14 July 2011

9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan

Assalamualaikum




Dah lame aku tak update karangan dalam blog ni. selalunye tempek gamba je senang. dah aku memang pemalas banyak keje nak buat macam mane kan? aku baru je abes edit majalah as a ketua design. tak payah nak ketua sangat la. bunyi cam menggelabah tapir je. aku edit la yang mane patot. kot ade yang terkurang ke, tercacat cela ke. aku la tu tukangnye. selain daripada tu, memang banyak pulak assignment berlonggok longgok macam ulat gonggok. pening kepala aku. bila nak update, dan dan tu plak ade keje tak siap la, itu la ini la. macam macam hal kan jadi student ni? biasa la tu. 


Ouhh ye. tadi aku bukak pesbuk dok usya usya la mane yang patot. tetiba aku jumpe bende alah ni. macam menarik gak untuk disharekan kepada anda anda semua. sila bace dengan tekun serta tabah. aku pon termasok jugak la. bile dah terbace tuh tersentap sikit pon ade. kisah dolu dolu. ehh?? aku pulak yang nak sentap jadah ape. hahaha. haa sila la baca dengan penuh yakin ye.




1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan


2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat



3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus



4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan



5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan



6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka



7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama



8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik



9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda




jangan gadoh bang, kak oii. jom minum kopi



















wadi rede : kadang kadang ade betol dan baik juga. so, kepada mereka diluar sane jauhilah perkara diatas. jangan sampai terduduk tak bangun bangun sudahhhhh. eh, no 10 sape nak tambah??

2 comments: