10 January 2012

Praktikal

Assalamualaikum

Baru berkesempatan nak update blog. kesian tengok blog ni. banyak sawang. aku nak mintak maap sebab kemain busy sejak praktikal dari semalam. busy tak boleh blah macam GB aku tengok. banyak bende kene buat sepanjang 3 bulan aku praktikal.

Dua minggu ni hanya untuk ROS sahaja. hanya sekadar melawat persekitaran sekolah, lihat cara cikgu ngajar, setelkan profil itu ini dan segala bagai.

Aku dapat posting sekolah rendah agama di kajang. dulu mase 2001, aku pegi sekolah ni pakai kain hijau, tudung dengan baju putih. kasut sekolah siap macam belacan tambah dengan muke selekeh serabai terkedek kedek masok kelas.

Sekarang 2012, aku pegi sekolah bukan pakai baju uniform lagi dah. aku pulak yang mengajar bila bebudak datang sekolah. dulu aku kene buat keje sekolah bila cikgu bagi keje sekolah. la ni, aku yang akan bagi keje sekolah kat depa.

Bila first day pegi pejabat, ade cikgu veteran yang penah ngajar aku mase tu still boleh ingat rupa anak murid dia. aku baru je nak tegur beliau dah tegur dulu.

" ehh, macam kenall je kamu ni "
" heee. saya baru je nak tegur ustazah. ustazah kenal ke saya lagi? "
" mane boleh tak kenal. ustazah ingat muka kamu "

Beliau bangga sebabnya anak murid yang penah beliau ajar sekarang sama sama mengajar dalam satu sekolah yang sama. Macam janggal pulak bila aku duduk kat meja bilik guru, panggil cikgu, buat ringkasan, tengok jadual.

Lepas ni macam macam hal la aku patot buat, ingat, bawak blah blah blah


Dulu selalu tengok mak aku tulis bende jadah ni. pernah tanya, memang wajib buat ke mak? mak jawab, iye sebab bukti bila kita ngajar. sekarang turn aku pulak pulun buat tiap hari. bende paling malas sekali nak buat.


Buku rujukan pon kene bawak gak. tapi sikit jelah. kemain lawa susun eh. kemainnn


Dulu pakai name tag kain je. siap kene lekat kat tudung jangan bagi tanggal. la ni, kene pakai name tag serupa cikgu lain. and now,  murid murid akan berkata :

Assalamualaikum Cikgu Wadhihah







WR : gagap pulak gua masok sekolah bila jadi cikgu bebetol ni

58 comments:

  1. Assalamualaikum Cikgu Wadhihah

    ReplyDelete
  2. Cikgu Pembentuk Jiwa!

    selamat mengajar yer cikgu..

    Best kut mengajar bebudak.. teringat masa jadi GGTT dulu.. ^^,

    ReplyDelete
  3. @Faaein Talip Roy
    terima kasih kak kerana menyapot saya selama ni :)

    ReplyDelete
  4. @alien
    memang pon. kolej situ gak ke?

    ReplyDelete
  5. kisahnya,adik aku belaja sana..
    kerap la ke sana anta adik aku
    sampai pak gad nampak muka aku da ta kisah.. xbraninye nak tahan
    haha

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikumussalam...

    wooooooooooooooo....cihu wahi~

    ReplyDelete
  7. @alien
    laaa, kisahnye. bajet pak gad takot ngn ko la. haha wekk!

    ReplyDelete
  8. selamat pagi cikgu wadhihah :)

    ReplyDelete
  9. Kau jangan ajar anak murid kau bukan2 plak. Yang penting ajar buat blog, tapi jgn ajar buat facebook

    ReplyDelete
  10. @Koyuki
    yukiiii! selamat tgh hari juga :)

    ReplyDelete
  11. @Akulah Pak Lan
    haha. demm cik lan. ishh, aku aja siap buat cerpen jepun nanti. macam kau

    ReplyDelete
  12. terima kasih cikgu hihihi...jum singgah ke blog potrait admirer...

    ReplyDelete
  13. syukran.. didiklah anak semua bangsa supaya menjadi manusia berilmu dan pemikir. intelektual dan org yang berguna..

    ReplyDelete
  14. baru gua tau apa itu wadi...keh3

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum, tumpang lalu ye Cikgu Wadhihah yg comel :D

    ReplyDelete
  16. Mesti best jadik cikgu kan..tambah-tambah kalau mangajar kat sekolah sama kita belajar dulu..

    ReplyDelete
  17. @Waqheh
    laa. haha. itu name betol gua la bro

    ReplyDelete
  18. @Nurul Iman Rosman
    waalaikumussalam iman kecik lg kenit :P

    ReplyDelete
  19. @Alan Rizque
    best jugak encik. amik pengalaman dari cikgu lama

    ReplyDelete
  20. sekarang tugas kau bagi dorang sampai berjaya selepas kau berfikir sebagai orang yang berjaya.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum ustazah Wadhihah..kai fa ha lu ki (eh ye ke ceni? hahaha)

    ni skola agama kt ngn shell tu ke?

    ReplyDelete
  22. wah, best nye jadi cikgu... ^_^
    slmt pagi cikgu...

    ReplyDelete
  23. selamat pagi cikgu*gaya upin ipin

    ReplyDelete
  24. selamat merasa apa yang telah kak hani rasa dulu cikgu wadhihah!
    hehe...
    rph kena siap ari-ari, bebila masa je saya masuk obseb!
    haha..
    *kire bolehla kak hani nak buli kau ni?*

    ReplyDelete
  25. tahniah sudah ada anak murid :D

    err. may i go to the toilet chekgu? =,=

    ReplyDelete
  26. @a little less conversation
    waalaikumussalam. alhamdulillah, ana bekhair. betol la tu. bukan la, ni kat kajang. sebelah masjid kajang

    ReplyDelete
  27. @hani
    tula pasal kak. wuwu. mohon jgn buli budak kering ni

    ReplyDelete
  28. @Shukri Mohd Ali
    cannot. sila betolkan bahasa baku melayu anda

    ReplyDelete
  29. @Lea Isnawi
    selamat tengah pagi ank murid juga :)

    ReplyDelete
  30. nama cigu cam nama kita :p tbalikkn W jerr

    ReplyDelete