27 May 2012

Keje Part Time #2 - Gigit

Petang minggu lalu sangat indah. kalo lu orang nak tahu time gini lah sedak sedak tgk catdog sambil makan goreng pisang cicah cili. dia punye ohsem mengalahkan orang hisap cerut lu tahu.

Petang gini budak budak dah siap mandi, minum susu bagi baby dan tea time bak skiping omputih. selepas itu mereka buat aktibiti harian iaitu menonton cd boboiboy yang entah beribu riban kali ulang. budak budak mereka tahu apa. janji aku puas tengok.

Sedak leka tengok tiba tiba,

" uwaaaaaaaaaaaaa waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa waaaaaaaa!! " *nangis macam orang kene sampuk
" laa kenapa pulak tuu "
" ateel gigitt. waaaa waaa " *sambil pegang punai
" gigit kat mana? "
" kat sini igu. takit. takit "
" ya rabbi. hahaha. ateel ateel. takde tempat lain ke ko nak gigit haa" *urut urut punai si wafi sambil sapu minyak
" budak ni mentang mentang dah tumbuh gigi kejenye nak gigit jela "
" yela tadi dok manja manja dengan si wafi. ingat kan jelly agaknya. geram la tu lembik lembik. senjata dia apa lagi. gigit jela " *member aku kata








WR : bahaya tau main gigit ni. boleh kene kancing gigi. err, bukan pusat urut disini. wakakaka

23 May 2012

Baru

Assalamualaikum

Hah. baru datang nak serang. bikin menggelupur. aku dah tukar templet. saje nak buat anjakan paradigma. kira sekarang jiwa aku semakin halus. itu pasal tulisan macam segan nak terbit je. nanti aku update. mata jenis mengantok hari hari gini la dia. 






12 May 2012

Kerja Part Time #1

Assalamualaikum


Baru teringat yang aku ada blog. dah nak habis mei baru tergegeh gegeh update. jadah apa ni. lepas habis praktikal, aku terus memecut kerja part time di sekitar selangor juga. tapi diluar kawasan rumah. aku dah menamatkan zaman bujang belajar dan akan belajar lagi insyaAllah. lu orang semua doa doakan lah.

Seminggu lebih dah start kerja. macam biasa. hidup aku dikelilingi dengan budak budak. kali ni menjaga taska. playschool 1 until 3 years. walaupun bahagian aku 4 mahkluk perlu dijaga tapi pesen mencabar memang tak keruan. berkolam juga ketiak untuk memastikan budak budak ni dijaga. tak payah bersukan lagi dah bikin badan jadi masam.

Lincah, bertenaga dan bising. jenis dok uwa uwa uwa 12 jam aku pekak kan telinga je. mana taknye sorang dara dan 3 teruna. semua comel belaka. sebenarnya aku banyak sangat nak kongsikan pasal kanak kanak ni. cerita realiti. nantilah. lagi pun, kat sana tak ada internet free mahupun bergerak. dulu boleh lah aku mengehack wifi orang. la ni balasan gamaknya. alah, baru seminggu je pun. kecoh lu ni. terima kasih kepada member yang sudi meminjamkan berok untuk seketika.


jenis senyum manis macam gua











WR : nanti aku jengah blog lu orang