01 August 2011

Pergi Mengadap Ilahi & Salam Ramadhan

Assalamualaikum



Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Kita Kembali


Begitulah perumpamaan bile digunakan kepada mereka yang telah tiada didunia ini. aku baru berkesempatan untuk mengupdate entri. pagi kemarin, aku dikejotkan berita yang mengatakan kawan sekelas aku telah pergi mengadap Ilahi. sehari sebelum umat Islam menyambut bulan yang mulia dibulan ramadhan.

Terkejut.


Terkesima.


Tak sangka.


Terkedu.


Last kami jumpa lepas 6 tahun abis sekolah mase wedding senior sebulan yang lepas. aku rase macam baru je jumpe beliau. borak borak, tukar pendapat tentang mase depan. MACAM BARU JE. semalam aku dengan dua orang member lagi bergegas pergi ke rumah nenek arwah di sungai lui hulu langat. hospital serdang terus menghantar jenazah bawak kesana dan lepas asar terus dikebumikan.


Aku ingatkan nak pergi ziarah hari sabtu tu juga. memandangkan aku keluar dengan teman untuk urusan yang lebih penting maka aku batalkan hasrat tersebut. aku pergi pada hari ahad untuk menziarah keluarga arwah. sesampai di kubur sungai lui, hulu langat aku terasa sedih yang teramat sangat. tak tahu kenapa. member aku perempuan sudah menitiskan air mata. aku masih menahan lagi daripada jatuh. member laki aku pula sedang menunaikan solat jenazah.


Terkedu sangat bila aku lihat kubur arwah. masih merah lagi. di batu nisan tertanda Muhammad Rahimi Bin Suhrawardi. aku macam tak percaya beliau dah takde selama lamanya. aku dengan beliau adalah rakan sekelas. juga sejawatan dalam pustakawan mase sekolah di negeri sembilan. pernah bertugas bersama sama mase rehat.


Arwah sangat periang orangnya. suka buat hal sendiri dalam kelas. dan lagi satu paling aku teringat arwah, beliau suka main putar putar pen paling laju. mase tulah aku baru terkedek kedek nak buat main pusing pusing pen. dan juga bila datang sekolah, beg yang beliau bawak mesti ada bende alah patung patung. hello kitty la, twity. nasib baik tak sangkut hanger dekat beg. aku memang tergelak bile tiba tiba terkenang.


Hari berganti hari,
Puasa datang dan pergi, 
Yang pergi tetap pergi,
Pergi mengadap Ilahi


Sekarang semua jadi kenangan sampai bila bila. aku paling terkilan bila selepas jumpa, arwah memang nak belanje aku dan member makan sekali. katenye duit dah masok, tapii...............................


AL-FATIHAH

7 comments: