01 July 2011

Wanita ibarat ombak? nak mandi pantai ke?




Assalamualaikum






Gile best pagi pagi dapat membuta kan? sejuk pulak tuu. dan dan aku nak lelap sikit je mula la rimas. nak tido tapi tak leh. memandangkan kesibukan aku dah terlerai sikit. yela, minggu ni je aku kene siapkan majalah fakulti. aku lak tu ketua design. nak kene cek lagi. kau ingat senang. budak budak ni men sebat je name aku. terpkase la buat dengan hati rela. pagi pagi jumaat plak update. hebat tak hebat bai. hari ni balik umah lak tu. pehhhh! aku rase dunia ni aku yang punye. kahkahkah gelabah! macam la setahun tak balik. padahal asal weekend je aku balik umah. umah je weekend. *mentang mentang umah dekat



Bese la student kan? aku ingat sem last ni boleh rilek rilek sikit. dah tu tengok senior dulu rilek je macam terlebih tanah pon ade. ehh, panjang sangat muqaddimah kau wadi. dah dah. aku ni nak share something je. bukak bukak pesbuk tengok la ape ape yang patut. sekali ternampak satu link ni. sekali bukak, pehhhh dasat panjang. tak larat aku nk hadapnye teman. ni pon aku gagahkan jugak. 



Beliau ni wanita dah berkahwin. lepas kahwin baru tahu keajaiban dalam rumahtangga tersebut. *jadah ape ajaib ajaib ni. 


Salam,
selepas saya kahwin, barulah saya memahami karekter seorang wanita.
Sebab suami saya selalu hairan dengan hypermanic dan monotonousnya mood saya , bertimbal balik. berpusing2 karekter antara ecstatic dan juga kesedihan, kadang kala ceria dan boleh jadi terlalu serius.
Sampai dia terpaksa clarify mmg perangai perempuan macam:
ombak eh perempuan ini?


Sampailah saya terdiam, kerana memikirkan betulnya kata-kata dia itu.
Namun itulah dia pasang surut emosi seorang wanita.
Cepat downnya, cepat juga mendapatkan semangat dan kekuatan.
Dan emosi kita bergantung kuat pada kadar hormon estrogen dan progesterone dalam badan kita. sangat bergantung kuat ada perasaan dan peristiwa2 yang berlaku dalam kehidupan kita.
Dan bila orang tak endahkan perasaan kita, kita rasa amat tertekannnn!!!!!!
Dan emosi perempuan ini sedikit sebanyak menganggu kehidupan mereka , apatah lagi kehidupan mereka sebagai seorang daie.
Dahulu kami semua fikir, kalau kahwin sure dapat jadi stabil. Kalau kahwin sure ada teman untuk sentiasa mendengar luahan perasaan kita, menjaga perasaan kita dan sebagainya.
Dan kebanyakan akhawat merasai bahawa berkahwinlah dapat mengatasi masalah emosi yang tak stabil dan seperti ombak ini.
Bila saya sudah berkahwin ini, barulah saya tahu, kahwin, tidak akan dapat menyelesaikan masalah emosi perempuan ini.
Kerana, kita tak pergi pada root of the problem itu sendiri.
Kita tak pergi Pencipta kepada manusia itu sendiri, yang menjadikan fitrah seorang perempuan sebegini.
(tapi seorang lelaki bila tak stabil, lebih horror dari perempuan pula) *aku agree. memang betol pon
Dan bukankah Allah lebih tahu cara mengatasi masalah perasaan kita yang selalu down, dan selalu rasa takde support itu?
Kalau kita mencarinya pada sebuah perkahwinan. Tentu kita akan kecewa. Kerana suami tidak akan memberikan segala-galanya buat kita.
Terkadang kita cuba lari dari kenyataan itu. kita malu untuk mengakui pada diri sendiri yang kita sedang down. Maka kita mencari kekuatan kepada benda-benda yang jauh dari Allah. Kita mencarinya pada shopping atau tengok movie, atau bersuka ria. Maka bertambahlah jauhnya kita dari Allah.
Kenalilah simptom futur anda
Bila iman makin menurun, maka jaga-jagalah: Ia mungkin boleh turun lagi.
Kerana itu kita perlu mengenal simptom futur supaya kita dapat merawatnya dengan segera.
 Bila kita futur, hati kita meliar-liar mencari sesuatu untuk mengisi hati kita.
Syaitan yang sedang menghiasi futur kita akan sentiasa menggoda kita dengan DAHSYATNYA sekali.
Tengoklah movie itu. ko kan dah buat usrah banyak dah, sekali sekala tengok movie apa salahnya. belajar cara diorang movie. tgk diorang buat cerita. best per.
dan dari satu movie ke satu movie kita akan tengok, menyebabkan bertambah-tambah futur kita. Bertambah-tambah tompok dosa pada hati kita.
Dan di saat futur itu, ibadah makin longgar. Hati sudah tidak khusyuk. Membaca quran sudah tidak penuh lagi tadabbur.
Di situlah syaitan menghiasi lagi futur kita:
Alaaa, apa salahnya dengar lagu kejap. Boringlah asyik2 dengar nasyid je. Quran pun ko dah baca banyak. alaaa, apa salahnya dengar lagu rihanna? heeee
Dan bila kita menjengok facebook pula, sambil melayan2 dan menjawap komen2 manusia, kita mula menjengah dan melihat gambar2 rakan kita yang sudah berkahwin . Maka hati kita berkocak dan bergoncang lagi.. Dan pertanyaan terus datang silih berganti dalam benak hati kita:
aku bila lagi? aku bila lagi?
dan jemari kita mula mengclick dan menjengah gambar2 mereka yang bukan ajnabi pada kita. Membina angan-angan dan menambah dosa pada mata serta hati. Akhirnya terjebak kepada lembah kefuturan demi kefuturan..
dan kita lebih jauh dari Allah..
bertambah jauh.
Maka kita bagaikan mayat yang sedang hidup. Hati kita mati, tetapi badan tetap mengaku masih aktif.
Akhirya perlahan-lahan kita mahu melarikan diri dari dakwah. Kita mahu menyendiri, dan akhirnya kita tersingkir seorang diri.
Siapa yang akan gembira dan gelak ketawa bila seorang pendokong dakwah mula mengengsot pergi?
Syaitan!


Hamikk kau tetibe terlepas paste kat syaiton. hahaha. aku pon tak larat nak taip panjang berjela. aku copy jela dan aku ubah sikit sikit je. tak nak banyak banyak sebab aku kurang pandai nak mengolah bahan ilmiah dengan kata kata aku. kadang kadang ape beliau cakap tu betol gak. aku kan pempuan. so, aku paham jiwa pempuan/wanita macam mane. kang dah sampai hari ade la dah start membebel. tak silap aku, aku pernah terbaca ade satu post lebih kurang camni la, " biarkan ibu kau mengilai macam pontianak " haa sampai mengilai tak leh blahh tu. hahaha. ade maksud bai. maksudnye emak kau membebel bebel tu ade sebab la. basoh baju pon beliau buat, nak makan beliau masakkan, kemas rumah lagi. ye dak? *ayat fofuler.



Aku pon same gak la situasinye. bile mak aku call, haa hamikk ko. sedepaaa suara. gaya macam aku dok kat venezuela padahal bangi gak kolej aku. ouhh ye, nak sambung balik cite tu klik sinun. terima kasih ye kak bagi share pada bujang bujang kat luar ni.




















wadi rede : untung la jadi pempuan sebab kelebihan yang Allah bagi sangat banyak. *aku pempuan oke selalu dorang ingat aku laki. wuwuwu tak kan nak tuka nickname kot.


2 comments:

  1. wanita ibarat ombak??pun boleh~..eheh..ye..emosi wanita yang tidak stabil seperti ombak..hye..:)..1st tme ke blog awk..salam perkenalan..:)

    ReplyDelete
  2. hai too. tengs visit ni. len kli jengah lg. slm perkenalan juge :)

    ReplyDelete