kepada mak ayah, bakal mak ayah, dah lama jadi mak ayah jangan lah terlalu manjakan anak anda. kes aku ni dah terjadi bila anak manja sangat sangat. dah 2 kali kejadian tapi aku masih sabar diri. aku kira beruntung sebab di sekolah aku tergolong dari kalangan orang elit dan mak ayah bijak pandai dan kaya raya. 95% mak ayah very educated omputih kabor. 

Masa time hari ambil report card tu, parents ramai yang datang. cuba beramah mesra dan bertanyakan hal-ehwal anak anak. dan 95% juga parents letak amanah ke aku untuk jaga anak anak depa seramai 32 orang tu. 

Aku bersyukur juga dapat parents gini tapi mintak tolong jangan seratus peratus letak kat bahu guru. tak terdaya aku. bila semua kata, 

" yeke ustazah? anak saya macam tu dalam kelas? takpe, ustazah buat buat lah apa apa pun bagi dia sedar " 
" hmm. macam ni lah ustazah. ustazah tolong lah nasihat anak saya tu. nasihat saya tak nak dengar. bila dgn ustazah dia takut sikit. dengar cakap haritu "
" ustazah rotan lah anak saya kalau dia nakal dalam kelas. biarlah asalkan jangan patah riuk sudah. "
" ustazah bla bla bla. tula kat rumah tu degil bla blaa bla la "

Engko nampak tak betapa berat bahu memikul. apetah lagi berat mata aku nak baca balik skrip ni. Jenis aku memang jarang nak membebel. marah apetah lagi. memang tak reti nak buat muka marah. macam badut. pukul pun baru sekali setakat ni. itu pun dekat tengan sebab jenis tak makan saman punya. 

Kes pagi tadi si Iman, anak manja sangat. ada abang dan adik cuma jarak dia dengan adik beradik jauh. sebab manja dia jadi keras kepala, mengamok macam orang gila. bila dia marah, dengan aku aku sekali kene. padahal memang salah dia. dah 2 hari periksa berjalan, 2 hari jugalah kertas kertas exam tak buat. rupanya tidur masa periksa mula sampai habis. masa hari pertama tu aku bagi peluang siapkan dulu. hari kedua pun sama. 

Aku masih sabar dan aku kata,

" Imann, bangun. siap kan dulu. dah siap awak nak tidur, tidur lah ". 

Bila ada budak datang ngadu kata iman tidur lagi, dan masa menjawab dah habis aku pun suruh kutip dan aku cakap,

" Sukahati awak lah iman. nak tidur ke apa. suka hatilah " 

Tiba tiba terus dia tendang meja. gedegangggg. engkorang boleh bayangkan apa perasaan aku masa tu? terus tangan aku menggigil. mata aku dah start bertakung. tapi aku tahan. tak nak bagi jatuh. aku cakap dengan suara keras,

" Dah 2 kali awak buat perangai. awak ingat saya ni kakak awak?? " 

Lepas tu, aku kemas kemas barang barang aku dan terus blah dari kelas. si Iman terus menangis kuat kuat. masuk bilik guru aku cool tapi tangan dah pakinson serupa apa aku rasa. sejuk apetah lagi. mata aku tak payah cakap. aku gagah diri nak tahan. lepas tu aku mesej guna fon mintak tolong kawan suruh Iman balik takut dia tertinggal van. Aku tak boleh nak bercakap sebab takut jatuh air mata aku. 

Kali pertama kejadian, mak dia datang mintak maaf ke aku sebab perangai anak dia. itu pun aku nak menitik jugak. mak dia sendiri kata Iman ni terlebih manja sebab tu jadi macam ni. Ayah dia datang sekolah pun kata, tak paham dengan apa yang dia nak. macam mana? aku sedih sebab cara mendidik anak tu kurang tepat. main game sampai 2-3 pagi. last last mengantuk datang sekolah. mungkin parent tak tegur ataupun dah tegur tapi perangai masih di tahap macam tu. tiada penegasan. cuba kalau peperiksaan besar macam UPSR, PSRA misalnya dia buat macam tu macam mana? tak dapat jawab mengamok. padahal salah sendiri. itu baru darjah 3 beb, darjah 3. bila dah besar esok? 

Tambah yang terbaru rujuk gambar di bawah siap ada bentuk hukuman lagi apa yang tak boleh. so, siapa yang patut tubuhkan sekolah sebenarnya? 





WR : Lama jugak aku mengelamun tadi. entah lah. 

23 comments:

  1. serabut gak sume tak boleh, bunuh je ar!

    ReplyDelete
  2. patutlah aku xde rezeki jadi cikgu, level sabor aku tak sama dgn level sabor kau. tabik spring!!

    ReplyDelete
  3. hmmmmmm,anak sekarang tak macam anak dulu...sedihkan aku baca pasal iman tu,hmmmmm...sabarlah eh ustazah wadi eh..

    ReplyDelete
  4. dahtu, pasai pa dulu aku kena semua tu..lebih berat dari dalam gambar tu pon cikgu tibai aku ko tau..ruginye aku tak report tv3suku..hahaha..

    entahlahh

    ReplyDelete
  5. kalau semua tak boleh hukum, suruh budak tu berenti sekolah

    ReplyDelete
  6. Tu yang akak risau tu wadi..

    Nanti akak terlebih manja kan anak akak nan seorang tu.. tak pasal pasal jadi spoil la pula..

    Setakat ni kalau di suruh pergi tidur jam 10 malam dia memang menurut kata la. Tapi tu umur 5 tahun..

    Tak tahu la nanti umur 15 tahun..

    Hurm...


    Sabar ya wadi..
    Moga2 ada jln utk wadi jinak kan budak tu

    ReplyDelete
  7. cuba bagi ke aku wadi budak tu...

    ehehehe...

    sabar eh wadi...kerja murni macam ni mmg cabaran gila babas...kuatkn semangat ko..

    ReplyDelete
  8. anda memang insan yang tabah. Cabaran masa kini~

    ReplyDelete
  9. Haih.. aku baca hukuman tu pun rasa macam..
    entahlah.. memang yang buat ni dah tak nak bebudak sekarang jadi 'orang' kut.

    kesianlah dekat Iman. didikan emak ayah di rumah tu sangat penting. hurmm.. cuba kau slow talk dengan Iman. tanya apa masalah dia.. mana tahu terbuka juga rahsia dia kenapa tak nak jawab Exam..

    ReplyDelete
  10. susah jugak jadi cikgu rupanya. hurm sabar lah wadi. lepas tu aku tengok larangan hukuman tu mcm tak berapa nak logik. takkan la cubit ketuk ketampi pon x boleh?

    ReplyDelete
  11. wadi aku nak pinjam gambor tu buat entry kat blog tau!

    ReplyDelete
  12. belum terlambat lagi untuk dilentur...


    hurm.... saya amik iktibar kisah ni dlm mendidik aina nnt :-)

    ReplyDelete
  13. aku buatkan kau pil-jadi-hulk. nak tak?

    ReplyDelete
  14. kita semua ada support wadi. go wadi. i love you muaahhhh <3

    ReplyDelete
  15. bla...bla...bla

    jangan lupa beli novel eksperimental ya chegu bayam! hihi

    http://talixbarut.blogspot.com/2013/09/iklan-novel-eksperimental.html

    ReplyDelete
  16. sememangnya pendidik inilah orang yang paling aku hormat dan kagumi. bertabahlah Wadi :)

    ReplyDelete
  17. peh wadi...kau emosional dgn budak kecik?

    ReplyDelete
  18. Komen out off topic jap:

    skang tengok siapa yang sombong? ;P
    Update le weh. Cuti den nak abes ni.
    hahaha..

    ReplyDelete
  19. kebijaksanaan kita adakalanya teruji dgn perkar yg sebegini..
    ada ketika, kene ramai jugak cikgu lelaki supaya seimbang.. baru boleh kurangkan masalah disiplin mcm ni..

    ReplyDelete
  20. Nagis ke? Meh aku tendang meja kau. Haha. Um rikeks ea wadi. Sian kau. Tapi, bukan nature aku nak manja2kan kau. Hihi. Detim jom.

    ReplyDelete
  21. Nagis ke? Meh aku tendang meja kau. Haha. Um rikeks ea wadi. Sian kau. Tapi, bukan nature aku nak manja2kan kau. Hihi. Detim jom.

    ReplyDelete