21 July 2011

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

Assalamualaikum


Baru lepas tengok kl gengster buat pertama tama kalinya. best jugak muvi melayu ni kadang kadang. why? sebabnye, kalau dekat wayang sebelum ni mestilah muvi pasal hantu. asik asik hantu. hantu hantu hantu. hantu pon dah takot gelupor tengok orang sekarang. sekali aku layan memang best. lagi lagi bile aku dengar words, 

" Jangan sampai aku kerat 18 baru kau tahu erti penyesalan "

Sumpah, aku gelak besar. kesiann member aku tengah tido terganggu oleh kedekahan bertubi tubi dari aku. okee, aku memang lambat sikit bab wayang wayang ni. tak tahu kenape. kalo aku cite pon mesti korang cakap dah basi. tutup pasal ni. aku nak kongsikan korang cite lain. dah lapuk kot. nak update tapi memang busy kemain mengalahkan pm.


Sabtu minggu lepas, member rumate ajak aku pegi terjah negeri bandaraya bersejarah. kalo dari kampus ke sane lebih kurang satu jam lebih. itupun member aku memang kaki lenjan kete. naik kelisa kot. aku rase macam naik flight MOE 4166. laju kemain. kalau naik dengan mak aku, HARAPAN la. bak kate beliau, " biar lambat asalkan selamat " baikkkkkkkk mak. lepas dah siap packing bagai, bergerak la kami ke destinasi. sesampai je terus kami pergi ke




Ye, kami pergi hospital. aku sihat ubi ni jadah ape pegi sana? aku pegi sebab teman member melawat atok beliau yang sangat uzur. ini first time aku pergi sendiri hospital dengan member. sangat berani. sebelum ni pernah sekali mase arwah paklong aku sakit. itu pon dekat kajang. tapi dengan family aku la. tak takot sangat. and then, masok masok je sane terus meluru ke




ISOLATION ROOM. huhh? apekemende IR ni? maksudnye dalam pengasingan. atok beliau ni kira dah tahap serius. sebab tu beliau kene diletakkan kawalan rapi dan nurse yang cecumel akan menjaga dengan baik dan teratur. masok masok je dalam bilik khas tersebut kami di kehendaki memakai

sorang pakar ortopedik sorang lagi pakar genetik

Aku terkesima kerana disuruh memakai jadah tersebut. dah macam ninja turtle pulak. tetapi, atas dasar keselamatan dan kesihatan kami pon pakai la. atok beliau kami panggil ABAH. memang rapat sangat. lagi lagi cucu beliau. member aku ni la yang tolong abah segala galanya. mase cuti sem lepas, beliau ni la yang duduk di negeri tersebut hampir sebulan. siap dah hafal peta negeri tersebut. sangat hebat kau ika. beliau ni la nurse kedua. *dah dah, kau jangan kembang idong lak :p


Abah masok bilik yang first class. tapi, maksud aku FIRST CLASS bukanlah yang disangkakan. macam ini la bentuknya,

almari dari zaman raja firaun agaknya

Bila melihat keadaan almari yang uzur, begitulah keadaan hati aku bile tengok abah yang sedang nyenyak tidor dengan sedaya upaya menggunakan ketahanan badan beliau. bile tengok lagi fizikal abah seperti dibawah


tangan abah yang bengkak

sangat mendayu hati aku. aku dan member terpikir, macam mana la aku dah tua esok. adakah macam ni? ataupun sebaliknye? terdiam aku bile merenung muke abah yang sangat sakit. aku hanya mampu berdoa dalam hati semoga abah sihat seperti sediakala dengan doa : 


Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.

Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.












Bersambunggggggg...........................









Wadi Rede : nak pegi beli makanan, harini aku berpuasa. SELAMAT BERBUKA PUASA :)

9 comments:

  1. semoga cepat sembuh kat abah..

    ReplyDelete
  2. @ghab van hal : amennn. tenkiu

    ReplyDelete
  3. semoga berada dlm keadaan baik2 saja

    ReplyDelete
  4. melawat mereka yang sakit nih sangat digalakkan dalam islam.sentiasa memberi kita peringatan pada kita.

    *maaflah dah macam kuliah subuh lak aku.

    rajin2 lah melawat ye..

    ReplyDelete
  5. @Goblogz : aminnn, tenkiu bro
    @ghost writer : heee xpe encik. sy lg xkesa. baik, insyaAllah :)

    ReplyDelete
  6. semoga cepat sembuh..

    myfirsttime??

    ReplyDelete
  7. semoga abah awak cepat sembuh yer~.. sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar... =)

    ReplyDelete
  8. time kasih gary. insyaAllah :)

    ReplyDelete