Assalamualaikum
Awal awal tahun dah kemainn tajuk entri ye dak? sebenarnya nak buat mase tahun lepas sebab bulan 12 kan ramai orang kahwin tapi apakan daya aku perlu menyiapkan kerja kerja yang sepatutnya dulu. nasib aku teringat entri poligami ni kalau tak dah terkubur dek telan jasad didalam blog.
Back to top, kau pernah tengok drama yang ade kene mengena pasal poligami? contoh yang aku sedang mengikuti adalah drama karma tivi 9 stat pukul 8.30. aku tahu kalau cerita cerita melayu pasal ni, konpem ramai yang tengok.
Bila isteri pertama yang sangat tidak setuju bila suami beliau kahwin lagi satu. yang muda pulak tu. ye, bini muda tu memang sangat baik tapi akibat hasutan ablasa sang isteri pertama menyebabkan sang suami tidak suka malah tak mahu memandang muka bini kedua beliau. nampak?
Aku tengok dan aku ulas sendiri mengenai unsur poligami ni kadang kala bukan sesuatu yang manis, malah pahit, masam dan hempedu juga ada.
Maksud poligami adalah dari sudut
bahasa :
ialah memiliki ramai isteri
Dari
syara' pula bermaksud :
lelaki yang beristeri empat lebih pada seorang sehingga empat dalam satu masa
Kita tengok hukum pula dalam islam di HARUSKAN dengan SYARAT dapat menjalankan KEADILAN dan MAMPU menjalankan tanggungjawab keluarga dengan SEMPURNA meliputi :
- Tempat tinggal
- Nafkah zahir dan batin
- Makan minum, pakaian
- Giliran bermalam
Dan Firman Allah Taala bermaksud :
" Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan perempuan (lain) dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (diantara isteri isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja "
(Surah Al-Nisa' 4:3)
Kau tengok. dalam Islam sendiri pon dah banyak terangkan kalau nak berpoligami mestilah ADIL MENYELURUH. aku bukanlah tak suka kalau laki berkahwin ramai tapi dah ready ke semua diatas? bagi aku, kalau kaya sahaja tak cukup untuk berpoligami. hati dan perasaan paling utama perlu diambil kira.
Kesian kat bini bini kau. jangan ada yang makan hati. nanti hari hari kurus macam aku.*tetibe lagipon poligami adalah untuk orang yang betol betol nak laksanakan. kalau kita tengok la zaman sekarang. aku rase 98% perempuan TAK MAHU berkongsi kasih. aku berani kerat rambut wa cakap lu.
Kalau kita tengok pakcik salleh yaakob tu memang paling lejen la kot buat masa sekarang. mungkin beliau mampu membahagikan serba serbi.
TAPII, kita tak tahu isteri isteri beliau macam mana. so, kita berdoa jelah supaya family pakcik salleh hidup bahagia aman selalu sampai akhirat.
Entri ni bukannlah nak menjatuhkan impian lelaki berkahwin empat malah jauh sekali tidak membenarkan, dengan syarat yang telah diberikan kalau kau nak berkahwin juga kahwinlah. tak ade sape nak larang melainkan kalau ada bini yang merajuk itu aku tak masok campur. kehkehkeh.
#Ohh ye. lagi satu maklong dan makcik aku adalah madu kepada paklong aku *abang mak aku dan sekarang tinggal bersama setelah paklong aku meninggal kalau tak silap 2005. masa tu aku form 4. dan bahagia hingga sekarang.
WR :
- kalau kat tempat aku? wuwuwu. tak tahu nak cakap.
- sekadar pandangan dan terima kasih kepada anon yg memberi semangat *yeke? untuk buat entri ni
- kalau ada salah tolong tunjukkan