Hai. berjabun sungguh aku nak update. dah start kerja ni kemain sibuk. idea kalau tak datang, nak update pun tak kan menjadi. ini bagi aku lah. itu hari aku dapat kerja disekolah rendah. bekas sekolah aku dulu. 10 tahun jugalah. ada segilintir cikgu cikgu yang lama dan masih ingat pada aku.
Dan ini pertama kali aku mengajar sekolah bawah kpm. agak kekok. yelah, aku ni kelulusan mana je pun. rasa macam tak layak pulak walaupun guru ganti. dan kekok jugalah sebab mengajar satu sekolah dengan mak sekali. tapi mak ajar buta. aku ajar normal.
Dalam jadual aku punyalah banyak kelas kene masuk. aku dah start pening. itu hari, hari selasa aku masuk kelas 3K. ajar arab bab kedua. roti dalam bahasa arab khubzun. style aku ngajar adalah, bila masuk kelas otomatik aku terus tanya pelajaran lepas. tengok budak ni ingat ke tidak.
Hari khamis, aku masuk kelas 2K pun ajar bahasa arab. aku pun dengan berlagak terus soal.
" okey, roti dalam arab apa dia? "
budak terpinga-pinga lagi.
" apa dia roti? saya dah suruh awak baca kan dekat rumah. "
diam lagi. aku dah start istighfar.
" kelassss, apa dia roti dalam arab? "
" ermmm, ustazah, kitaorang mana belajar lagi la. "
" tak belajar apa, kan saya dah ajar haritu. bukak buku teks awak sekarang "
" ustazah, mana ada roti pun kat buku ni. ustazah ajar kelas mana? "
bulu tengkok aku dah naik tegang dan terus pegi tengok buku.
" YA RABBANA. YA RABBANA. tu bab darjah tiga rupanya patut awak sume tak tahu. NAPE TAK CAKAP! "
Denggg! pagi pagi ustazah wadi mabok laut. itu kan kelas 2K wadi yang engko ajar subjek darjah 3 tu apa pasal.
ustajah wadi ngantuk letew ! :P
ReplyDelete~kah kah kah~
ReplyDeletemengamuk la ni? huahahaha
ReplyDeleteadvance....cepat pandai budak2 tu nnt
ReplyDeleteahahaha! ;D ustazah..sebelom masuk kelas revise dlu ek..heheh
ReplyDeleteBehave Wadi, behave. Jangan memalukan diri depan budak-budak sekolah rendah. Haha.
ReplyDeletemasuk air la ko cikgu..hahaha
ReplyDeletehihihi, banyak pikir ni.. =D
ReplyDeletekelam
ReplyDeletehaha hamboi cikgu wadi salah bukak buku kehkehkeh..diri atas kerusi! haha sekolah mu sekolah ku jua! hehe
ReplyDeletekahkah nasib baik adik aku dah darjah 5 dan tak bersekolah di sekolahmu wadi, hehe *kidding*
ReplyDeleteoh, ni yg ko cite kt akak aritu kn? kahkahkah.. feeling di lain ble bace kt belog. khubzun!!
ReplyDeleteoh... cikgu Wadi ajar bahasa arab rupanya.. :)
ReplyDeletehaha..klu bdk form 2 ..mmg kna bantai gelak da kt lu..haha
ReplyDeletehihihi. otak fikir benda lain la tu =D
ReplyDelete