31 January 2012

Praktikal #4 - Ustazah @ Cikgu?

Assalamualaikum

Hari pertama praktikal secara realiti bermula hari ini. masok kelas 4 cempaka lepas waktu rehat tadi amatlah syok. dahla petang pastu lepas makan pulak. dan dan cikgu menguap, budak budak apetah lagi. tak kan mengaum kot.

Dua minggu lepas, aku ganti cikgu mengajar masok kelas tu. aku perkenal kan diri sebagai cikgu wadhihah.

" okey, kelas. sume dah tahu name cikgu kan. panggil cikgu wadi nanti. "
" pahammm cikguu wadhihahhh "

Tadi aku masuk untuk subjek tauhid dah siap bagi penerangan kat papan hitam pasal sifat mustahil bagi Allah.

" cuba baca balik apa ustazah tulis tadi. Qayyum bangun. baca taknak lewe lewe. ustazah nak dengar "
" qayyum, qayyumm. kenapa tercegat lagi. baca la. ustazah nak dengar. "

" Ermm, ermm. ustazah. nak panggil cikgu ke ustazah. minggu hari tu ustazah kata kene panggil cikgu. sekarang ni kene panggil ustazah pulak. ustazah nak suruh saya sebut mana satu ni? "


" ouhh, eh? saya ade cakap centu ke? awak panggil cikgu kot. okey la. awak panggil cikgu ye "

Si qayyum pon membaca dengan selamat dan lancarnya setelah mendengar penerangan dari guru beliau. maka aku pon konpius adakah mahu dipanggil ustazah ataupon cikgu =,='










WR : nebes barangkali

29 January 2012

Buku di Uya Distro

Assalamualaikum

Okey, semacam semangat aku taip entri hari ni. mungkin memadam perasaan aku pada kasut yang hilang semalam. ahh, nanti la aku cite.

Semalam pegi kolej nak menyetelkan hal segala fail dan amik voucher yang student idam idamkan. termasuk la jiwa muda aku ni. bila jumpa kawan kawan siap cakap nak jual la, tebus la hape la. yelah, 200 ratus. banyak tuuuu. aku bila dah pegang voucher yang kerajaan bagi kemainn menggigil. kau ape jadah wadi nak gigil gagap bagai. mungkin perasaan nak beli buku tu kuat kot. tak penah penah sampai dua rat. paling cikai pon 50 je.

Ini tadi, aku sempat berjalan sampai ke subang cari buku yang aku impikan. aku pon tak tahu kenapa ayah dengan mak aku sakan semangat eh nak beli buku tu. padahal boleh je online beli tapi sedikit leceh la. aku cakap la bile dapat voucher memang nak beli buku tu dari dulu lagi. sapot la anak remaja kita jadi penulis, blah blah blah. siap ayah aku cakap,

" eh, ayah nak beli pen. pen yang tekan tekan tu. ade tak kat kedai buku? " *beliau ingat kedai tu macam kedai buku betol kot

Aku shoot meluncur laju petang tadi sebelum hari hujan. semangat buat map bagai nak pegi sana. haha. korang nak gelak, gelak la. aku tak kesah. dah sampai sana, dan dan pulak ayah aku tau tempat. tadi suruh aku buat map siap lukis lukis lagi. bila dah sampai sane baru la ayah aku perasan.

" laaa, ingat ade jual pen tekan tekan tadi. "
" mane la ade ayah. kan tadi dah cakap ni kedai buku je. "

Mak pon,

" entah ayah kau ni. tak abes abes dengan pen tekan tekan dia. balik karang baru pegi kedai buku. "
" ouhh, ingat ade juall. hehehe "

haa ni la kedai nya.

macam macam adaaa

kedai ni jual baju pon ada

Aku masok je kedai rambang terus mate. menarik jugak baju baju tersebut. mula mula macam takot takot pon ada kot ramai sangat orang. sekali family aku je daa. memang aku suka sebab takde orang. terus melilau aku selak selak baju. macam kedai tu aku punye.


baju laki pon ada gak

haa ni la tempat jual bukunye

Petang tadi memang family aku je datang. setengah jam kemudian laki ni masok terus menghala rak buku tu. kat buku tula macam macam aku jumpa. memang naik gila tengok. sume buku jenis histeria tak boleh control. nasib aku tak terkena sampukan buku buku tersebut.

mesin jahit pon ade jual
TAPP TAPP TAP! *bunyi tarik buku. lepas usya je buku idaman aku sempat jugak cedok gambar dengan krew lejen press. siap mak aku suruh tangkap gambar dengan beliau lagi. ingat nak jumpe blogger terfaktab lain tapi depa sume kat ipoh kot. *konon yelah nak jumpa padehal aku malu

hai finy yg comel. dah mcm bff okey terlebih mesra alam padehal baru je kenal dlm fon td

ni la buku idaman aku. mohon dengki sekarang

Dan sekarang adik aku dah abes pon baca sperma cinta. dan beliau kata thumbs upp! sambil gelak terkekek bila baca tersebut. serius best sampai naik satu oktaf. dan semua buku diatas adalah penulis yang aku setia membaca blog dari dulu lagi seperti :
  1. cikgu aku *perasann
  2. lucif abdullah
  3. faktabun
  4. abang antu
  5. kontrol histeria
  6. johan radzi
  7. the aqram
  8. nami
Ade banyak lagi. aku suke bila blogger jadi penulis serba boleh tetapi bukan sia sia berblogger sahaja hanya mendapat kan follower terbanyak atau entri yang tah hape hape. 






WR : teringin nak jadi penulis. *tgn didada mata keatas

25 January 2012

Tunang, kahwin dan tunang #3

Assalamualaikum


Hai awak dan kau sekalian. lama sangat aku nak taip entri. berjaman rasanya nak tunggu entri baru ye dak? oke,  tak pelah. aku nak story pasal kawen lagi. hari hari kalau boleh asik cerita pasal ni je kan? yelah, sebab best kot. sape taknak kawen bai. haha. ahhh, dulik ape gua.

Itu kelmarin, aku pegi umah kawen senior satu sekolah menengah dulu di seremban. aku kalau bab kawen, makan free memang laju je jalan. ajak je. yang penting ade orang angkut aku. pesen anak sultan gitu lah.

Nak ceritanya mase kat sekolah dulu, yang aku tengok sorang nakal dan sorang nerd. tapi, dorang memang tak penah tegur. yelah, sape nak tegur budak skema hari hari ngadap buku je. tup tup, bila sampai kad kawen nama dua orang tu.

Dorang punye bercinta best. dua tahun bercinta lepas akak tu balik jordan pastu laju je nikah. taknak bagi lepas kot. Lagi pulak, akak ni ade adik pon satu sekolah pon merangkap member baik aku dulu dalam entri yang INI. seronok pulak tengok mereka kawen satu sekolah. kebanyakkan sekolah aku memang ramai kawen pesen gitu. boleh key in dalam genius world record. *puihhh

Dua-tiga kali aku pikir, dongak, pikir macam tak caya je depa ni nikah. yang tepat jawapannye adalah jodoh. ye, telah ditetapkan disamping doa, usaha dan tawakal. moga moga mereka ni bahagia sampai bila bila. malas nak cerita panjang, aku tepek gambar senang. cekidautt.

pegang kuat ouhh. takot terlepas

family pengantin. meriahh

dgn akak potograper

kawan akak potograper

kawan aku merangkap adik pengantin

kami dengan pengantin


aku pengantin. ehh, aku DENGAN pengantin. amik bau. haha






WR : terlebih wordless wednesday dah ni

19 January 2012

Praktikal #3 - Nama

Assalamualaikum

Busy kemain mengalahkan GB sekolah pulak. sebelum tu nak tanya lah. ada lagi ke orang nak baca blog sakai aku ni? ayat macam mintak kaki je kan? tak pe, aku post ajelah.

Esok last aku menempuh alam ROS. Kejap je dah dua minggu. terasa macam baru semalam start praktikal. Sekarang, aku sibuk mengemaskini fail fail yang tah-hape-kejadah-tah untuk meluluskan ros aku ni.

  1. Kumpulkan sejarah silam sekolah
  2. Amik sukatan pelajaran, tahunan etc
  3. List name bebudak kelas
  4. Ko-ku sekolah, jadual kelas
  5. Blah blah blahh

Last sekali aku buat la list name bebudak kelas yang aku nak ajar nanti. makin pening aku tengok nama budak zaman sekarang. yang panjang sikit ada, yang terlebih panjang sampai tak muat space pon ada gak.

Contoh,

Alfonso Faizul al-Kedahi Hamdani Al-Bukhary Bin Aiman Asyari Walkauthsar

See, kau tengok punye la panjang sampai nama ayah pon nak panjang tiga gak. yang nama panjang sangat tapi nama ayah pendek pon ada.

Megati Khairuli Azizi Qayyum Aizat Bin Aziz

Mungkin sebab dulu nama ayah beliau takde panjang panjang kot. yang perempuan pon sama. bila dah ada nur, nak tambah nurul la, siti la hape macam,

Puteri Siti Nurul Nur Miasurirumah Hanglipo Binti Ahmadi Ibnu Bakar

bila dah masok sekolah, cikgu cikgu nak key-in nama pon payah tahu? macam nama beliau sorang aje sedap, lawa etc. Kalau dah ade satu maksud cukup la. tak payah nak panjang panjang sangat nama. macam ni,

Ahmad Bin Muhammmad

Bila maksud kan lagi bertambah sedap. dahla terpuji, pastu lagi terpuji lagi. bila aku buat entri ni, teringat satu entri dari KERETA MAYAT. bertajuk didik anak. mungkin aku buat pedoman bila masa akan datang. kepada ibu bapa, papa, mama, daddy, mummy, abi wa ummi mohonlah bagi nama anak anda yang ringkas tapi bermaksud.






WR : WADHIHAH - yang terang yang jelas. 

14 January 2012

Praktikal #2 - Barang

Assalamualaikum

Baru la dapat menaip entri dengan lebih smooth dan lancar. dua hari cuti memang laju kau kan. aku siap tido manjang. kemain balas dendam *tipu. seminggu sudah ROS dijalankan. tinggal seminggu lagi. kemudian, cuti seminggu sebelum menempuh praktikal sebenar 30 haribulan nanti.

Tadi, sempat soping beli barang barang keperluan cikgu. biasalah, bila dah on the way nak jadik cikgu otomatik barang akan menjadi banyak. dulu dulu mase belajar, aku memang tak suke barang yang terlampau crowded. rasa semak dan segala memak yang adelah.

Contoh macam pencil box. dedulu aku tengok depa kemain isi pembaris sampai 3 baris, pastu pen bermacam warna sampai warna yang takde pon aku jumpa gak. kahkahkah. pastu lagi isi yang tahapeapetahnye. tak paham gua. yelah, mase belajar buat ape bende jadah tu sume. lagi pulak mase sekolah menengah. berlumba sape paling besar. penah jumpe tak? penah?


Kini, aku pulak yang buat begitu. pensil box dah macam beg aku tengok. kalau boleh kuali pon nak sumbat dalam tu. tapi, aku bukan jenis besar gabak punye. yang sedang sedang je dah la. beli barang yang penting untuk BBM je pon.

Lagi satu, kene beli beg besar jugakk. dah macam GPK 1 bawak beg besa godang. alasan aku kene beli sebab nak sumbat segala buku buku teks, buku ringkasan lagi, leptop. mak cakap dengan aku,

" asal tak bawak je satu almari kau datang sekolah. senang kan "

Ye, kang aku bawak semua takot sekolah terbalik tengok aku kang. ahhh, lantak. janji aku puas. dan cikgu memang kene bawak barang banyak bila datang sekolah.

pensil box sedang sedang dgn beg godang godang tapi comel







WR : Sekian sahaja isi pembelajaran saya pada hari ini. 

10 January 2012

Praktikal

Assalamualaikum

Baru berkesempatan nak update blog. kesian tengok blog ni. banyak sawang. aku nak mintak maap sebab kemain busy sejak praktikal dari semalam. busy tak boleh blah macam GB aku tengok. banyak bende kene buat sepanjang 3 bulan aku praktikal.

Dua minggu ni hanya untuk ROS sahaja. hanya sekadar melawat persekitaran sekolah, lihat cara cikgu ngajar, setelkan profil itu ini dan segala bagai.

Aku dapat posting sekolah rendah agama di kajang. dulu mase 2001, aku pegi sekolah ni pakai kain hijau, tudung dengan baju putih. kasut sekolah siap macam belacan tambah dengan muke selekeh serabai terkedek kedek masok kelas.

Sekarang 2012, aku pegi sekolah bukan pakai baju uniform lagi dah. aku pulak yang mengajar bila bebudak datang sekolah. dulu aku kene buat keje sekolah bila cikgu bagi keje sekolah. la ni, aku yang akan bagi keje sekolah kat depa.

Bila first day pegi pejabat, ade cikgu veteran yang penah ngajar aku mase tu still boleh ingat rupa anak murid dia. aku baru je nak tegur beliau dah tegur dulu.

" ehh, macam kenall je kamu ni "
" heee. saya baru je nak tegur ustazah. ustazah kenal ke saya lagi? "
" mane boleh tak kenal. ustazah ingat muka kamu "

Beliau bangga sebabnya anak murid yang penah beliau ajar sekarang sama sama mengajar dalam satu sekolah yang sama. Macam janggal pulak bila aku duduk kat meja bilik guru, panggil cikgu, buat ringkasan, tengok jadual.

Lepas ni macam macam hal la aku patot buat, ingat, bawak blah blah blah


Dulu selalu tengok mak aku tulis bende jadah ni. pernah tanya, memang wajib buat ke mak? mak jawab, iye sebab bukti bila kita ngajar. sekarang turn aku pulak pulun buat tiap hari. bende paling malas sekali nak buat.


Buku rujukan pon kene bawak gak. tapi sikit jelah. kemain lawa susun eh. kemainnn


Dulu pakai name tag kain je. siap kene lekat kat tudung jangan bagi tanggal. la ni, kene pakai name tag serupa cikgu lain. and now,  murid murid akan berkata :

Assalamualaikum Cikgu Wadhihah







WR : gagap pulak gua masok sekolah bila jadi cikgu bebetol ni

06 January 2012

Poligami

Assalamualaikum

Awal awal tahun dah kemainn tajuk entri ye dak? sebenarnya nak buat mase tahun lepas sebab bulan 12 kan ramai orang kahwin tapi apakan daya aku perlu menyiapkan kerja kerja yang sepatutnya dulu. nasib aku teringat entri poligami ni kalau tak dah terkubur dek telan jasad didalam blog.

Back to top, kau pernah tengok drama yang ade kene mengena pasal poligami? contoh yang aku sedang mengikuti adalah drama karma tivi 9 stat pukul 8.30. aku tahu kalau cerita cerita melayu pasal ni, konpem ramai yang tengok.

Bila isteri pertama yang sangat tidak setuju bila suami beliau kahwin lagi satu. yang muda pulak tu. ye, bini muda tu memang sangat baik tapi akibat hasutan ablasa sang isteri pertama menyebabkan sang suami tidak suka malah tak mahu memandang muka bini kedua beliau. nampak?

Aku tengok dan aku ulas sendiri mengenai unsur poligami ni kadang kala bukan sesuatu yang manis, malah pahit, masam dan hempedu juga ada.

Maksud poligami adalah dari sudut bahasa :  ialah memiliki ramai isteri
Dari syara' pula bermaksud : lelaki yang beristeri empat lebih pada seorang sehingga empat dalam satu masa
Kita tengok hukum pula dalam islam di HARUSKAN dengan SYARAT dapat menjalankan KEADILAN dan MAMPU menjalankan tanggungjawab keluarga dengan SEMPURNA meliputi :

  1. Tempat tinggal
  2. Nafkah zahir dan batin
  3. Makan minum, pakaian
  4. Giliran bermalam

Dan Firman Allah Taala bermaksud : 
" Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan perempuan (lain) dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (diantara isteri isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja "
 (Surah Al-Nisa' 4:3)

Kau tengok. dalam Islam sendiri pon dah banyak terangkan kalau nak berpoligami mestilah ADIL MENYELURUH. aku bukanlah tak suka kalau laki berkahwin ramai tapi dah ready ke semua diatas? bagi aku, kalau kaya sahaja tak cukup untuk berpoligami. hati dan perasaan paling utama perlu diambil kira. 

Kesian kat bini bini kau. jangan ada yang makan hati. nanti hari hari kurus macam aku.*tetibe lagipon poligami  adalah untuk orang yang betol betol nak laksanakan. kalau kita tengok la zaman sekarang. aku rase 98% perempuan TAK MAHU berkongsi kasih. aku berani kerat rambut wa cakap lu. 

Kalau kita tengok pakcik salleh yaakob tu memang paling lejen la kot buat masa sekarang. mungkin beliau mampu membahagikan serba serbi. 

TAPII, kita tak tahu isteri isteri beliau macam mana. so, kita berdoa jelah supaya family pakcik salleh hidup bahagia aman selalu sampai akhirat. 

Entri ni bukannlah nak menjatuhkan impian lelaki berkahwin empat malah jauh sekali tidak membenarkan, dengan syarat yang telah diberikan kalau kau nak berkahwin juga kahwinlah. tak ade sape nak larang melainkan kalau ada bini yang merajuk itu aku tak masok campur. kehkehkeh.
#Ohh ye. lagi satu maklong dan makcik aku adalah madu kepada paklong aku *abang mak aku dan sekarang tinggal bersama setelah paklong aku meninggal kalau tak silap 2005. masa tu aku form 4. dan bahagia hingga sekarang. 




WR
- kalau kat tempat aku? wuwuwu. tak tahu nak cakap.
- sekadar pandangan dan terima kasih kepada anon yg memberi semangat *yeke? untuk buat entri ni
- kalau ada salah tolong tunjukkan

.

Assalamualaikum





:')

04 January 2012

02 January 2012

Lawak #1 - WaFi

Assalamualaikum

Kelmarin, aku balas komen komen dengan adik perempuan aku di pesbuk. pesen kedekot taik unta nak sms centulah. la ni, tengah sedep sedep komen pasal leptop. si adik no 3 ni baru dapat leptop dari mak. itu pon leptop pinjam aje sebab balasan mendapat 4 flat dua sem berturut turut. baru dua sem je budak. belom lagi, empat atau lima sem lagi.

Kira mak bagi sekali pakej leptop dan berokband. bila turun pointer, maka turun jugaklah leptop dan berok dan akan diframekan di rumah.

" woi! mak nak balik berok tu. ko asik online je 24 jam."
" aku tak guna berok la gilee. guna wifi free. ni pon baru lepas study eh "
" yelah tu guna wifi. asik la dengan status cinta mekah madinah bagai "

Blah blah blah sambil komen terkekek gelak dengan adik adik laki aku yang lain. kami adik beradik memang suke sakat kaw kaw punye sampai budak tu delete post. kahkahkah

Sampai ayah aku pelik tengok gelagat aku, beliau pon datang dekat dan bace la komen komen tadi. biasa la kalau orang berumur bace satu satu. sampai aje perkataan,

" aku tak guna berok la gile. guna WaFi free. ni pon baru lepas study eh "

Kami terdiam.

" ayah cakap ape tadi? "
" guna W a F i free " *siap eje satu satu lagi
" aaa, WaFi? "
" WiFi la ayah. ape pulak WaFi "
" ouhh, WiFi eh." 
" WiFi, WiFi "*sambil sebut banyak kali



WR : pentingnye english educationnn

01 January 2012

1/1/12

Assalamualaikum



SELAMAT

TAHUN

baru, new,  الجديدة, 新年, bago, नया, новый, 新,nuovo, neu, nuwe, yeni 





WR : tak paham pegi amik bayam kunyah sambil pahamkan