20 August 2011

Lelaki PLAYPLAYBOY

Assalamualaikum


Aku bersemangat gile hari ini. yelaa, dah stat cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. tapi tapi, lepas cuti ade FINAL EXAM. wuwu~ tu yang membuatkan aku rase macam nak rebus sume buku buku pastu minom kasi kembong. uni aku ni swasta tak same macam uni lain. ahhhh, peribliskan sume tu. yang penting aku raye pastu baru makan buku.


Haaa, tadi lepas terawih aku shoot pegi Nilai bersoping dengan member member aku ni. aku tak la soping sebab duet tengah kering dilanda kemarau. hanya mampu tengok dan lihat saje orang beli. dah dah, nak sadis lak kau. aku beli ngan mak aku nanti.


Nampak tak tajuk entri aku macam panas sikit? saje kasi mendidih kat laki laki kat luar sana. aku jalan jalan kat alam maya ni RAMAI aje yang mengata wanita itu la, ini la. pempuan tula ini la. kadang kadang aku pon baran gak. bukan pempuan je salah laki pon same. dah la, malas nak ngate dua dua. meh aku nak share sikit kriteria LAKI MAIN MAIN ni.


1. Menghubungi anda setelah pukul 11 dan 12 malam


Ada 24 jam setiap harinya, jika seorang lelaki menyukai kau, si play akan memilih waktu yang tepat untuk  menanyakan khabar kau wahai wanita. Setelah pukul 11 dan 12 malam merupakan waktu lelaki yang hanya mahu berseronok. Jika dia menelefon hanya pada jam-jam tersebut bererti si play tidak ingin serius dengan kau, beliau hanya sedang cuba menggoda di waktu lapangnya.


2. Memiliki ramai teman wanita


Berhati-hati apabila lelaki memiliki ramai teman wanita dibanding teman lelaki. Tipikal lelaki playboy dapat mendekati beberapa wanita dalam satu masa. Jadi jika si play sering menerima telefon dari wanita, kau harus lebih berhati-hati padanya.


3. Pintar menyusun kata


Mengapa wanita sulit untuk menolak jeratan si playboy? Kerana si play ni pandai berbicara dan merayu. Beliau tahu apa yang harus dibicarakan ketika kau sedang marah, kesal atau sedih. Kau pun akan membuat beliau merasa istimewa dan setiap kata-katanya mencerminkan beliau lelaki yang BAIK. *auwww~ pijak gajah pon tak mati beb. Pada saat ini, sesungguhnya beliau sedang menipu dan mengawal emosi kau.


4. Berbicara banyak tentang fizikal kau


Wanita mana yang tidak suka menerima pujian. *aku tak. Namun jika beliau lebih banyak memuji bahagian tubuh kau wahai wanita, maka berhati-hatilah. Beliau menginginkan hubungan yang lebih dan sedang cuba mempermainkan.


5. Bersikap berbeza di depan member member lelakinya


Ketika berada di depan member member seangkatan, lelaki jenis 'player' ini akan lebih banyak memberi pelukan dan sentuhan fizikal kepada wanitanya. Jangan bangga dulu, ini bukan lah ungkapan sayang, tapi sekadar ingin menunjukkan kepada teman-teman lelakinya 'ini mangsa baruku'.


6. Sangat percaya diri


Si play ni memiliki tingkat kepercayaan diri yang tinggi. Bagaimana tidak, beliau merasa dapat MENAKLUKI gadis-gadis yang diinginkan. Lebih dari itu, beliau dapat menjerat dua hingga tiga gadis sekaligus dalam satu waktu. Itulah yang membuat playboy semakin percaya diri. *jangan nak bangge sangat. memang nak kene tale


7. Tidak tertarik dengan hidup anda


Ketika si play bertanya tentang hari-hari kau, belum tentu beliau benar-benar mempedulikannya. Mereka membuat seolah peduli, pada kenyataannya TIDAK. ye, wanita sekalian TIDAK. Si play melakukan ini semua untuk mendapatkan sesuatu. Ketika seorang wanita telah mempercayainya, maka dengan mudah beliau akan mendapatkan keinginannya.


8. Menghindari pergi bersama kau


Tentu si play ingin bermain lancar *haa nak pikir lain la tu dengan para wanitanya. Sehingga dia memilih menghindari pergi keluar bersama kau. Tapi ada juga jenis player yang sangat licik. Boleh jadi, sebelum pergi bersama anda, dia akan meminta izin daripada wanita lainnya kalau dia akan pergi bersama sepupu atau adik perempuannya. Taktik ini dilakukannya untuk membuatnya lebih selamat untuk bertemu dengan seseorang.


9 - Jarang atau tidak mahu berkongsi kisah cintanya


SANGAT JARANG untuk seorang playboy berkongsi cerita beliau, terutama kepada 'mangsa' itu. Jika beliau berkongsi tentang kisah cintanya pun, pasti mempunyai maksud tersembunyi di sebalik tindakan beliau. Mungkin untuk mencari simpati dan bermain dengan perasaan wanita.


10 - Memang DASAR PLAYBOY


Tidak kira baik seorang playboy menutupi kisah 'Casanova' nya, biasa keadaan sekelilingnya akan memberitahu juga tentang kelakuannya. Sepandai-pandai Playboy mengayat, akhirnya akan pecah perot tembelang juga. Orang-orang yang mengenali dan mengetahui tentang kisah hidupnya akan membocorkan rahsia dan maklumat akan tersebar juga nanti hingga sampai ke pengetahuan mangsa.


TAPII, kriteria ni TAK suma laki ade. kadang kadang col lambat maybe beliau balik lambat, koje atau sebagainye. aku sharekan natang ni sebab kawan baik aku sendiri mengalaminya. 

Kawan aku tu SETIA GILA MATI, parents dua dua dah berjumpa malangnye si playdohboy tu ade pempuan lain. aku simpati juga. tapi tak pela, kan ade orang cakap yang tu memang bukan pilihan kita. mungkin ade yang terbaik untuk kita. so, tunggu dan ikhtiar serta doa. 

INI hanye tanda yang boleh dibuat pedoman. Semoga tidak disalah-gunakan dan semoga anda tidak tertipu dengan lelaki-lelaki sedemikian.



err, sedare. gua nak patahkan tangan lu boleh?


WR : dah sepuluh ramadhan terakhir. rase macam semalam je stat pose. semoga bertambah amalan di malam lailaturqadar :) 

23 comments:

  1. semenjak 2 menjak entry blog ini sudah berubah..apakah? hahaha jgn mrah, kalo marah aku tempeleng laju2 nnt

    ReplyDelete
  2. owh
    cam tu ruponya lelaki playplayboy
    hohoho
    nasib aku ok

    ReplyDelete
  3. @Goblogz : hahaha demm! xdela, aku buat ni sbb mereka suka bercerita dkt aku. so, aku simpulkan la :)
    @Hans : kann. sibbek bukan hans

    ReplyDelete
  4. lelaki macam ni tak leh wat suami.lelaki y leh wat suami takkan pernah ucap,kasih mahupun saynag kepada kita.een dia betul2 sayg kat kita..



    p/s:samat berhari raya hehhe

    ReplyDelete
  5. aku takda ciri diatas..


    lalalalalallala =)

    ReplyDelete
  6. @cik pha : betol cik pha. slmt juge :)
    @muhamad hanif : haha kau dandan jela anip

    ReplyDelete
  7. ouh aku player gak ..
    tp football player lah ..
    harharhar :D

    ReplyDelete
  8. owhh camtu ek..bermakna gua tak termasuk langsung dlm katogori tersebut...huhu

    ReplyDelete
  9. salam singah nice pos jom tmabah follower (kalo sudi ar) klik la sini > http://aizatchiksuliman.blogspot.com/

    im do follow do u follow back? hehe... ^^v

    ReplyDelete
  10. nak order untuk play girl boleh hehe... nak tau gak.. so same2 win-win. nice post

    ReplyDelete
  11. @alif haris : ouhh, player la ni. dushdushh!
    @Waqheh : gudd waqheh :)
    @Aizat Chik Suliman : haha demm! boleh aje. nak bape org?

    ReplyDelete
  12. hahahaha... kalo ade tp x sume mcm mne?? kah3x..

    ReplyDelete
  13. mcm kau la tu kan? kan? haha :p

    ReplyDelete
  14. wahhh dasyat gile lahh
    penangan tuk plyboy..
    hahaha..alalala..
    plygirl pun lebih kurang gak..
    hahahaha..larikkkk

    ReplyDelete
  15. tazkirah yang baek untuk players

    ReplyDelete
  16. klu nk tau laki tu playboy, tgk fon dia pn ckup..haha..

    ReplyDelete
  17. Aku berbeza..aku playsingle...i dont date...

    ReplyDelete
  18. harap2 tak terjebak dgn player...ish

    ReplyDelete
  19. @Far8 budak baik : kau mcm pnh buat je. haha
    @Cikli : betol cikli. gua sokong
    @Luqeem™ : mcm ade pengalaman je. hahaha. demm!
    @Akulah Pak Lan : playsingle? aku xpnh dgr cik lan
    @Lea IsNaw! : aminn. aku doakn. :)

    ReplyDelete
  20. fuh. fuh.. makna nya lepas ni, kena INVERSE lah. supaya tak kantoi playpalyboboi! hahah..

    ReplyDelete
  21. tapi aku bukan mcm tu la haha

    ReplyDelete
  22. Cis, entry ni mengantoikan skil2 aku!

    Hahahaha...

    ReplyDelete
  23. setuju sngt~~~

    bese playboy mulut manis tp x caring !

    ReplyDelete